Objektif Ramadhan Kareem
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Marhaban Ya Ramadhan
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik buat kita semua berbanding Ramadhan yang lalu. Mudah-mudahan kita semua tidak akan terlepas peluang-peluang berinfaq dan wakafkan diri untuk mempersembahkan ibadah yang terbaik semata-mata harapkan Redha Allah dan meraih anugerah 'TAQWA' di sisi-NYA.

Sabtu, 12 JUN 2015
Alhamdulillah, Allah izin ibu berpeluang ikut serta majlis taaruf bersama wakil wanita tujuh NGO termasuk Perkim di Putra Palace, Kangar Perlis dianjurkan oleh wanita 'I' PERLIS. Syukur Allah beri peluang ibu menyaksikan sendiri perjalanan sejauhmana 'adil' dan prihatinnya peranan mereka yang diberi amanah oleh IM alami melayani kami sebagai anak didik mereka di Malaysia. Setelah menyaksikan sendiri barulah ibu faham kenapa masih terdengar rasa tidak selesa di kalangan mereka yang di'abai'kan peranan mereka sebagai Murabbi dan 'syuyukh' dalam IM di Malaysia.
Jika benar mereka IKHLAS bekerja kerana Allah, perlakuan tidak adil ini tidak akan timbul dan ukhuwwah atas dasar akidah yang salim dan ibadah yang soheh tidak akan tercemar kerana 'terpesong'nya matlamat di kalangan pejuang Islam... hanya Allah Maha Mengetahuinya. Semoga Ramadhan kali ini dapat mengajak semuanya muhasabah kembali betapa pentingnya kesatuan atau wahdatul akidah, wahdatul fiqr dan wahdatul amal...
Alhamdulillah ibu rasa bersyukur wakil dari Haluanita tidak mengelabah walaupun tidak dimaklumkan supaya buat persiapan apa-apa, dijemput sebagai penyampai pertama. Dalam keadaan tidak bersedia kerana tidak dimaklumkan, wakil kami dapat menyampaikan mesej "tanggungjawab utama kita adalah berdakwah dan mentarbiyah agar semua yang kita dakwahi faham Islam dan dapat menghayati Islam sebagai cara hidupnya sepanjang hayat" Dimaklumkan juga kewujudan IPTIP (Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis) di samping Matri menjadi medan kerja dakwah dan tarbiyah kami. Alhamdulillah....
Ibu dimaklumkan telah menjadi trend 'depa' lebih-lebih lagi di peringkat pusat bersikap demikian. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita, walaupun hal ini nampak remeh temeh, tapi kesannya tetap gagal..Allah tidak satukan hati kerana mempunyai matlamat yang berbeza.. Begitulah yang berlaku di kalangan mereka yang tidak terpilih memimpin PAS, kalau betul mereka ikhlas mereka mampu bersabar untuk muhasabah agar Istiqomah di atas jalan dakwah Rasulullah SAW...Biarlah mereka rasai sendiri betapa ruginya tidak istiqomah. Beri mereka masa muhasabah diri, muhasabah organisasi.. doakannya, maafkannya, lambat laun Allah akan tunjukkan sesungguhnya matlamat 'politik; yang tersisip di hati mereka amat merugikan menjadikan 'amal' bagai debu-debu yang berterbangan..Yakinlah sampai masa yang tepat pasti Allah akan tunjukkan...
"Ya Allah sedarkan kami dan mereka semua agar sentiasa fokus hanya mengharapkan Redha-MU dalam setiap aktiviti bersama yang kami lakukan... makbulkanlah doa kami...Semoga Ramadhan kali ini menginsafkan kami semua betapa pentingnya 'proses yang betul' menuju ke arah jalan yang Engkau redhai"

![]() |
Sesi Taaruf bersama wakil wanita dari 7 NGO Negeri Perlis di Putra Palace |
Ahad, 13 JUN 2015
Kuliah Dhuha
.... disalin oleh sahibah UUM Sintok
Pengerusi majlis adalah student sedang bercuti dari Universiti Madinah, mengalu-alukan kehadiran kami serta mengajak kami men'tajdid' (memperbaharui) Iman dlm rangka untuk berubudiyah kepada Allah ...
Ramadhan sentiasa ditunggu dan dinanti-nantikan oleh jiwa yang beriman..
Ramadhan bulan keimanan.
Dr Aid al Qorni berkata... "Ramadhan adalah bulan tarbiyah merupakan sekolah keimanan untuk lebih dekat dengan Allah SWT.."
Dr Aid al Qorni berkata... "Ramadhan adalah bulan tarbiyah merupakan sekolah keimanan untuk lebih dekat dengan Allah SWT.."
Penyampaian al Fadhil Ustaz OHS
Sama-sama kita rafak syukur kepada Allah kerana dapat hadir untuk beribadah kepada Allah...mudah-mudahan Allah kurniakan sakinah (ketenteram jiwa ketenangan hati) .
Dalam ayat 4 surah al Fath;

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

~ Dialah Allah yang menurunkn assakinah.ketenteram hati
Bahagia jiwa dalam hati atau jiwa orang-orang beriman. Ketenangan yang ditanzil (diturunkan) oleh Allah dalam hati orang beriman supaya bertambah keimanan di samping iman yang sudah ada lebih-lebih lagi apabila kita hadir dalam majlis ilmu.

Iman kita boleh berkurang juga boleh bertambah apabila aktiviti ibadah bertambah maka akan kukuhlah iman. Sebaliknya jika kita cuai dan lalai, keimanan kita akan semakin berkurang , tirus bahkan boleh hilang terus jika dia tidak yakin bahawa solat fardhu 5 waktu itu wajib..
Biarlah iman semakin bertambah, kita rasa lazat dan jiwa kita rasa manis beribadah.
Saidina Uthman bin Affan r.a berkata " Saya dapati kemanisan ibadah itu dalam 4 perkara.
1) Dalam melaksanakan perkara yang difardhu oleh Allah.
2) Dalam menjauhi perkara yang dilarang Allah diharam A.dia tinggal dia dpt rasa kelazatan beribadah kepada Allah
3) Dia rasa lazat bila dapat ajak orang lain berbuat baik untuk meraih pahala semata-mata mencari redha Allah. Apabila dia melaksana amal maaruf semata-mata harapkan redha Allah, maka Allah bagi dia rasa lazat beribadah hanya kepada-NYA.
4) Dalam usaha dia mencegah mungkar untuk elak kemurkaan Allah, supaya Allah tidak murka maka dia berusaha semaksima mungkin agar segala mungkar dapat dibendung dan berkurangan. Jika tidak cegah boleh mendatangkan kemurkaan Allah kepada semua termasuk orang beriman. Tidak kira samada soleh dan toleh, musibah ini melanda secara umum. Apabila kita laksana mencegah mungkar , kita akan rasa manisnya beribadah kepada Allah.
Hendak capai ke peringkat manis dan lazatnya beribadah perlu diproses. Didikan iman atau tarbiyah iman bermula di hati. Dari didikan iman ini baru lahir insan soleh bertaqwa kepada Allah.
Hendak lahirkan insan soleh bertaqwa kita perlu tahu cara hendak proses jiwa melalui ibadah-ibadah khusus dan ibadah-ibadah umum..
Selain solat fardhu, ibadah puasa yang wajib dan sunat juga adalah untuk mendidik hati melalui pembersihan jiwa.
Yang utama adalah puasa wajib, kita nak jumpa Ramadhan al- Mubarak yang sentiasa ditunggu oleh orang-orang beriman. Siang hari kita bepuasa , waktu malam kita berqiam , minimanya tambah solat terawih dan witir. Solat witir bukan tradisi bulan Ramadhan kerana solat witir perlu dilakukan setiap malam, walaupun di bulan bukan Ramadhan. Jadikan rutin harian..
Melalui ibadah kita di bulan Ramadhan ini dapat memproses dan membersihkan jiwa.
Dalam surah al-Baqarah 183, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
Allah menyeru kepada kita~ Wahai orang-orang yang beriman difardhukan ke atas kamu puasa seperti mana difardhu ke atas umat sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa
Mudah-mudahan (maknanya tidak semestinya jika dengan bepuasa dia boleh dapat darjat bertaqwa).Ada kemungkinan dia bepuasa siang hari tetapi tidak dapat taqwa dari Allah kerana lari dari matlamat utama iaitu TAQWA. Matlamat besar atau utama berpuasa adalah untuk dapat darjat TAQWA. Orang TAQWA ini sudah tentulah dia soleh iaitu baik di sisi syarak.
Warga Negara yang baik tidak semestinya dia ikut syarak. Contoh dia warga Negara Komunis , jika dia ikut kaedah komunis maka dia dianggap warga Negara yang baik.
Makna taqwa ini luas, meliputi rasa takut gerun kepada Allah. Taqwa juga adalah meliputi ketaatan dan kepatuhan kepada Allah . Termasuk makna taqwa apabila kita jaga diri kita dan kawal diri penyakit dalaman seperti riak, ' ujub, takabbur dan hasad dengki. Kita perlu kawal diri dari melakukan dosa.yg zahir, boleh nampak. seperti mungkar qalbu yang perlu dirawat.
Orang bertaqwa sentiasa takut dan gerun kepada Allah, takut melakukan dosa. Jika terlajak cepat-cepat dia bertaubat.
Setiap keturunan Nabi Adam pasti lakukan kesalahan. Sebaik-baik orang mukmin dia mohon ampun dengan Allah.
Sifat iblis apabila buat salah sekali iblis itu akan terus nak buat salah. Iblis tidak mahu rujuk kembali.
Sifat Mukmin itu apabila terlajak cepat-cepat mohon ampun kepada Allah.
Jika seseorang itu tidak kacau orang dan tidak beribadah kepada Allah maka tidak jadi juga. Tiada tazkiyatun nafs. Ibadah solah itu ibu kepada segala amalan. Berpuasa dia buat tetapi tidak solat . Maka puasa menjadi adat. Tidak menjadi ibadah. Ramai yang rajin berpuasa tetapi tidak solat . Nauzubillah...
Dalam proses puasa sepatutnya membersihkan jiwa, tidak solat maka dia gagal mensucikan jiwanya. Hendak bersihkan jiwa mesti ada niat untuk beribadah kepada Allah dalam setiap aktiviti bermula dengan solat fardhu...
Insya Allah jiwa akan menjadi bersih dari sebarang kekotoran hasad dengki. Insya Allah akan tertingkat darjat kita di sisi Allah.
Insya Allah jiwa akan menjadi bersih dari sebarang kekotoran hasad dengki. Insya Allah akan tertingkat darjat kita di sisi Allah.
Kita dilatih teruskan puasa sunat selepas Ramadhan dengan Puasa Enam bulan Syawal. Selepas puasa 6 Syawal tiada Raya lagi kecuali Hari Raya fitrah dan Korban sahaja.
Kita perlu praktikkan ibadah dalam bulan Ramadhan , Insya allah akan tertingkat darjat kita ke arah kesempurnaan yang mungkin.'Alkamal al mungkin' bukan 'al Kamal almutlak' kerana al kamal al mutlak adalah sifat Allah yang tiada cacat. Segala kesempurnaam hanya milik Allah. Kita yang serba kurang ini hanya boleh cuba capai ' alkamal almungkin' insan yang cuba mencapai kesempurnaan yang mungkin seizin Allah SWT. Subhanallah.

Allah tidak ada sebarang kecacatan dan tiada kelemahan. Di antara hikmahnya Ramadhan Allah beri peluang agar manusia kembali kepada fitrah kesucian manusia. Allah jadikan manusia dengan semulia-mulia kejadian tetapi yang TAQWA itu adalah yang paling mulia di sisi Allah.
Ramadhan adalah bulan untuk asuh didik diri menjadi orang yang bertaqwa. Hati yang ditazkiyah dan dibersihkan sahaja yang Allah SWT terima pada hari di mana harta dan anak pinak tidak boleh membantu kecuali mereka yang balik bertemu Allah dengan hati yang suci bersih. 'Al Qolbun sohih', hati yang benar dan hati yang hidup.
Hati hidup yang kenal Allah, jiwa yang sentiasa beribadah kepada Allah, .hati yang suci. Jika tidak bimbang jadi hati yang sakit, jasad hidup tapi hati sakit diserang penyakit bongkak, ujub takabbur. Perlu rasa bimbang jika tidak bersihkan hati akan menjadi hati yang mati. Hati yang tidak kenal Allah, tidak beriman kepada Allah.
Kita perlu didik hati agar hidup. Hati yang hidup sentiasa kenal Allah sentiasa beriman kepada Allah, hati yang bertawakkal kepada Allah, hati yang ikhlas, hati yang penuh harapan kepada Allah. Allah sudah sediakan medan yang cukup baik untuk kita didik asuh supaya hati benar-benar beriman dan taati Allah swt sepanjang Ramadhan.
Ramadhan adalah satu medan madrasah. Suasana didikan. Ruang-ruang didikan, latih jiwa beriman.Kita nak bawa bekalan TAQWA hasil didikan bulan Ramadhan ini sepanjang hayat hingga beraya pun menjadi ibadah dengan bertakbir dan bertahmid mengaggungkan Allah...Allahu Akbar walillah il Hamd. Selain menjaga silaturrahim dan saling memberi hadiah kerana Allah akan mengeratkan ukhuwwah atas dasar Iman yang betul..
Berhati-hatilah jangan sampai kita ghaib dan hanyut terus dengan arus persiapan hari raya. Promosi hari raya sudah hebah sebelum Ramadhan lagi. Kita jangan terikut-ikut dengan trend masyarakat. Kita perlu latih diri jadikan kesan TAQWA di bulan Ramadhan sepanjang tahun.

Kemungkinan ada yang futur namun jalan menuju TAQWA dengan sentiasa bermuhasabah. Ikrar kita kepada Allah " Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan"...dalam al Fatihah, kita telah berjanji berulang-ulang kali setiap hari....
Proses muahadah, setiap kali baca Fatihah kita perlu muahadah dan kemudian muhasabah.
Semak diri, reflect diri. Sekiranya ada kecuaian untuk cover semula. Bila ada terlanjur kena taubat.mohon ampun. Walaupun sekadar melafazkan istighfar, tetapi di setiap sudut hati merasa menyesal serta tidak mahu lagi buat sesuatu yang karut.
Kemudian kita muraqabah sentiasa sedar Allah sentiasa menilai apa yang kita buat. Jika ada sifat muraqabah ini maka Insya Allah kita tidak akan tergamak hendak melakukan maksiat.
Muahadah dan muhasabah sebelum kita dhisab.
Perbanyakkan taubat dan selalu muraqabah.
Muaqobah.kita jarang buat iaitu mendera diri.
Sahabat nabi S.A.W selalu buat contohnya Saidina Umar Alkhattab mendera diri. Beliau pergi kebun hingga leka tidak sedar Jemaah di masjid sudah selesai solat jemaah asar. Saidina Umar dera dirinya dengan menginfak kebunnya "kerana kebun ini aku terlepas solat jemaah.". Begitu hebatnya sahabat Rasulullah SAW..Kita tidak sampai infaq kebun..cukuplah sekedar sedeqah wang, tenaga, masa, idea dan doa berterusan sekurang-kurangnya Kita infaq dengan penuh ikhlas, Allah terima sebagai amal soleh sebagai bekalan Taqwa.
Inilah di antara jalan-jalan menuju taqwa kepada Allah .
Inilah di antara jalan-jalan menuju taqwa kepada Allah .
Penyampaian al Fadhil Ustaz AHO.
Kita perlu ada persedian hati dan jasad sebelum masuk bulan Ramadhan.
Pengisian-pengisian yang betul yang mesti kita ambil semoga mendapat taqwa seperti yang disebut oleh UOHS. Ada pakej Ramadhan. Sahabat awal dulu tunjuk jalan ikut rasul. Mereka rasa tenang bahagia jiwa ikut rasul saw. Mereka dapat hidu Ramadhan walaupun belum masuk. Kata sahabat.mereka menunggu.musim bunga kepada org yang baik-baik. Orang yang baik hidup di dalam Syurga Naim.Soleh dan musleh sentiasa bermanfaat kepada orang lain.
Bulan Ramadhan adalah premis perniagaan yang tidak pernah rugi. Bisnes kita dengan Allah tidak rugi. Jiwa tidak rugi. Para ulama berkata Ramadhan adalah tempat bisnes orang soleh.
Bulan Ramadhan ini, kita berbisnes dengan Allah agar Allah beli tenaga harta jiwa kita dengan syurga. Allah maha luas pemberiannya.
Puasa tetapi tidak solat..lapar dan letih sahaja.
Betulkan niat berpuasa kerana ibadah bukan kerana adat.
Untuk melahirkan manusia Rabbani perlu eratkan hubungan dengan Allah. Banyak hadis bila masuk Ramadhan dosa-dosa kita diampunkan oleh Allah..
".Tetapkan hati kami di atas deen MU ya Allah". Bonus Ramadhan cukup banyak Allah kurniakan untuk kita. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas.
Saidina Uthman berkata kepada para pemuda " jika kamu solat isyak jemaah seolah-olah kamu beribadah sepanjang malam..kamu solat Subuh berjemaah seolah-olah kamu dapat beribadah separuh mlm.
Para sahabat bersujud atas pasir.lampu tiada. Jika mereka infaq dalam bulan Ramadhan, jadi hingga 700 kali ganda. Jaga isteri adalah amanah jika dizalimi sampai ke mahkamah.susahnya nak masuk syurga walaupun soleh. Kamu ambil isteri jangan zaliminya nanti Allah bayar 'cash....
Seseorang itu mati bergantung kepada niat. Ada hadis seorang itu telah bunuh 99 orang. akhirnya dia nak taubat. Bila dia mati di sukat jauhnya.Malaikat buktikan banyak ke arah kebaikan . akhirnya selamat termasuk dalam kebaikan.
Orang dulu raya dengan tangisan. orang kini dgn tembak mercun.pengaruh globalisasi mkn burger.x mkn lepat pisang.
Perlu selalu zikir hati. Beri penghargaan kepada anak-anak yang habis baca Quran.
Jangan kamu mati melainkan mati dalam Islam...
Bila masuk Ramadhan akan diampun dosa-dosa kecil kita.
Mai lena majlis ilmu.
Tempat paling Allah suka adalah dalam masjid.
Syukur kita dapat mai tempat yang Allah suka.
Bila masuk Ramadhan akan diampun dosa-dosa kecil kita.
Mai lena majlis ilmu.
Tempat paling Allah suka adalah dalam masjid.
Syukur kita dapat mai tempat yang Allah suka.
Baca surah AsSyam..Allah ilhamkan hati dengan rasa taqwa.
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
(Asy-Syams 91:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
(Asy-Syams 91:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
(Asy-Syams 91:10) | <Embed> | English Translation | Tambah
Bersihkn hati. Biasalah perempuan cemburu. Jika tidak cemburu isteri itu ada masalah...Wallahu alam
(Asy-Syams 91:8) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
(Asy-Syams 91:9) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
(Asy-Syams 91:10) | <Embed> | English Translation | Tambah
Comments
Post a Comment