Anugerah Terindah....
1 Syawal 1436 Hijrah..Hari ini dalam sejarah ibu rasa amat bersyukur dan terhibur dengan gabungan dua keluarga setelah hampir dua tahun hidup kesepian... Buat kali pertama ibu dapat solat sunat hari Raya Aidil Fitri di MATRI.. Suasana serba baru bagi ibu dan ceria.. Allahu Akbar, Walillaah il Hamd..
Alhamdulillah selepas sesi bergambar bersama keluarga, ibu terbaca komen anak bungsu kami dalam status FBnya..."tahun lepas kehilangan seorang, tahun ini dapat ganti 5 orang".
![]() |
Gambar tanpa keluarga anak sulung (kurang 7 ahli keluarga ) ~ beraya bersama mertuanya.. |
Awalnya ibu tidak terfikir..cuma mampu merafakkan kesyukuran rasa bahagia kerana Allah amat permudahkan anak menantu baru bersama 11 cucu menerima ibu sebagai ibu dan tok ibu baru mereka . tidak rasa terasing malah macam sudah kenal lama..Segalanya Allah yang satukan hati kami..
Sudah lewat malam baru terfikir, kalau bagi anak bujang kami, ahli keluarganya bertambah 5, beliau sungguh bahagia. Sewajarnya ibu bersama anak tunggal rasa lebih bersyukur kerana 2 tahun lepas ibu kehilangan seorang, tahun ini Allah tambah 19 ahli keluarga baru (4 anak, 3 menantu dan 11 cucu suami).
Masya Allah..Tabarakallah baru terasa betapa hebatnya penyusunan Allah menyampaikan hajat doa-doa yang sebelum ini sering ibu ulang-ulang tanpa jemu agar Allah kurniakan anak-anak soleh dan solehah.. Generasi pewaris yang bakal menyambung amal soleh kedua ibu bapanya samada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia... \
Subhanallah sungguh tidak sangka segala yang Allah atur dan susun merupakan yang terindah dalam kehidupan ini. Anugerah kemenangan kesan Tarbiyah Madrasah Rasulullah SAW yang sama-sama kami lalui lebih 30 tahun dan Tarbiyah Ramadhan bersama keluarga baru yang sebelum ini tidak pernah terlintas dalam agenda kehidupan ibu.. Segalanya ibu serahkan kepada Allah agar aturkan yang terbaik buat ibu di sisi-NYA. Semoga Allah kekalkan rasa ihsan agar kami istiqomah saling membahagiakan kerana-NYA jua.

Selepas Membaca Khutbah Hari Raya Eidul Fitri |
Insya Allah, jika ada kelapangan ibu ingin share isi kandungan khutbah hari Raya Aidil Fitri disampaikan oleh UOHS..
Belum sempat hendak menaip buat masa kini..
Intipatinya lebih kepada penerusan suasana tarbawi Ramadhan dalam kehidupan 11 bulan menanti Ramadhan akan datang. maksudnya kita perlu teruskan rutin Ramadhan seperti solat Tahajjud di bulan-bulan lain secara istiqomah. Menjaga lisan, pendengaran dan penglihatan menepati kehendak syarak.
Terlalu banyak masalah timbul kesan dari sikap tidak menjaga syarak..tidak ikut dan tidak amalkan cara hidup Islam secara syamil dan kamil..Musuh-musuh Islam sentiasa bersatu memecah belahkan kesatuan umat Islam..
Justeru itu amat perlu kita proses jiwa untuk terus bersangka baik dan bersilaturahim sesama umat Islam kerana realiti sejak dulu kini dan selamanya 'musuh-musuh' Islam sentiasa ingin memecah belahkan kesatuan umat Islam..Mereka tidak duduk diam sehinggalah umat Islam ikut jejak langkah mereka dan meninggalkan sunnah Rasulullah SAW..Wallahu alam

Comments
Post a Comment