GPS TO JANNAH

Perjalanan mencari destinasi yang ingin kami tuju di Alor Star menggunakan Waze  yang telah di 'set up' oleh anak  kami dalam hp ayahnya.. Allah izin kami sampai hampir masuk Zohor. Kami ke masjid dahulu..selesai Zohor mencari juadah masakan kampong berhampiran masjid... Subhanallah Allah izin ada yang menegur amat mengenali suami ibu..Beliau adalah bekas wakil rakyat PAS yang kalah dengan MB Kedah semasa PRU 13 yang lalu. Rezeki dari orang soleh, semoga berkat kesungguhannya belanja kami makan tengah hari itu.
Dalam reliti  hidup nafsu nafsi...amat sukar mendapat  anak didik yang perihatin mengenali murabbinya bahkan mengambil berat..Kami doakan kejayaannya terus memimpin ummah pada masa hadapan..InsyaAllah. Semoga bahagia hidupnya di dunia dan akhirat berbekalkan Al Qur'an dan Hadis merupakan dua sumber GPS yang menyelamatkan kita semua dari kesesatan..

Global positioning System ( GPS)  kini amat meluas digunakan bagi memudahkan pemandu cepat sampai ke destinasi  yang tepat. Mohon izin dari Murabbi menggunakan  istilah ini untuk menawan hati putera puteri  Tingkatan 4  Matri yang  dimaklumkan  oleh dua orang guru mereka kepada ibu bahawa mereka kini  berada di alam 'fantasy'. Memikirkan putera puteri  ini  tidak terlepas ikut trend pelajar sekolah harian biasa yang melabel diri sebagai 'sedang honey moon'..Begitulah kesan didikan persekitaran amat cepat berjangkit...  Sebaliknya yang baik lambat pula tersebar. Jalan menuju Allah amat sepi...Menjadi tanggung jawab kita membangkitkan 'syuur' (hati nurani atau hati budi ) mereka agar terpanggil untuk 'Set Up GPS to Jannah' merindui perjumpaan dengan Allah di alam Mahsyar..


Apabila slide GPS to Jannah terpapar di hadapan mata mereka, kelihatan putera puteri segar bugar memasang telinga mendengar sepenuh hati... hingga mereka meluahkan "penyampaian ibu very deep"...Alhamdulillah tersentuh hati, mungkin mereka perlukan penyampaian yang berbeza dari biasa..Ibu tak banyak bercakap, cuma banyak manfaatkan potensi mereka yang banyak hafal hadis dan Quran..gunakan secara kreatif dan inovatif  agar mereka kelak akan menjadi pelajar yang genius demi masa hadapan ummah..


Taaruf  antara Puteri IPT  dan puteri Ansor Matri
Memang tepat masanya Allah atur khidmat ibu diperlukan untuk melengkapkan sedikit kekurangan yang ada, Allah Maha Mengetahui bahawa bidang inilah yang paling ibu minat ..Rasa sangat puas apabila melihat putera puteri mengubah hala tuju dari tahun "honey moon" kepada set up GPS to Jannah. Banyak persiapan yang perlu dilakukan dan tidak boleh ditangguh lagi kerana kematian itu amat dekat.. Bila-bila masa  sahaja kita akan transit di alam Barzakh.

Sungguh cantik Allah atur... kami menerima lawatan pelajar IPT dan puteri-puteri  Ansor berpeluang bertaaruf dengan mereka. Sempat share hasil perbincangan kumpulan berkaitan topic GPS To Jannah.. Mengenang kembali perjanjian kita di alam roh dengan Allah SWT..kehidupan di alam Rahim, dilahirkan ke dunia..sejauhmanakah kita telah menunaikan amanah sebagai hamba Allah dan khalifah-NYA  di muka bumi menanti transit  di alam barzakh dan akhirnya akan bersidang  di  alam Masyar..
Janji yang  sering  dilupakan...dan menjadi tanggung jawab ibu bapa dan guru untuk sering mengingatkan anak-anak  didik  agar  mereka  fokus untuk menunaikan  janji kepada Allah  sepanjang hayat.. Firman Allah SWT yang bermaksud:

الست  بربكم
"Bukankah  AKU  Tuhan-MU?" ~(Surah Al-A’raf:172)
Jawab  Roh….
بلئ  شهدنا

Benar ! sungguh aku  menyaksikannya..”

Janji ini menjadi titik permulaan kesedaran Islam untuk meraih  kunci  syurga dengan merealisasikan  kalimah Tauhid , Lafaz Dua Kalimah Syahadah
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah (Rasulullah).
Syarat Sah Syahadah “La ilaha illallah”
Seseorang yang mengucapkan syahadah, tidak akan sempurna syahadahnya melainkan dengan syarat-syarat berikut:-
1- Ilmu (Mengetahui dan memahami makna syahadah itu)
2- Yakin dengan apa yang difahami itu.
3- Menerima kandungan kalimah syahadah itu dengan hati dan lidah.
4- Patuh dengan maknanya dan tidak melakukan perkara yang membatalkannya.
5- Membenarkan hati dengan apa yang disebutkan lidah
6- Ikhlaskan syahadah hanya kepada Allah dan menjauhkan kesyirikan.
7- Mencintai segala tuntutan dan ajaran kalimah syahadah itu.
8- Menolak segala yang bertentangan dengan tuntutan syahadah.

Ya Allah  sampaikanlah kami ke destinasi menuju Redha MU...Aamiin ya Rabb



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil