Menangani Salah Faham Tentang Poligami

Berita mutakhir yang selama ini didiamkan untuk mengelak silap faham akhirnya dihidu jua mencetuskan pelbagai persepsi yang membimbangkan. Ibu diingatkan memainkan peranan agar  bantu  memberikan penjelasan agar  'berita-berita negatif' tidak  tersebar  hingga  merosakkan amal orang  yang mempersoalkannya. 



Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. pernah bersabda, 

‘Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah dan pada keduanya terdapat kebaikan. Carilah apa saja yang bermanfaat untuk dirimu dan mintalah pertolongan kepada ALlah dan janganlah kamu patah semangat. Apabila musibah yang menimpamu janganlah kamu katakan, ‘seandainya aku melakukan ini dan itu.’ Tetapi ucapkanlah, Qadarallah masyaa fa’ala (demikianlah takdir ALlah, apa yang Dia kehendaki pasti akan Dia lakukan).’ Sebab kata seandainya dapat membuka pintu masuk syaitan, (HR Muslim [2664]).

Kebanyakan  kaum wanita  sangat  bimbang, jika telah ada yang mulakan,  nanti suaminya akan mengikut. Sesungguhnya  perasaan takut itu amat merbahaya.. Lazimnya  apa yang ditakuti itulah yang  biasanya terjadi. Lebih baik para isteri pasrah kepada Allah. Menyerah diri kepada Allah secara suka rela tanpa reserve..tanpa syarat.. Insya Allah kalian  tidak akan 'stress'. Maintain  dan kukuhkan 'syurga' dalam  jiwa selamanya..inilah syurga  kita  di dunia, sentiasa tenang,  tenteram dan harmoni.. Buktikan hadis Nabi SAW  dengan sabda baginda "Sungguh ajaib orang  Mukmin, jika diberikan nikmat dia bersyukur, jika diuji dia bersabar"  Ini sahaja formula  yang ada untuk  kita   untuk kekalkan kebahagiaan iaitu  sentiasa bersyukur  dan banyaklah bersabar..tetap positif dalam apa suasana sekalipun. Usah zalimi  diri dengan  masuk ke  perangkap syaitan, mengintai-intai kesalahan orang lain. Eloklah intai kesalahan sendiri dengan bermuhasabah..

Takdir Allah, kadar Allah, ketentuan Allah dan apa  yang dikehendakiNya  pasti dikerjakan-Nya..Allah  tidak akan pernah lalai dan tidak pernah mengantuk atau tidur.

Peranan kita yang Allah izin mendapat berita yang membahagiakan ramai lelaki dan tidak membahagiakan ramai wanita adalah meyakini  takdir  Allah sentiasa indah  dan tidak pernah salah. Jika kita asyik komen negatif, seolah-olah kita mempersoalkan takdir  Allah..adakah kita lebih bijak dan lebih pandai dari Allah SWT?

Peringatan ustaz Bachtiar  Nasir tentang poligami amat sesuai agar kita  sentiasa redha



Sekitar  tahun 1990an ibu pernah diamanahkan untuk memujuk seorang muslimah menerima keputusan Jamaah agar membenarkan suaminya mengahwini seorang guru yang aktif dalam kerja-kerja  dakwah. Paling menenangkan jawapan muslimah tersebut "Jika ini adalah penyusunan........., ana sami'na wa atho'na"..Tergenang air mata betapa tsiqahnya muslimah ini untuk menerima  ahli baru dalam baitul dakwahnya... Alhamdulillah hingga  hari ini baitul dakwah itu masih kekal dengan izin Allah SWT..

Tiga  minggu lalu, mendapat  maklumat orang penting di kalangan  kami akan bernikah sebagai isteri kedua. Ibu  kenal bakal madu  muslimah ini memang  solehah dan telah banyak berkorban mengukuhkan  baitul dakwah  suaminya  mungkin hampir 40 tahun.. Kerana  perkahwinan ini juga adalah penyusunan  dalam organisasi, terpanggil hati ini  sebagai senior yang  kononnya  mungkin  ada sedikit pengalaman ingin  berkongsi  apakah harapan 'simple' seorang isteri pertama... 

Alhamdulillah, kerendahan  hati muslimah ini tundukkan hati dengan sopan ingin mendengar , Insya Allah akan banyak membantunya mengharungi  kehidupan yang mencabar, segala kepayahan menjadi mudah, segala kepahitan akan menjadi indah. Inilah berkahnya  muslimah  yang  berilmu, beriman  dan mengamalkan keimanannya dengan penuh IKHLAS.... Semoga Allah pelihara keikhlasannya selamanya..Aamiin.

Doa ibu buatnya semoga Allah kuatkan hatinya  untuk terus menyayangi madu (kakak) selama-lamanya. Walau apapun yang terjadi, bersedialah untuk ber'alah' kerana ini salah satu  jalan yang selamat dan mereka yang beralah  dan bersabar tidak pernah  rugi di sisi Allah SWT. Suami , isteri dan anak-anak hanya pinjaman Allah..Bila-bila masa bersedialah untuk kembalikannya kepada Allah..

Tulislah segala  impian dan cita-citamu  Untuk Akhirat
Mengadulah segala masalah dunia  ini  hanya  kepada Allah agar ia menjadi ibadah
Usah dirisaukan masalah rezeki, jodoh dan maut..Semuanya  sudah Allah aturkan yang terbaik untuk kita..tidak terlebih dan tidak pernah kurang bagi mereka yang bersyukur.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil