Fastabiqul Khairat ~ Berlumba-lumbalah melakukan kebaikan.

 Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Berlumba-lumbalah untuk mendapatkan keampunan Tuhan kalian di samping syurga yang luasnya seluas petala langit dan bumi. Syurga tersebut disediakan untuk orang yang bertakwa dan menginfakkan harta mereka dalam keadaan senang dan susah." (Ali Imran : 133-134)

12-14 Mac , Allah izin ibu berpeluang bermusafir lagi..Musafir kali ini ibu nekad untuk menyelesaikan membaca novel 'Ayat-Ayat  Cinta 2' yang dibeli awal Mac lalu di 'Jakarta Islamic book fair' untuk dijadikan sumber inspirasi menyampaikan fikrah Islam secara santai kepada  remaja di sekolah anak sulung kami pada 16 April 2016.  Maklumlah trend remaja sekarang tidak sama seperti zaman 1970an dahulu..Kini mereka dikelilingi dengan 1001 filem cinta, kemudahan 'screen touch' di tapak tangan, boleh menonton di mana-mana,  khususnya filem-filem dari Korea. 

Ini yang disampaikan oleh guru-guru mereka  melalui anak sulung  yang mengajar di sekolah 'kluster' di bandar Kangar. Walaupun mereka  berlatar belakangkan sekolah agama, namun  qalbu mereka  amat  lemah, 'tidak tahan banting' turut tergoda dengan tarikan-tarikan dunia. 20 tahun berpengalaman mengajar di sekolah menengah harian biasa, keadaannya lebih parah, remaja Islam hanya  jadi follower kepada  budaya yang merosakkan akidah umat. Kesan pendidikan sekular agar  remaja Islam hanya jadi follower, bukan leader!.

Sewajarnya dalam usia ini, mereka sudah dimatangkan dengan penampilan  kepimpinan berakhlak karimah, tapi sayang sekali ramai yang hanyut, masih berada di dunia  fantasy, enjoy dan bermalas-malasan... Jika  ingin perbaiki peradaban memang kita tidak boleh ambil sistem yang lain dari sistem pendidikan zaman Rasulullah SAW. Rasulullah perbaiki akhlak masyarakat Jahiliyah di Tanah Arab hanya merujuk wahyu Allah SWT, mengajak mereka  menTAUHIDkan Allah terlebih dahulu melalui akhlak mulianya. Sifat Ar Rahman dan Rahim-Nya Allah SWT, tercermin di wajah baginda Rasulullah SAW, kaum keluarga dan para sahabat.  


Beginilah yang diceritakan dalam buku ayat-ayat  Cinta 2...watak utama  sentiasa mengikut  jejak dan akhlak Rasulullah ketika  mendidik meskipun terhadap  orang Yahudi  yang amat memusuhi Islam. Watak  remaja Yahudi malah hingga ke nenek Yahudi membenci Islam dan melabel umat Islam sebagai terrorist telah dapat dipadamkan oleh watak utama  dalam buku tersebut. Beginilah sewajarnya pemikiran anak-anak kita  di'tune semula'..Bukan menggunakan kekerasan tetapi melalui sifat  Rahman dan Rahim yang tercermin dalam tindak tanduk hasil daripada menTauhidkan Allah SWT dan mengikut  jejak akhlak Rasulullah.

Dalam musafir di Bangi kali ini ibu berpeluang  memerhati gelagat  anak-anak sekolah Rendah Integrasi Tahfiz  di belakang  hotel Best View  yang  kami inap selama  dua malam. Uniknya sekolah tersebut anak-anak tidak pakai uniform. Pakai baju harian biasa seperti di rumah tetapi menyarung 'vest' warna maroon. Terasa seperti berada  di negara  Eropah..Masya Allah.paling menarik, 6 tahun lalu, muridnya hanya sekitar 30-40 orang, kini sudah menjangkau 600 orang. Masya Allah. Ibu dimaklumkan sekolah itu milik ahli PAS sekitar  Bangi.

Petangnya  ibu dikunjungi oleh pengusaha Tadika  dan Taska yang pernah ikuti kursus kami di Tangkak Johor tahun 2013Mereka  membawa ibu melawat tadika terbarunya..menyewa premis , dua pintu dengan nilai sewa RM5,000. Anak-anaknya semua dihantar  ke sekolah Rendah Integrasi Tahfiz, dan yang sulung  kini berada di Tingkatan dua di sekolah Menengah Integrasi Tahfiz, tidak jauh dari situ. RM380 X6 anak.. Pelaburan yang tidak pernah rugi..

Untuk pengusaha Taska  tersebut sempat ibu tinggalkan 'hand out'  Bengkel Taska Tarbawi Permata Syurga agar dapat  dimanfaatkan untuk staf-stafnya. Insya Allah tidak akan rugi berkongsi ilmu dan pengalaman bersamanya  yang sudah hampir 30 tahun mengendalikan taska di Bangi. Yang penting  jaga  Iman dan ukhuwwah..berbeza itu Rahmat, asalkan tidak didorong oleh hawa nafsu merasa 'aku lebih baik'. Semua  umat Islam yang terdidik perlu berlumba-lumba buat  yang terbaik untuk membangkitkan peradaban yang diredhai Allah.. Fastabiqul khairat..

Dalam al-Quran banyak ayat yang menyeru manusia melakukan kebaikan dan berlumba-lumba ke arahnya, kerana dengannya manusia akan beroleh kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan  di sisi  Allah SWT. Antaranya ialah sebagaimana firman Allah SWT  yang bermaksud:


"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan, di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu." (al-Baqarah : 148)

"Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera untuk mengerjakan kebaikan dan selalu berdoa kepada Kami  dalam keadaan suka mahupun duka. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada  Kami."
(al-Anbiya' : 90)

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil