Jika Tidak Kita Semua Perbetulkan, Nak Harapkan Siapa Lagi???
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah SWT memberi kelapangan untuk berkongsi slot motivasi di salah sebuah Sekolah Kluster di utara tanah air. Allah ilhamkan untuk berkongsi ilmu bagaimana belajar mengikut kaedah Rasulullah SAW. Tajuknya 'Back To Fitrah', menghargai pendidikan bersistem dari wahyu Allah (al-Qur'an) bermodelkan sahsiyah Rabbani Rasulullah SAW melalui sunnahnya (Hadis). maka kita tidak akan sesat. Insya Allah. Fokus utamanya adalah QALBU yang beriman sebagai raja dan Aqal hanyalah sebagai penasihat (wazir).
Firman Allah:
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah Al-Imran:110)
Wahai Umat Islam, dulu itu kamu umat terbaik dari pemimpin yang terbaik yang dikeluarkan (dilahirkan) untuk manusia, di mana kamu sentiasa mengajak kepada kebaikan, dan mencegah kepada kemungkaran. Usahlah menjadi 'pengekor umat Yahudi dan Nasrani"

Dari kajian bersama seramai 137 pelajar puteri tingkatan 5, tidak sampai 5% berada dalam zon 'stabil emosi' walaupun mereka terdiri dari kalangan murid terbaik UPSR dengan mendapat 5 A dan terpilih sejak tingkatan 1. Jika sekolah Kluster juga mengalami 'syndrom' begini, bagaimana pula keadaan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah harian biasa?
Awal bulan Mac, ibu berpeluang berdamping dengan calon-calon UPSR, apabila ditanya berapa orang yang solatnya penuh 5 waktu sehari, hanya dua orang yang mengangkat tangan daripada sejumlah murid yang ada. Dr Fazillah Kamsah juga pernah buat kajian ini, memang jumlah anak-anak Islam tidak solat amat mendukacitakan.. Teringat almarhum Murabbi kami berpesan "Jika kita semua tidak perbetulkan, nak harapkan siapa lagi?"
Masalah yang ngeri ini berpunca dari sistem pendidikan di Malaysia yang masih tegar mewarisi sistem pendidikan Yahudi melalui Teori Perkembangan oleh Jean Piaget. Lelaki ini disanjung oleh sistem pendidikan sedunia kerana Teori perkembangan ciptaannya sedangkan latar belakang dirinya tidak berkahwin sebaliknya menghamili pembantu rumah hingga melahirkan 5 anak dan kelima-lima anaknya telah dibuang dan dipelihara oleh orang lain. Bagaimana kita boleh bangga ikut teori dari orang yang anti-Islam sedangkan kita ada Rasulullah SAW yang akan menyelamatkan kita dan generasi pewaris serta akan membawa kita ke syurga?
Dari sini dapat dikenalpasti, maka benarlah apa yang disebut oleh Ustaz Budi Ashari, selagi kita tidak kembali kepada manhaj atau sistem Allah, maka selagi itulah proses 'kerosakan dan merosakkan' manusia akan terus berlaku walaupun murid yang masuk itu adalah murid terpilih. Sistem pendidikan hari ini memang telah membazir masa, tenaga dan perbelanjaan..Sia-Sia! kerana mengagungkan sistem pendidikan yang membelakangkan sistem Allah SWT.

![]() |
5 Fitrah suci dirosakkan oleh sistem pendidikan ciptaan manusia |
Malangnya, menurut Syed Qutb kebanyakan manusia tidak mahu bahkan tidak yakin memulihkan 'kerosakan mereka' dengan merujuk panduan dari Penciptanya iaitu al-Qur'an dan Hadis Nabi SAW. Seperti setiap machine, pasti ada penciptanya yang kerdil..jika machine tersebut rosak, mereka akan mencari panduan perbaiki kerosakan itu mengikut manual yang telah diberikan oleh pencipta kerdil itu. Sayangnya manusia tidak mencari panduan daripada Penciptanya yang Maha hebat dan berkuasa atas segala sesuatu.
Allah izin dan atur ibu dijemput hadiri 3 kali usrah sepanjang minggu, ibu diminta membuat tazkirah dalam usrah yang berlainan. Terlintas di qalbu ini mengulang kaji bahan-bahan penyampaian almarhum UDMZ dan mohon ilham dari Allah agar dapat permudahkan dalam bentuk diagram yang mudah difahami oleh kaum ibu yang masih muda di sini.
Tajuknya : Penyakit
Qalbu & Terapi Mujarab Mengikut Cara Rasulullah SAW
Penyakit Qalbu
Penyakit Qalbu
Penyakit-Penyakit Qalbu Manusia |
Realiti
kini
Sebahagian besar masyarakat mendurhakai
Syara', bersahabat dengan dosa bahkan merasa
lazat melakukan dosa. Hawa nafsu semakin mengganas. semakin cenderung menjadi orang jahil dan zalim. Sifat
fujur mengatasi sifat taqwa. Jiwa semakin
sukar menerima nasihat atau terapi (dirawat). Gelisah apabila dengar kalimah syara' lalu
memandang hina, sepi dan serong terhadapnya. Lebih tenat lagi apabila menolak ubat sebaliknya
suka dan selesa dalam keadaan qalbunya berpenyakit. Ubat dianggap penyakit, dan penyakit itu ubat.
Tidak rasa berdosa mencerca Allah
dengan mencerca cuaca panas dan hujan.
Mereka menganggap Islam ketinggalan zaman dan tidak sesuai di era Cyber ini.
Musibah dan
kemalangan besar akan terus menerus
menimpa ummah selagi masalah
ini tidak ditangani secara berhikmah oleh para pendakwah.
ini tidak ditangani secara berhikmah oleh para pendakwah.
Keriangan Qalbu Mereka Yang Mentauhidkan Allah
Merawat penyakit syirik adalah dengan mentauhidkan Allah SWT. Tauhid akan membuka pintu
kebaikan, kegembiraan dan keriangan. Riang dan gembira orang-orang yang beriman
adalah riang yang hakiki dan tidak
berpura-pura. Keriangan mereka lahir daripada tindakan mentauhidkan Allah SWT.
Keriangan mereka adalah keriangan yang
berterusan walaupun mereka diancam dan
dikecam.
Keriangan dan kegembiraan mereka yang mentauhidkan Allah
SWT sentiasa bertindak
di atas landasan syara' . Jika
tidak merasai kepuasan, kelazatan dan keriangan, bermakna Tauhid itu
belum mantap. Mungkin masih terdapat penyakit di dalam jiwa mereka.
Terapi Mujarab Merawat Qalbu manusia |
Sumber
Rujukan : Ulasan Almarhum UDMZ dari kitab Ibn Qayyim al-Jauzi
Tajuk : Penyakit-penyakit yang ada dalam jiwa manusia dan cara
mengubatinya mengikut cara Rasulullah SAW ~ sedutan
dari Risalah Al Islam 2
Memang tergenang air mata mengulas huraian almarhum yang telah bertungkus lumus mendidikan kami sejak 30 tahun yang lalu....Pesannya, Jika tidak kita semua perbetulkan, kita nak harapkan siapa lagi???
Pengerusi halaqah 1 mengulas : Tergamam ana mendengarnya , sesungguhnya penyampaian dari hati akan sampai ke hati..
Ulasan pengerusi halaqah 2 : Memang tidak dinafikan selama ini akidah kita telah dirosakkan oleh sistem..dengan anak-anak sendiri kita tidak dedahkan mereka sejak awal pentingnya قال الله dan قا ل رسول
Kebanyakan kita menjadikan anak-anak 'hamba kita' bukan hamba Allah
Ulasan pengerusi halaqah 3 : Tak tahu nak kata apa lagi, terasa bagai air menyiram jiwa yang gersang dan rindukan hidayah Allah.Selama ini kita berada di dalam 'zon selesa' tak sedar kita telah menjadi pendokong sistem jahiliyah..Bertaubatlah..bertaubatlah semoga tidak sia-sia amalan kita di sisi Allah SWT
Comments
Post a Comment