Utamakanlah Pandangan Allah
"Jazakillahu khairan karhira mak cik atas perkongsian fikrah yang diberikan. Kami amat dahagakan fikrah dan tarbiyah dari syuyukh-syuyukh yang berpengalaman dan sudah lama melalui tarbiyah. Mohon mak cik doakan kami semua agar dapat istiqomah seperti syuyukh-syuyukhdan agar kami cepat matang dalam melalui proses ini...."
![]() |
Ya Allah, kurniakan kami jiwa yang istiqomah~ Hari Kecemerlangan Matri |
Alhamdulillah Allah izin wakil urusetia Haluansiswi zon utara respon selepas selesai tamrin pada 22 April lalu melalui whats app setelah tercapai impian mereka hajat ibu jadi 'bidan terjun' menggantikan penceramah asal yang tidak dapat hadir. Berat juga tajuk itu..'Wa'yun Islami As Sahih'. Sepatutnya para veteran Matri paling layak menyampaikannya, tapi sayang waktu yang diberikan itu 'clash' dengan 'Hari Kecemerlangan Matri" di mana semua warga Matri memang sibuk meraikan tetamu dari Majlis Agama Islam Perlis dan ibu bapa pelajar cemerlang yang hadir dari jauh dan dekat. Kali pertama membuat penyampaian untuk pelajar IPT, merupakan pengalaman yang amat berharga bagi ibu belajar dari Mudir Matri tentang isi kandungan yang sesuai. "Ana berhijrah ke sini sebenarnya Allah aturkan untuk menyambung pengajian dalam bidang Dakwah dan Tarbiyah dari Mudir dan Warga Matri yang ,ebih berpengalaman. Sebenarnya ana juga masih belajar.." Pesan ibu sebelum membuat penyampaian.
Selasa, 25 April, merujuk input yang sama ibu sampaikan juga untuk halaqah pelajar khassah dari Thailand. Responnya "Alhamdulillah ibu, baru saya faham makna Islam yang sebenar..sebelum ni saya susah nak faham..Doakan kami dapat istiqomah bila balik Thailand nanti sebab di sana kami mudah larut dengan suasana yang jauh dari Islam ".
Insya Allah mohon Allah tetapkan jiwa kita istiqomah mengingati-Nya sepanjang masa, setiap detik dan ketika walau di mana kita berada..
Empat Pandangan Manusia
Sebenarnya, manusia memandang apa sahaja di dunia dengan empat jenis pandangan:
• Pandangan mata yang selalu menipu.
• Pandangan akal selalu tersalah.
• Pandangan nafsu selalu melulu.
• Pandangan mata qalbu itu hakiki.* kalau qalbu itu bersih...
Pandangan Qalbu tidak menipu kerana di qalbulah adanya 'pandangan' Allah.Utamakanlah pandangan Allah.. ketika 'take five' mereka diperdengarkan nasyid yang menyentuh qalbu..
Al Wa’yun Al-Islami As Sahihah
(Kesedaran Islam
yang Benar )
Sentiasa berada
dalam Jamaah yang benar-benar melaksanakan Islam.
Rasulullah Saw berpesan kepada Abu Huzaifah:
“Hendaklah kamu berada bersama-sama jamaah
Islam dan kepimpinan mereka”
“barang siapa yang keluar dari garis Islam,
maka ganjillah ia di dalam neraka”
Ibn Mas’ud jelaskan tentang jamaah:
“ Hendaklah kamu berada di atas kebenaran walaupun kamu berada seorang diri”
Semoga Allah mempermudahkan kita dan keturunan kita
sentiasa berada
di atas landasan kebenaran bersama
para mukhlisin dalam ‘kafilah Da’wah atau Kafilah Mujahidin’ hingga akhir zaman mengembalikan kesedaran
dan kefahaman Islam yang sebenarnya kepada
masyarakat yang amat dahagakan bimbingan hidayah dan Taufiq-Nya. Kejayaan hanya ditentukan oleh Allah SWT. Kita hanya berkewajipan berusaha dan bukan menentukan natijah.
Sentiasalah berdoa agar kita sentiasa
berada dalam rahmat dan redha-Nya
![]() |
Semoga puteri-puteri kluster ini juga berpeluang mendengarnya kelak..Insya Allah |
Comments
Post a Comment