Barisan Pertama ~ Asuhan Permata Syurga
Subhanallah..Maha suci Allah yang mengatur kehidupan yang sungguh indah ini. Rancangan hendak terbitkan buku tergendala seketika kerana Allah izin empat bulan berturut-turut fokus buat persiapan mencari bahan untuk selesaikan kontrek 5 siri bengkel asuhan Permata Syurga untuk para pendidik taska dan tadika. Alhamdulillah dalam segala kekurangan diri, Allah lengkapkan dengan kehadiran para ansor yang banyak mempermudahkan segala urusan.
Tugas kita hanya melaksanakan segala perintah Allah dengan penuh ketaatan dan keikhlasan, Insya Allah, dengan rahmat kasih sayang-Nya , Allah akan campak rasa kepuasan, kecukupan dan rasa syukur. Rezeki sudah Allah atur, tidak perlu berpenat lelah untuk mengejarnya, Dengan berjalan perlahan-lahan atau duduk diampun, Insya Allah rezeki pasti ada, sedangkan ulat dalam batupun sudah ada rezeki yang Allah tetapkan, apa lagi jika terselit niat mulia untuk istiqomah terus berdakwah mendidik masyarakat. Tidak perlu risau soal rezeki. Terbantut dan terhalangnya kerja dakwah dan tarbiyyah kerana masing-masing takut 'rezeki' mereka kurang jika tidak dikejar..
![]() | ||
Persembahan Lesson Plan dari wakil Korahmah |
Tugas kita hanya melaksanakan segala perintah Allah dengan penuh ketaatan dan keikhlasan, Insya Allah, dengan rahmat kasih sayang-Nya , Allah akan campak rasa kepuasan, kecukupan dan rasa syukur. Rezeki sudah Allah atur, tidak perlu berpenat lelah untuk mengejarnya, Dengan berjalan perlahan-lahan atau duduk diampun, Insya Allah rezeki pasti ada, sedangkan ulat dalam batupun sudah ada rezeki yang Allah tetapkan, apa lagi jika terselit niat mulia untuk istiqomah terus berdakwah mendidik masyarakat. Tidak perlu risau soal rezeki. Terbantut dan terhalangnya kerja dakwah dan tarbiyyah kerana masing-masing takut 'rezeki' mereka kurang jika tidak dikejar..
Inilah scenario yang ibu perasan berlakunya 'gerhana' D & T berdasarkan pengalaman peribadi dan bandingkan di beberapa tempat mengalami 'trend' yang sama, apa lagi jika hidup dikelilingi hutang..nauzubillah. Inilah kesan didikan secular, tidak sedar para rijal telah tersilap letak priority, bermati-matian mengejar dunia walaupun tidak lupa akhirat. Sebaliknya sahabat generasi Awal dahulu jiwa mereka amat kuat dan istiqomah berjihad dalam dakwah dan tarbiyah kerana sentiasa berusaha mendapatkan kefahaman dan kesedaran menepati konsep 'Kejarlah Akhirat, jangan lupa habuanmu di dunia..". Kejar Akhirat, Insya Allah rezeki akan datang mencurah-curah tanpa dipinta. Cuma yakin atau tidak. Jika yakin, keuntungan bagai hujan gerimis mencurah sepanjang masa. Sebaliknya jika tidak yakin, Islam tidak rugi,,diri sendiri yang rugi, mengundang masalah bertubi-tubi tanpa henti..
Firman Allah
SWT dalam surah Al- Anbiya ayat 47 :
Maksudnya :
“Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun.
Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala) nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan”
Subhanallah, betapa Maha Baiknya Allah terhadap para hamba-Nya. Menggambarkan di dalam al-Qur'an tentang keadilan-Nya di hari perhitungan. Inilah muqqadimmah pemula siri ke-4 'Perkembangan Awal matematik dan Pemikiran Logik , diikuti dengan siri ke-5` 'Perkembangan Fizikal, Kreativiti dan Estetika. Bengkel Asuhan Tarbawi Taska Permata Syurga di UiTM, Arau Perlis pada pagi Sabtu, 9 April 2016.
Ibu difahamkan di saat akhir, ada orang luar yang turut hadir sesi akhir ini. Alhamdulillah Allah kurniakan ketenangan, untuk menyampaikan apa yang patut anak-anak kita dapat di awal usia 0-4 tahun. Di akhir sesi memang rasa sebak setelah melihat kesungguhan para pendidik mempersembahkan 'lesson plan' masing-masing. Nampak kesungguhna mereka untuk melahirkan 'Pewaris Generasi Rabbani' bermula di awal usia lagi khususnya 10 peserta dari Taska Universiti Malaysia Perlis ( UNIMAP), Taska Impian Wawasan UiTM dan rangkaian tadika Korahmah yang banyak membantu memantapkan 'lesson plan'. jazakumullahu khairan kathira..
![]() |
Para Pendidik dari Taska UNIMAP~ Pewaris Generasi |
Pihak urusetia melaporkan respon yang amat positif dari peserta melalui wassap group mereka yang turut serta pegawai tertinggi JKM:
"Alhamdulillah, kita terpilih dan dijemput untuk menambah ilmu"
"Jika ada lagi program sebegini di masa akan datang, harap kami semua berpeluang lagi..Seronok"..."Bestkan banyak ilmu yang Pewariskita dapat serta mendekatkan diri kita dengan Allah"
Menekankan ilmu untuk dunia dan akhirat"
Terima kasih. Semua sharing ilmu"
~ Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah. Segala yang Allah takdirkan sentiasa indah dan tidak pernah salah..Di sinilah langkah kita bermula, rendahkan jiwa kita untuk berbakti kepada mereka yang amat mengharapkan bimbingan kita semua~ Ini sahaja jawapan yang mampu ibu rafakkan..kesyukuran hanya kepada Allah..
Seorang ansoriyah yang commit permudahkan banyak urusan meluahkan renungan qalbunya:
" Anak kecil itu tinggal di Nursery lebih 10 jam setiap hari. Sampai masa ubah sikap nursery hanya sebagai tempat 'jaga budak'. Sistem yang tersusun rapi wajib ada untuk jadi 'learning centre' yang sangat berguna di usia optima 0-4 tahun. Kerja dakwah yang mudah diresapi dan kekal tersemat di jiwa sikecil"
Syukur ke hadrat Allah, Allah izin memang mendapat respon yang amat positif daripada para vateren yang mempunyai cucu..
Ada yang respon "Alangkah bagusnya jika konsep ini dapat diterapkan di hadhnah kita sendiri..kepada generasi pewaris kita..."
Namun sayang sekali, di kalangan yang muda, yang memiliki ramai anak kecil sendiri tidak berminat,.., lumrah jiwa muda, takut rasa tak cukup serba serbi, diukur ikut mata dunia..Wallahu alam! Inilah di antara faktor penghalang..Masalah akan diletakkan di hadapan , bukan Allah di hadapan untuk menjayakan projek ummah kini.
"Ya Allah ampunkanlah mereka sesungguhnya mereka tidak tahu.." Inilah doa yang Rasulullah ajar kita ketika baginda dimusuhi semasa berhijrah ke Taif selepas kematian bapa saudara dan isteri kesayangannya.
"Hajat di hati hendak peluk gunung, tapi apa kan daya tangan tak sampai. Usaha murni ini Allah permudahkan kepada mereka yang ada kerendahan hati menyerah hanya kepada Allah uruskan anak-anak ikut program-Nya dan sistem-Nya sejak di awal usia..Siapa yang sudah ikuti kursus ini, jalankan terus program mulia ini bagi mereka yang sudi. Bagi mereka yang tidak sudi , tidak boleh paksa, masing-masing akan jawab di hadapan Allah nanti. Semoga Allah permudahkan dan lancarkan impian murni untuk menyelamatkan 5 fitrah anak sejak di awal usia" ~ Allah izin, ini yang termampu ibu coretkan
Ansoriyah kuat merakamkan dalam wassap group:
" Imam Al Ghazali mencatat 4 perkara yang sentiasa menghalangi jalan kebaikan:
1. Nafsu
2. Syaitan
3. Keakuan
4. Manusia lain
Mohon kami semua menyiasat dan muhasabah diri agar tidak tergolong di dalam golongan orang yang rugi.
Di hujung usia ini , tidak ada masa hendak melayan kerenah dan cerewet orang muda, yang sentiasa letak pelbagai alasan untuk menggaggalkan usaha ini. Lihat diri sendiri, risaukanlah kelemahan diri tidak menyebarkan kesedaran dan kefahaman Islam kepada mereka yang amat dahagakannya.. Sampaikan sahaja fikrah Islam di mana saja ada kesempatan, usah tunggu dapat restu manusia yang pelbagai ragam penyakit qalbu kesan mengejar dunia. Kita hidup dalam dunia manusia bukan dunia malaikat, segala kekurangan dan kelemahan mereka usah di 'cuit' ~ Akan melenting jadinya.
Lebih baik doakan mereka. Buat-buat 'buta' dan 'pekak', tetapi qalbu sentiasa peka nampak dan mendengar..Sebaik-baiknya lihatlah kekuatan mereka yang ada kerana sikap positif ini banyak membantu kita agar sentiasa mohon kekuatan dari Allah, usah harapkan kepada makhluk dan memaafkan kelemahan mereka yang ada di sekitar kita. Ini pesan Tuan Guru Nik Aziz , maafkan semua agar mudah kita di hari perhisaban kelak.
Lintaskan yang baik..berkatalah yang baik dan bertindaklah yang terbaik..Insya Allah, semuanya akan jadi baik dan masa juga ada sebahagian daripada rawatan.
Dari Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah bersabda,
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata baik atau diam…” (HR Mutafaqun ‘alih).
Kerisauan ibu hanyalah memikirkan kerosakan demi kerosakan yang dilakukan ke atas jutaan kanak-kanak oleh sistem pendidikan sekular hari ini. 5 fitrah suci dirosakkan dan para guru tidak dibekalkan teknik Rasulullah SAW mendidik dengan penuh cinta dan kasih sayang. Menjelang tidur semalam sempat ibu terbaca dan viral kepada semua group "hati-hati meninggi suara dan kesannya negatifnya ke atas otak kanak-kanak..." http://doktersehat.com/membentak-anak-sebabkan-kerusakan-otak/
Alhamdulillah, dapat respon amat positif dari golongan muda..semoga mereka semua sedar betapa pentingnya. pendidikan awal kanak-kanak. "Ya Allah, ku serahkan segalanya kepada-MU, hanya engkau maha Mengetahui hasrat qalbuku ingin melihat Asuhan Permata Syurga akan merubah wajah-wajah generasi akan datang di dunia ini mengabdikan diri hanya kepada-MU..Inilah permintaanku selama-lamanya..Segala urusan itu sepenuhnya kuserahkan kepada-MU..Aamiin ya Rabbal alamin..."
Comments
Post a Comment