PASRAH 2
Ketika Nadwah Haluanita di ILIM, seorang kenalan di Seremban menawarkan ibu buat bedah buku di tempatnya. Ibu maklumkan dengan salah seorang sahibah pensyarah di sana, tanpa ragu beliau menawarkan ibu menginap di rumahnya. Ibu jangkakan mungkin pertengahan bulan Mei. Perancangan Allah mendahului segala-galanya, pulang dari Bedah Buku dari Tangkak pada 15 April lalu, salah seorang ahli jawatankuasa Konvensyen Antarabangsa Kaunseling dan Psikologi berspektif Islam memujuk ibu perkenalkan Kaunseling Rabbani dalam program itu. yang akan diadakan di Pusat Dakwah Negeri Sembilan pada 2-4 Mei 2017. Ikut logik akal dan peraturan manusia, tarikh menghantar 'abstract' sudah tutup pada 10 April dan hantar kertas kerja pada 15 April. Allah SWT yakinkan jiwa ini jangan putus harapan untuk memenangkan Deen Allah melalui profesyen Kaunseling di samping meraikan permintaan generasi pewaris yang selama ini menganggap ibu sebagai 'mentor' dan khudwah memupuk minatnya mengambil bidang kaunseling lebih 20 tahun lalu. Subhanallah sampai ke situ sekali dia memujuk.
Setelah maklumkan kepada suami, ibu istikharah terlebih dahulu memandangkan sudah terlepas tarikh hantar kertas kerja. Pagi 17 April, tergerak rasa untuk terus menaip abstrak bertajuk 'Membumikan Kaunseling Rabbani'. Pagi 18 April urusetia memaklumkan 'abstract' itu diterima dan ibu diberi peluang menyiapkan kertas kerja 10 halaman, 5000 patah perkataan dalam masa dua hari. Ibu benar-benar menyerah diri kepada Allah mohon ilham daripada-NYA sahaja. Ikut logik akal memang ibu tak berupaya, namun Allah kurniakan ilham-ilham di luar jangkaan.
Tanpa diduga akhirnya terbongkar Sejarah Islam membumi dan tersebar dari Turki di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh, telah mengemilangkan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ketika pemerintahan Sultan Mansor Shah hingga zaman Sultan Alaudin Riayat Shah. Terbongkarnya sejarah ini , baru ibu tahu rupa-rupanya Zaman Sultan Muhammad Al Fateh (1451-1481 Masihi) di Turki selari dengan zaman Sultan Alaudin Riayat Syah di Melaka (1477-1488 Masihi). Ibu kaitkan sejarah ini lebih 1300 tahun Islam menjadi 'rahmatan lil alamin'. Sebagaimana kaunselor sekular diperalatkan merosakkan akidahumat Islam, maka kaunselor Rabbani pelru dilahirkan lebih ramai lagi untuk mrenyelamatkan akidah umat Islam yang semakin serius dirosakkan oleh musuh-musuh Islam. Justeru itu perlunya Kaunseling Rabbani dibumikan segera. Proses untuk membumikan Kaunseling Rabbani adalah urusan Allah, bukan urusan manusia yang kerdil ini. Ibu dapat rasakan yang permudahkan segala urusan ini adalah Allah SWT, perancang yang MAHA HEBAT. Ibu sekadar berusaha sedaya upaya menjadi pengabdi-NYA yang taat untuk menTAUHIDkan-NYA sepanjang hayat. Kualiti itu yang wajib disuburkan selaku khalifah-NYA di muka bumi ini.

4 Mei 2017, Kertas Kerja 'Membumikan Kaunseling Rabbani' adalah kertas yang terakhir sekali dibentangkan. Tidak ibu jangkakan Uwais al-Qarni murid darjah 2, anak genius, soleh dan musleh turut ikut ibu dan ayahnya mendengar ceramah itu. Anak ini bakal menjadi pemimpin umat seperti Muhammad al-Fateh, Insya Allah. Selepas itu Allah kurniakan pelbagai hadiah di luar jangkaan. Benar firman Allah SWT yang bermaksud;
"Jika kamu menolong Deen Allah, Allah akan perkukuhkan tapak pendirian..." (Surah Muhammad :7)
Ketika sesi bergambar beramai-ramai, ibu paling akhir menggabungkan diri kerana melayan tetamu (keluarga Uwais) 'founder SASU (Sayang Al-Qur'an Seawal Usia). Allah ilhamkan ibu tarik kerusi untuk duduk kerana semua ruang berdiri sudah penuh. Lepas tu ramai pula yang menarik kerusi mencantikkan lagi suasana sesi penggambaran. Tidak menyangka sama sekali, Allah aturkan ibu dapat duduk betul-betul sebelah pengarah program, walaupun sebelum ini tidak pernah mengenalinya.
![]() |
Allah SWT pertemukan kami di'centre', Insya Allah pasti ada Hikmah-NYA |
Pusat Dakwah Islamiyah,
Paroi, Negeri Sembilan
Sebelum pulang ke Perlis, tuan rumah yang melayan ibu bagaikan berada di hotel 5 bintang, mengumpulkan hampir 20 puteri dan makan malam di rumahnya dan minta ibu berikan Tazkirah menjelang Maghrib, sharing tentang Kaunseling Rabbani. Mudah-mudahan selepas ini semakin ramai yang akan buat kajian dan membongkar sejarah zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka ada kaitan dengan keyakinan pemimpin mengambil Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap.
Sementara menunggu ETS sampai, keluarga Uwais menunggu dengan hadiah buku 'parenting' dari Bandung dan berkongsi pengalaman mendidik Uwais anak bungsunya walaupun baru 8 tahun sudah bercita-cita menjadi 'pemimpin umat' bahkan sudah oandai membaca peta dunia dan kaitkan dengan Al-Qur'an. Masya Allah. hadiah yang tidak disangka-sangka membantu ibu menyiapkan buku ketiga 'Asuhan Tarbawi Mutiara Syurga'
Pagi Jumaat sampai Tunjung, seramai 31 puteri Alumni MATRI yang pernah ibu gelar mereka 'Puteri Matri yang lebih mahal harganya dari Bidadari Syurga.' Mereka ziarahi ibu dan minta sharing tentang Kaunseling Rabbani. Alhamdulillah, objektif mereka tercapai di samping silaturahim ramai jugaa yang berminat ingin menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang kaunseling dan psikoterapi.
Esoknya Sabtu 6 Mei dua pemudi biro kaunseling sudah urus selia program Bedah Buku Kaunseling Rabbani. Lebih 20 orang yang hadir, Alhamdulillah semua buku yang dibawa habis terjual. Entah apa yang tersentuh sangat jiwa ini, mengalir air mata kesyukuran walaupun dalam keadaan sukar ibu terfitnah, namun akhirnya ada pemudi yang bersih jiwanya mengaturkan agar program membumikan Kaunseling Rabbani ini akan memberi manfaat khususnya kepada kaum ibu yang diuji dengan ujian yang tidak disukainya. . Seorang demi seorang bercucuran air mata bersyukur dapat berkongsi suara hati sebagai seorang wanita.
Ibu amat yakin segala kegembiraan ini Allah kurniakan selepas Allah beri peluang menyantuni seorang ibu tunggal kematian suami menyara 5 orang anak . Segalanya Allah yang aturkan ketika ibu di Seremban. Bertugas hanya sebagai seorang 'cleaner', moga semakin ramai lagi mrekayang berjiwa kental sepertinya trampil menyelamatkan lebih ramai anak yatim yang terbiar.

Ya Allah permudahkanlah Kaunseling Rabbani ini terbentuk team di kalangan generasi pewaris untuk memakmurkan alam ini dengan rahmat dan kasih sayang-MU jua.
La hau la wala quwata illaa billah
Comments
Post a Comment