Peluang Ramadhan. Ya Allah Kukuhkan Jiwa Kami Dengan Wahyu-MU
![]() |
Tawaran Yang Membahayakan Diri |
Minggu lepas, urusetia Persatuan Kaunseling Malaysia menawarkan ibu ikuti program di Medan, Indonesia hujung bulan Ogos nanti. Jika booking tiket awal memang murah pergi dan balik.. Setelah bertanya pandangan suami dan anak kandung, ibu istikhorah. Selepas Istikhorah mendapat jawapan, program itu amat merbahaya bagi ibu untuk membentangkan Kertas Kerja yang sama iaitu "Membumikan Kaunseling Rabbani" kerana paksi perlaksanaannya adalah sistem Sekular 100%. Hadapi mereka mesti dalam team work yang kukuh.
Tidak sama seperti di Seremban pada 2-4 Mei lalu, Konvensyen berperspektifkan Islam lebih selamat, paling tidak musuhnya hanya orang mukmin yang hasad, Insya Allah biasanya kaunselor Islam mampu merawat diri dari sifat mazmumah itu... Hasil dari program di Seremban, Alhamdulillah salah satu pejabat Mufti jemput ibu buat program Bedah Buku sebelum Ramadhan. Insya Allah, hanya Allah sahaja pengatur yang terbaik,
Pandangan Murabbi tidak boleh dibelakangkan. "Bumikan di sini dahulu" pendek sahaja jawapannya. Alhamdulillah, puas jantung hati bila kita "Sami'na wa atho'na" Betullah, biar lambat asal selamat. Tegakkan Islam dalam dirimu maka akan tertegaklah Islam di bumimu" kalau tak silap ini pandangan Saidina Umar Al-Khattab yang sering digunakan oleh para ulama'. Ya Allah terima kasih kerana menyelamatkanku. Aamiin
VVIP dan tetamu agung akan berkunjung dan bertandang dua minggu lagi. Apakah persiapan yang telah kita buat untuk menyambut tetamu istimewa ini. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah kurniakan kepada kita semua keberkatan, keampunan dan rahmat-Nya sepanjang hayat dan beroleh Keberkatan Lailatul Qadr. Insya Allah
Jiwa yang girang yang mentauhidkan Allah hanya dinikmati oleh mereka yang menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai manual kehidupan, dakwah dan tarbiyah sebagai rutin dan darah daging kehidupan dan qiyamulail sebagai peluang bercintanya dengan Rabb yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ramadhan adalah madrasahnya sebagai permulaan untuk kita menikmati kemanisan seperti di atas. Insya Allah

Pagi Khamis lalu ibu dikunjungi oleh seorang ustazah yang telah infaqkan dirinya untuk Deen Allah dan menjadikan Matri sebagai 'mihrab'nya. Walaupun usianya masih muda, baru 40 tahun namun banyak ibu dapat belajar darinya. Memang sejuk hati memandang wajah pencinta Al-Qur'an juga di antara peserta yang ikuti program 'Bedah Buku Kaunseling Rabbani' anjuran Biro Kaunseling Haluanita Perlis pada hari Sabtu yang lalu. Beliau amat tersentuh mendengar penyampaian ketika Bedah Buku, apabila ibu ajak mereka hafal doa Asiyah isteri Firaun
رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya "Rabbku, binalah sebuah mahligai untukku di sisi-MU dalam syurga." (Petikan dari surah At-Tahrim:11)
Insya Allah dengan doa ini mudah-mudahan dapat mengukuhkan visi kehidupaan kita menepati surah Ali-Imran : 110 supaya kita sentiasa beramar maaruf, nahi mungkar serta beriman kepada Allah untuk membina 'Khaira Ummah.' Sebenarnya Khaira Ummah yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah kita semua umat Muhammad SAW yang menginfak dirinya untuk Deen Allah SWT. Semoga kita semua benar-benar dianugerahka oleh Allah SWT menikmati Kasih Sayang. Kasih sayang kerana Allah lahir apabilaa proses tarbiyah benar-benar merawat jiwa. Allah pilih jiwa-jiwa untuk disatukan. Semoga kita semua terpilih. Aamiin.

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ |
Satu-satu penghalang yang menyebabkan sukarnya seseorang itu merasai nikmat Ubudiyyahtillah dan Ukhuwwahfillah apabila merasai diri lebih dari orang lain. Itu adalah watak Iblis menyebabkan Iblis itu diusir dari syurga. Sifat angkuh, sombong dan ego itu menjadi berhala dalam diri dan merupakan penghalang pertama untuk jiwa itu tunduk (tawadhuk) merasai kemanisan iman dan ukhuwwah. Sungkurkan diri bersujud hingga menangis merayu dan merintih kepada Allah pada setiap sepertiga malam mohon Allah keluarkan segala racun-racun jiwa yang merosakkan amal kita. Inilah di antara persiapan penting yang perlu kita usahakan menjelang Ramadhan. Mudah-mudahan Allah kruniakan kita nikmat kemanisan, kepuasan dan cinta hingga rindu kepada-Nya yang semaksima Insya Allah.
Kunjungan ustazah itu semata-mata untuk sampaikan hadiah telekong istimewa agar ibu pakai ketika solat malam. Masya Allah hampir hendak menitis air mata terharu, Allah kurniakan kami nikmat kasih sayang yang tidak terhingga dan kami bakal saling takmil wal istikmal dengan team yang lebih besar untuk mendaulatkan Deen Allah di muka bumi ini melalui Kaunseling Rabbani.....
Paling terhibur apabila ada kawan yang pulang dari Bandung berkongsi ilmu menyambut hari ulang tahun tok gurunya. Tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak tok guru itu menyatakan beliau menyambut hari ulang tahunnya dengan membaca doa Nabi isa as dalam surah Maryam ayat 33
وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدْتُ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا
yang bermaksud : Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)
Dalam sesi perkongsian, ustazah di atas pulak menceritakan pengalamannya melahirkan anak bungsunya tanpa susah payah meneran...5 tahun lalu membaca surah Maryam ayat 15.
وَسَلَامٌ عَلَيْهِ يَوْمَ وُلِدَ وَيَوْمَ يَمُوتُ وَيَوْمَ يُبْعَثُ حَيًّا
yang bermaksud;
Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadanya pada hari dia diperanakkan dan pada hari diaa mati serta pada hari dia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)
Subhanallah begitu indahnya ayat-ayat suci Allah yang wajib kita taddabur, fahami dan laksanakan di dalam kehdiupan. Di bulan Ramadhan adalah masanya untuk kita menikmati keindahan itu. Moga Allah redha dan berkati usaha kami..
Comments
Post a Comment