Ikut Pandangan Mata Lebah

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar walillah ilhamd...

تقبل  الله  ومنكم 

Ni bukan nak berkhutbah, tetapi  sekadar perkongsian menyambut  Ramadhan dan Syawal. Alhamdulillah, hari kebesaran Islam menjelma sudah meninggalkan kenangan indah sepanjang Ramadhan 1439 Hijrah. Semoga Allah pertemukan Ramadhan 1440 dengan kenangan yang lebih manis. Insya Allah.

Ramadhan 1438 Hijran,  Allah aturkan agenda kami dapat  bermusafir dan iktikaf di Serambi Mekah & Madinah (Kelantan dan Terengganu).Untuk tahun ini, untuk menjaga banyak maslahat  keluarga. walaupun tidak ke mana-mana, sekadar iktikaf di rumah dan berpeluang hanya dua kali iktikaf di Masjid Putra  Kangar. Allah kurniakan kemanisan lain, bertambah intimnya hubungan keluarga. Alhamdulillah. Sebenarnya  syurga jiwa  bukan berada di luar sana, tetapi di dalam  diri kita masing-masing. Insya Allah  biarlah kemanisan Ramadhan 1439 Hijrah  menjadi kenangan yang berkekalan hingga bertemu Allah kelak. Insya Allah. 

Azam ibu menyambut hari lebaran, kesan tarbiyah Ramadhan  adalah untuk sentiasa  mendahulukan kebaikan,  melihat kebaikan seseorang khususnya anak-anak dan cucu-cucu. Dalam program motivasi, sering ibu ingatkan para  pendengar, lupakan dua perkara dan ingat selalu dua perkara. 
1. Lupakan baik kita kepada  orang dan  lupakan jahat orang kepada kita.
2. Ingat  jahat kita  kepada  orang (selalu mohon kemaafan dan ampunan Allah)  dan  ingat baik  orang kepada  kita. 

 Jadilah seperti mata lebah sentiasa  mencari bunga dan  menyedut  segala  manisan bunga  di taman-taman. Dengan sendirinya  segala keburukan akan berkubur. Masya Allah  indahnya  ibarat  ini di mana Allah jadikan fungsi lebah sentiasa bermanfaat untuk orang lain. Manfaat paling besar adalah membekalkan  madu  demi menjana  kesihatan manusia.
Orang mukmin itu haruslah seperti  lebah, berdisiplin, makan makanan yang baik-baik  dan sentiasa  bermanfaat kepada  orang lain. 

Janganlah kita  berpenadangan seperti  mata  lalat, sentiasa  sensitif mencari berita aib dari segala kekotoran dari sampah-sampah dan makanan  yang sudah busuk. Walhal masih banyak berita baik yang  boleh kita kongsikan. Pandangan  negatif (kotor) seperti ini  bukan sahaja membuktikan  sepanjang Ramadhan kita  gagal mentarbiyah diri bahkan merosakkan diri sendiri dan tidak akan menikmati  indahnya  fungsi  menjadi seorang  hamba Allah dan Khalifah Allah di muka bumi ini. Ke mana-mana  menjaja keburukan  dan aib orang lain tanpa sedar  keburukan yang dijaja itu ada pada diri masing-masing. 


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil