Kisah Kaab Bin Malik ~ Nilai Sebuah Kejujuran


Seronok sungguh  dapat mendengar dan menyalin 7 siri penyampaian Ustaz Nuzul Zikri tentang  kisah Kaab Bin Malik yang sewajarnya dijadikan sumber inspirasi untuk kita  perbaharuai iman kita  sentiasa 'fresh' menikmati kemanisannya mengabdikan diri  hanya sanya kepada  Allah SWT tanpa sebarang kesyirikan dan kemunafikan. Belum habis 7 siri, terpaksa  bermusafir  seketika.....

Musafir ke Selatan kali ini berobjektif  5 dalam 1, memenuhi permintaan  pewaris renew lesen SSM dan tukar nama pemilik Taska dari nama  ibu kepada  nama  anak saudara  yang kini aktif menyambung  khidmat mengasuh 'mutiara syurga'. Tahniah kepada Puan Hazizah  bte Abd Razak, kini  Taska Subur Fitrah semakin berkembang masuk ke Matrikulasi Tangkak dan bakal  mengukuhkan lagi  khidmatnya  di Pagoh. Insya Allah. Keunikan silibus  menggunakan Little Abd Programme dan Asmaul Husna. Tugas ibu kini sebagai penasihat dan  buat TOT setahun dua kali. Ibu tidak rasa  sebarang kerugian  kerana  matlamat ibu hanya harapkan  generasi  muda  (anak saudara dan teamnya) dapat meneruskan  visi dan missi mendidik  anak-anak bawah 4 tahun mengenal Allah. Awwaluddin Makrifatullah (Awal  Deen  Mengenal Allah). Mendengar  perkembangan terbaharu tentang  Taska itu sangat membahagiakan. Alhamdulillah.


Objektif kedua berpeluang  ikut bersilaturahim di rumah terbuka  kakak ibu di Tangkak dan rumah anak ibu bersama  sahabat sahibah Batu Pahat. Terkenang segala kemanisan saling ziarah menziarahi sejak berada di Batu Pahat pada tahun 1993 hingga tahun 2012. Kemanisan saling menziarahi  yang pernah kami lalui dahulu, kini diwarisi oleh anak menantu  serta cucu ibu sendiri.  Sungguh terharu mendengar soalan cepu mas dari salah seorang  yang bertanya "mana  lebih membahagiakan ketika hari raya semasa  fasa  rumahtangga pertama atau fasa rumah tangga sekarang?" Bagi  ibu semua fasa  sungguh membahagiakan. Fasa  dahulu sesuai  dengan umur ibu yang masih muda. Fasa kini juga membahagiakan  sesuai  dengan umur yang meniti usia senja, menjadi nenek kepada  15-16 cucu dan ibu kepada 5 anak, mertua kepada  5 menantu, di usia 56 tahun, rasanya agak  'terawal' sedikit, cucu pertama sudah berada di IPT Acheh.  Walaupun  tidak dapat memuaskan semua pihak namun ibu amat  berpuas hati dengan apa yang Allah aturkan, tersusun rapi segala  agenda yang Allah izinkan.

Objektif ketiga ingin bersama berkongsi  pengalaman dan persiapan berhaji sebagai bekalan untuk anak menantu bakal menjadi tetamu Allah  kelak musim haji 1439 Hijrah. Objektif keempat, rapat  dengan cucu-cucu yang bakal tinggal  di  Perlis   sepanjang ummi dan abinya  menunaikan Haji. Objektif  kelima; Kepuasan menjadikan aktiviti  musafir  sebagai  ibadah  di sisi Allah SWT. Semoga Allah redha...aamiin

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil