Jangan Khianati Dirimu
بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ ۖ فَمَن كَانَ يَرْجُوا۟ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَٰلِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۢا
Maksudnya; "Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya"
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milik Allah yang telah mengurniakan kepada kita semua nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam khusus buat Rasul junjungan SAW serta generasi Al Qur'an yang unik yang sentiasa menjadi contoh unggul untuk diikuti oleh umat baginda hingga akhir zaman.Syukur Alhamdulillah kami dikelilingi oleh mereka yang sentiasa diproses keimanan mereka, melahirkan natijah jiwa yang bersangka baik berpaksikan akidah yang benar.
Syukur Alhamdulillah, lebih sebulan ibu ikuti program amalan pemakanan sihat. Masha Allah, Tabarakallah berbekal sedikit ilmu, fahamlah kini, sedikit sebanyak faktor-faktor yang boleh mengundang penyakit di mana 80% berpunca dari makanan yang tidak sesuai untuk kita makan di alaf siber ini. 20% berpunca dari kurang riadhah atau pergerakan.
Sejak sakit di bahagian kura-kura kaki memang ibu kurang riadhah hingga berat ibu menghampiriri 70kg. Terlebih 15kg dari berat sepatutnya. Sedangkan hendak berulang alik ke dapur utama sekalipun kaki sudah rasa bisa-bisa hingga kadang-kadang menyebabkan ibu stress. Jika tidak diingatkan dalam usrah online setiap minggu, syaitan mula bermaharajalela mengganggu keikhlasan bekerja untuk Islam.

"Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada bisikan-bisikan syaitan dan aku berlindung dengan Mu agar mereka (syaitan) tidak mendekatiku" (Surah Al Mukminun: 97-98)

Alhamdulillah kini dalam proses merawat diri, ibu rasa seronok berkhidmat 24 jam menghadap dapur comel ibu di ruang tamu sambil melaksanakan tugas utama merawat suami serta membaca@ menulis. Sekali sekala melayan pokok-pokok bunga yang sentiasa mengingatkan ibu agar bertasbeh memuji Allah siang dan malam. Di ambang 60 tahun ini bukan masanya lagi hendak memikirkan makan minum di dapur utama. Lebih baik fokus memikirkan dan rindukan makanan syurga seperti susu, madu, buah-buahan dan segala makanan yang 'clean' bebas dari minyak,perasa, garam, gula, aji nomoto yang menyebabkan usus perut penuh dengan toksid. Jika tak sempat sekalipun, makan ubi rebus atau roti fiber sudah cukup mengenyangkan.
![]() |
Ya Allah sihatkan roh dan fizikal kami untuk laksanakan kerja-kerja Islam hingga kami syahid. Aamiin |
Memang ibu berdoa selalu agar hari tua ibu nanti tidak akan menyusahkan sesiapapun. Pergantungan harap kepada Allah menjadi motivasi utama ibu kini amat menitik beratkan soal pemakanan sihat. Alhamdulillah, sejak minggu lepas, Allah bagi rasa jika cuba makan makanan bergoreng, tekak ini akan rasa nak muntah. Alhamdulillah, Allah izin tidak teringin langsung minum minuman bergula. Nasipun tidak pernah lebih satu senduk, itupun waktu siang sahaja. Malam tidak makan nasi sebab sudah rasa kenyang.
Sekarang ibu guna beras perang atau beras Herba Faiza. Manakala lauk ibu pilih ikan steam atau bakar atau rebus sahaja, Lebihkan makan ulam-ulam, ubi keledek dan sayur-sayur segar. 'Sneaking' pula ibu latih makan buah-buahan tertentu atau 'protein bar'. Alhamdulillah kini hampir 5kg dah turun, menanti 10kg lagi untuk dapatkan berat ideal (yang sepatutnya). Selepas capai 50kg, Insha Allah ibu akan terus maintain hingga kembali menghadap Allah dalam keadaan amat rindu dan bahagia tanpa membawa toksid, penyakit dan lemak berlebihan dalam badan. Seperti mana kita dilahirkan comel dan cantik tanpa toksid dan lemak, maka semasa kembali ke Rahmatullah dalam keadaan fitrah roh dan fizikal.

Jika ada sesiapa yang berminat hendak ikuti program kesihatan yang ibu ikuti sekarang, bolehlah hubungi anaknda Umi Nabila Mokhsin.Ibu rasa serasi dengannya yang ;ayan ibu seperti ibunya sendiri. Nombor telefon bimbitnya 013-2954268. Ibu perhatikan memang ramai yang berpuas hati dengan keadaan kesihatan masing-masing dan dapat 'maintain'. Menurutnya ramai ustaz, termasuklah ustaz Ebit Lew juga ikuti program pemakanan sihat ini.
Alhamdulillah suami ibupun semakin sihat kesan pemakanan sihat yang ibu ikuti sekarang dan tidak makanan berminyak atau berlemak lagi. Jika suami teringin hendak makan nasi dagang Terengganu, ibu tumpang juga sesuap dua. Ketika 'cheat day' ibu cuba juga rasa makanan yang dirindui seperti asam tumis Johor, mi bandung dan seumpamanya tetapi dalam kadar yang terhad, tidak berlebihan. Ibu sering ingatkan diri, "jangan khianati dirimu..."
Selepas baca tafsir surah Al-Kahfi ayat 110 yang ibu kongsikan ketika usrah amal dua minggu lalu, hadis Rasulullah sallallahu alaihi wassalam berkaitan ayat itu sering bermain dalam benak dan fikiran ibu sampai sekarang dan harapnya akan ingat selama-lamanya dengan izin Allah.
Hadis ini adalah soal mengkhianati diri berpunca dari kita mengkhianati Allah dan Rasul. Tergamaknya kita tidak ambil kisah pesan Rasulullah di mana baginda sampai menangis mengenangkan keselamatan umatnya hingga hari Kiamat. Sebaliknya kita mengkhianati baginda bermula dari aspek mengabaikan akidah (kesihatan roh) dan tidak menjaga perut (kesihatan fizikal)
Hadis tersebut daripada Syadad bin Aus, dia berkata :
"Sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi Wassalam pernah menangis, lalu ditanyakan kepada baginda, apa yang membuatmu menangis? Lalu baginda menjawab, "aku khuatir sekiranya umatku tertimpa kesyirikan dan syahwat tersembunyi".
Lalu akupun bertanya "Wahai Rasulullah, apakah umatmu akan melakukan kesyirikan setelah anda"
Baginda menjawab "Ya, namun mereka tidak menyembah matahari, bulan, batu atau berhala, tetapi mereka melakukan riyak dengan amalan-amalan mereka dan syahwat tersembunyi. Boleh jadi pagi harinya dalam keadaan puasa, namun nafsu syahwat merintanginya sehingga dia meninggalkan puasanya"
(HR Ahmad, musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Tahqiq: Syu'aib Al-Arnaut, jilid 28, no hadis 17120 :346).
Hingga sekarang ibu sedang mencari tafsir hadis di atas. Adakah maksud nafsu syahwat itu bermula dari kita mengkhianati diri tidak menjaga pemakanan sihat dan makan ikut hawa nafsu hingga terjejas kesihatan diserang sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Wallahu alam. Alhamdulillah, Allah sudah temukan ibu dengan tafsir tersebut dalam you tube. Berikut adalah tafsir berkaitan ayat 110 surah Al kahfi;
Dalam tafsir Hidayatul Insan bi Tafsiril Qur'an, Ustaz Marwan Hadidi bin Musa, (M.Pd.I 110) menghuraikan bahawa Allah memerintah nabi untuk menjelaskan tentang jati dirinya adalah manusia biasa tetapi bezanya baginda telah diwahyukan kepadanya sesuai dengan kehendak Allah. Sesungguhnya Allah yang menjadikan tujuan ibadah adalah untuk-NYA, Tuhan yang Maha Esa, baik dalam zat, sifat, mahupun perbuatan-Nya. Maka, barang siapa yang mengharap pertemuan dengan Tuhan-Nya dan inginkan ganjaran atas amal perbuatannya di akhirat kelak, maka hendaklah dia selalu mengerjakan kebajikan dan menjauhi semua hal keji dan mungkar serta janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatupun dalam beribadah kepada Tuhannya. Hendaklah dia beribadah kepada-Nya dengan tulus, bukan kerana ria. Ibadah yang dilandasi niat untuk menggapai redha-Nya.
Ibu faham, maka sentiasalah kita mohon kepada Allah agar perbaguskan niat kita beribadah hanya untuk-NYA, tiada sekutu walau sebesar habuk sekalipun. Bahkan nak jaga kesihatan dengan turunkan berat badan, niat kerana Allah agar dapat sempurnakan ibadah dengan sebaik-baiknya hanya untuk Allah. Kita perlu menjaga amanah anggota badan agar tidak dirosakkan kerana memilih makanan yang tidak sesuai.Pilih makananpun mohon Allah yang pilihkan, bukan ikut nafsu kita.

Surah Al-Kahf ditutup dengan penegasan tentang luasnya ilmu Allah dan perintah untuk berbuat kebajikan dan bertauhid dalam ibadah hanya kepada-Nya.
Menurut Syaikh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, pakar fiqih dan tafsir dari Suriah (Syria) amal yang diterima adalah amal yang sesuai syari’at, samada yang wajib mahupun yang sunat. Ayat ini menerangkan syarat diterimanya amal, yaitu ikhlas kerana Allah dan mutaba’ah (sesuai dengan sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam). Keduanya ibarat sayap burung, jika salah satunya tidak ada, maka burung tidak dapat terbang. Orang yang ikhlas dan mengikuti sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dalam amalnya, itulah yang memperoleh apa yang dia harapkan dan yang dia minta. Sedangkan selainnya, maka dia akan rugi di dunia dan akhirat, tidak memperoleh kedekatan dengan Tuhannya dan tidak mendapat redha-Nya.
Comments
Post a Comment