Menuju Ar Rafiqul A'la (2)
Segala puji hanya bagi Allah Rabb yang menguasai seluruh isi langit dan bumi. Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan Allah yang terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Semoga jiwa ini sentiasa istiqomah beroleh hidayah dan taufiq dari-Nya hingga mendapat Husnul Khotimah bersama Ar Rafiqul A'la.
وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ
عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ
وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا
Barangsiapa yang mentaati Allah dan
Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi
nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para siddiiqiin, para syuhada( syahid), dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang paling baik. (QS.
an-Nisa: 69).
Selawat dan salam ditujukan khusus buat junjungan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga, para sahabat, para tabiin, salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang ikhlas menghambakan diri hanya sanya kepada Allah SWT hingga akhirat.
Minggu ini merupakan minggu berkabung kami di atas kehilangan sahabat karib yang sangat menyayangi suami. Hari Selasa, 15 Jun lalu, laju air mata mengalir deras ketika ibu berada di hadapan Bank Islam Kangar, besan kami memaklumkan kematian Profesor Dr Ahmad Yusof dalam perjalanan menuju ke hospital Sg Buluh.
![]() |
Tokoh mulia yang sukar dicari ganti |
Suami sering merindui kesolehan Almarhum. Sebelum almarhum menjalani kemoterapi, suami sempat berpesan melalui ibu dan isterinya agar perbanyakkan istighfar... Hari beliau buat kemoterapi kali pertama, suami sering bertanya perkembangan tetapi erlewat dapat respon, mungkin kak Sra sibuk. Malam tu suami bermimpi berjumpa dengannya dengan wajah penuh ceria tanpa kata. Hari Rabu, sehari selepas almarhum dikebumikan dengan suara yang sebak mengatakan "asyik teringat Profesor..." Memang sedih tetapi ibu kawal perasaan dan memujuknya "Semua sahabatdan sahibah sayang dia, kita doakan semoga semakin ramai anak muda yang lahir semulia akhlaknya meneruskan perjuangannya yang sui murni. Doakan isterinya tabah..."
Ibu dapat rasakan Datin Sara dan anak-anaknya amat terasa kehilangan yang tidak diduga. Perlukan masa meneruskan kehidupan tanpa almarhum di sisi. Apabila teringat memang mengalir air mata mengenangkan kebaikan dan kesolehan yang sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak muda pewaris dakwah dan tarbiyah madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Peribadinya yang penuh tawadhuk seperti copy paste akhlak Almarhum Ustaz Dahlan Md.Zain. Padanya pangkat gelaran dan jawatan tidak ada apa-apa erti tanpa dakwah dan tarbiyah. Memang peribadi soleh dan para sahabat menjadi saksi bahawa almarhum sudah melaksanakan tugas mewarisi tugas para anbia melaluii platform HALUAN Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemegang amanah HALUAN. Allahu Akbar, memang terasa amat kehilangannya. Ya Allah lahirkan lebih ramai anak muda kami semulia akhlak Almarhum Prof Dr Yusof...
![]() |
Mulianya almarhum dan ahli keluarga, sudi ziarahi UOHS (14.12.2019) |
Secara peribadi ibu dapat rasakan sentuhan iman dan ukhuwwah almarhum, di mana setiap kali berjumpa dan menziarahi, akan dibawa madu asli, kapsul habatussauda dan minyak zaitun jenama termahal untuk suami. Hingga sekarang botol itu masih kami simpan sebagai kenangan.
Almarhum juga merupakan besan kepada besan ibu (cikgu Nordin dan uan Roselina). Anaknya Dr Safiyah berkahwin dengan dengan adik Sofiyah (menantu) yang bernama Saheel.
Ya Allah ampuni segala dosa-dosa Almarhum dan himpunkan rohnya bersama roh para Ar Rafiqul a'la (para anbia, syuhada,sidiqqin dan solehin)
Kita semua bakal menyusul dan sama-sama kita re union dalam syurga. Insha Allah
Salam takziah kepada Ukhti Datin Sara dan seluruh ahli keluarga dan kita semua ahli HALUAN. Semoga Allah gantikan beliau dengan lebih 100 anak muda, sesuci akidahnya sebaik ibadahnya dan sehebat akhlaknya. Aamiin Ya Rabbal Alamin
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾
Kekal hanyalah Allah, daripada Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali.
.
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu), Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia, Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!" (Al-Fajar:27-30)
.
IPTIP turut berdukacita dan takziah di atas pemergian Prof. Datuk Dr Ahmad Yusoff bin Hassan yang kembali ke rahmatullah pada awal pagi hari ini.
.
Prof. Datuk Dr Ahmad Yusoff bin Hassan Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP).
.
Semoga Allah SWT merahmati beliau, dan memberi kesabaran kepada ahli keluarga beliau dan juga warga IPTIP. Semoga Allah SWT menempatkan beliau bersama para nabi dan syuhada'.
.
Kami menjadi saksi beliau seorang yang sentiasa memikul dakwah sepanjang hidup beliau. Ameen.
Comments
Post a Comment