Vaksin Makrifatullah
Bumi Malaysia kini masih berada dalam keadaan 'gerhana' dilanda Covid-19 yang belum berpenghujung. Entah mengapa, ibu terkaitkan peristiwa ini dengan sejarah Singapura dilanda todak dan Melaka diserang oleh Portugis pada tahun 1511. Musuh-musuh Islam tidak akan berhenti untuk melemahkan umat Islam yang semakin bangkit dan sedar untuk kembali kepada sistem Islam di bumi Malaysia.
Akan berjayakah usaha Menteri agama YB Dr Zulkifli Albakri, disokong oleh PM Pak Yidin dengan tempelan 'Manhaj Rabbani' dalam pentadbiran? Sejak diumumkan minggu lepas, sekarang senyap sepi, membisu seribu bahasa. Ibu suka dengan impian itu, sekurang-kurangnya Menteri agama sudah mencuba semaksima mungkin. Namun jika tiada kerjasama di pihak akar umbi, akan sekadar menjadi slogan-slogan kosong. Kejayaannya tidak mungkin sama sekali jika sistem pendidikan masih mendaulatkan pendidikan sekular yang sentiasa membelakangkan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai sumber rujukan utama. Jika benar menjadi fokus utama, maka setiap umat Islam wajib mengambil dan memain peranan menjadikan Al-Qur'an dan sunnah sebagai rujukan utama dalam setiap aktiviti kursus/ bidang apa sekalipun.
Malam tadi dalam halaqah amal ada disebut tentang isu 'azimah dan ruksah'. Ibu bersembang dengan suami mengaitkan isu itu dengan vaksin. Adakah dikategorikan sebagai 'jahil' jika seseorang itu tetap teguh dengan prinsip dengan mengambil 'azimah dengan vaksin makrifatullah? Jawapan suami amat melegakan ibu. Alhamdulillah. Ini golongan minoriti dengan syarat tidak menganggu atau menyusahkan pihak lain.
Bagi anak muda yang banyak songel, hentikanlah gossip, desas desus atau 'pok pek-pok pek' yang menambah dosa. Buanglah songel-songel kalian yang tidak ada manfaatnya sama sekali. Perbanyakkan istighfar dan taubat.
Jika kalian sudah ambil vaksin fizikal, yang hanya setakat 'selamat'kan di dunia, jangan abaikan vaksin makrifatullah. Vaksin makrifatullah akan menyelamatkan kalian di dunia dan akhirat. Insha Allah. Dua hari lepas ramai anak muda melenting dengan songel-songel macam-macam marahkan bonda Prof Muhaya dengan isu 'bodoh-bodoh'. Keluar semua karat-karat jahiliyah dari benak hati masing-masing kesan gagalnya mereka mengambil vaksin makrifatullah. Menurut ibu, sedikit sahaja silap pilihan kata. maafkan lebih baik daripada melenting tak tentu arah jadinya. Pasti ada hikmahnya untuk kedua-dua belah pihak.
Berbalik kepada cerita vaksin covid-19, ada teman ibu, ambil vaksin, tetapi suaminya tidak mahu ambil. Ada juga suami ambil vaksin tetapi isterinya tidak mahu. Alhamdulillah, mereka tetap bahagia kerana kedua-duanya sejak dahulu lagi istiqomah dengan vaksin Makrifatullah. Alhamdulillah. Jangan jadikan isu Vaksin menyebabkan kita berpecah belah.
Ibu perhatikan mereka yang telah ambil vaksin, kebanyakannya dengan mudah melabel mereka yang tidak ambil vaksin sebagai jahil. Bahaya ini, memang sudah melampau dan tidak sepatutnya berlaku. Ini yang dimaksudkan perancangan musuh telah berjaya mengadu domba. Tanpa sedar jahiliyah sebenarnya telah mula bertapak meracuni qalbunya. Nauzubillah. Semoga Allah mengampuni kita semua.
Setakat hari ni kes positif Covid-19 masih belum berkurang dari 5,000 kes sehari. Kerajaan mengumumkan PKP 3.0 diteruskan hingga 28 Jun. Perintah berkurung lagi. Letih rasanya kerana sudah lama tidak dapat meraikan diri mengembara dan melepaskan rindu bersama keluarga di Johor dan Melaka.
Dalam tempoh masa seminggu ini memang ibu rasa terlalu letih. Letih fizikal dan emosi. Apa lagi pembantu rumah tidak dibenarkan oleh siapa entah??? membantu ibu seperti biasa kerana takut akan membawa jangkitan Covid-19 di rumah ini. Mengada-ngada betul! Bagus kalau yang menghalang itu bayarkan gaji pembantu rumah sepanjang PKP 3.0. Hati ibu sedang membara! Eh ibu kan manusia? Bukan malaikat. Sebab itu perlu selalu istighfar. Alang-alang pembantu rumah tidak ada, kudrat ibu hendak ke dapur utama di belakang semakin minima dan menipis, senipis kulit bawang.
Ibu mohon cuti MC X2 (Medical C & Malas Cakap) sepanjang PKP untuk elakkan syaitan menghuru harakan keadaan Baitul Muslim/ Dakwah kami. Solusinya, lebih baik membisu seribu bahasa, mudah-mudahan akan dapat menyelamatkan keadaan. Insha Allah.
![]() |
Semoga istiqomah terus berbakti |
Kini hampir setiap malam ibu ditemani bacaan penuh surah Al Baqarah oleh Qari tertentu sepanjang malam. Sebelum itu, beberapa malam ibu tidak lena, terganggu gara-gara dikacau oleh makhluk yang tidak diundang. Mungkin ini juga faktor ibu rasa cepat letih kerana berlawan dengannya. Alhamdulillah syukur Allah ilhamkan buka surah Al Baqarah. Sebaik mungkin baca sendiri jika ada kesempatan. Musuh-musuh Allah tidak akan berhenti untuk menyesatkan anak Adam seperti janjinya dalam Al Quran
Alhamdulillah, walaupun sudah hampir dua tahun tidak keluar dari Perlis, kami tidak kesepian. Masa kami penuh diisi dengan aktiviti dakwah dan tarbiyah, membuat persiapan apa yang patut merujuk tafsir Al-Qur'an, hadis serta buku seerah. Alhamdulillah kini suami semakin intim dan istiqomah dengan Al Qur'an bersirinya (satu naskah nipis, satu juz) Inilah sebaik-baik penghibur yang perlu dijadikan teman setia sepanjang hayat, mengisi sisa-sisa umur yang ada. Semoga Al Qur'an akan terus menjadi teman setia kami di alam kubur@ barzakh dan alam akhirat nanti. Insha Allah.
Kini suami amat perihatin dengan perkembangan sahabat karibnya Dato' Dr Mohd Yusof (Mertua adik Sofiyah, menantu ibu) yang disahkan oleh doktor pakar PPUM (private) diserang kanser hati. Allah izin malam tadi beliau bermimpi dapat bertemu. Masha Allah, tabarakallah. Tak dapat ziarah tetapi Allah temukan di dalam mimpi. menurut isteri setelah 3 hari dikemoterapi, beliau sakit, letih dan muntah. Perlu jalani kemoterapi sebanyak 3 kali sebulan selama tiga bulan.Semoga Allah kurniakan kesembuhan seperti mana Allah sembuhkan ukhti Noraini Aminudin suatu ketika dahulu diserang kanser (tahun 2014-2015)
Alhamdulillah, mendapat khabar berita Ukhti Noraini Aminudin kini (teman seusrah) telah selamat bernikah dengan Ustaz Abd Karim yang sudah lama menduda. Terhibur rasa ibu apabila pernikahan yang sepatutnya bulan Ogos diawalkan pada 6 Jun lalu. Alhamdulillah. barakallahu lakuma wajamaa bainakuma fi khair. Teringat bisikan beliau selepas mereka bertunang "Allah izin, kta diamanahkan menjaga syuyukh...Alhamdulillah"
Suka dan rasa bahagia tengok gambar pasangan pilihan Allah ini, semoga bahagia hingga ke syurga.
Terkenang 9 tahun lalu, Allah izin pasangan pilihan ibu diberikan kepada ibu tunggal anak dua. di Sabah. Semalam anak ibu maklumkan berita terkini dia mendapat adik baru. Alhamdulillah, tabarakallah. Di usia 60 tahun, Allah kurniakan anak kecil lagi. Kini adik-adik Mubarak dah ramai, 6 orang. (2 adik tiri, 4 adik seayah). Terjawab sudah persoalan yang disungutkan semasa kecil "abang seorang sahaja tak ada adik, orang lain semua ada adik"

Comments
Post a Comment