Pecutan 10 akhir Ramadhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian hanya milik Allah penguasa langit dan bumi. Allah Al Malik (Maharaja) yang perlu kita kenali, cintai dan rindui. Proses taaruf dan Makrifatullah sangat perlu dirutinkan setiap hari. Bak kata Zinirah r.a yang menolak tawaran kaum musyrikin menyembah berhala Latta dan Uzza"berhala tu tak kenal aku, bagaimana aku nak sembah?" Cerdik jawapannya. Tersirat maksud bahawa perlunya kita sembah Tuhan Yang menjadikan dan mengenal serta mencintai kita sebagai hamba-Nya. Kita juga perlu kenal Tuhan Yang kita sembah melalui Al Qur'an yang ditaddaburi secara istiqomah. Almarhum Dato' Nik Aziz pernah ingatkan bahawa para pendosa melakukan maksiat kerana mendewakan atau memuja hawa nafsu. Pemuja hawa nafsu dengan sendirinya tidak memuja Allah. Paling terkesan maksud tersirat apabila terdengar Ustaz Muin @Ghulam Qur'an berikan ulasan, dalam melakukan ibadahpun ada orang terlalu menurut hawa nafsu. Kerja D