Semarak Ramadhan 1445 Hijrah

Alhamdulillah, selesai sudah forum Perdana Gema Fajar meraikan  khatam taddabur Qur'an 30 juzuk pada hari Selasa, 5 Mac 2024. Mulai minggu depan akan bermula taddabur pusingan kedua melibatkan pentadabur baru iaitu ukhti Asnah dan Ukhti Maznah. 






Allahuma bariklana fi Rejab wa Syaaban wa balighna Ramadan

Allahumma salimnî min ramadlâna wa sallim ramadlâna lî wa tasallamhu minnî mutaqabbalan"

Artinya: "Ya Allah, sampaikan aku [dengan selamat menuju bulan] Ramadhan. Sampaikanlah Ramadhan kepadaku, dan terimalah amal-amalku di bulan Ramadhan."

Niat semoga Allah kurniakan kita kemanisan nikmat Ramadhan spt mana yg dirasai oleh Rasullullah sallallahu alaihi wassalam dan para sahabat.

Heart setting - murnikan Niat - Puasa Harapkan Redha Allah semata-mata. Apabila niat melakukan sesuatu kerana Allah, lahir dari lubuk hati , mesej akan sampai ke otak. Otak akan alirkan arahan melalui urat saraf secepat kilat, segala organ dan pancaindera akan bersedia melaksanakan titah perintah Raja@ hati.

Gembira, seronok, bahagia menyambut tetamu Agung, tidak sabar-sabar  hendak bertemu dan menyantuni  VVIP kita.

Nasyid Marhaban ya Ramadhan... Ramadan tiba..

Bimbang jika tak ada rasa seronok dsb, tergolong dlm puak-puak munafik. Bertaubat! Semoga Allah hadirkan hati yang seronok dan rindu menyambut Ramadan. 

2 kegembiraan Allah hadirkan ketika berpuasa

 i. Ketika berbuka

ii. Pertemuan dengan Allah

Doa diberikan 'taman bunga' dlm hati sepanjang Ramadhan.

Penghujung Ramadhan akan rasa sangat sedih utk  berpisah.

Persiapan ROH lebih diutamakan, fizikal mencerminkannya...

Bagaimana undang rasa bahagia menyambut Ramadan?

Redha terima syariat Allah sepenuh hati.

Mind setting ~ Renungi keseharian hidup Rasullullah sallallahu alaihi wassalam dan keluarga baginda. Dapur tidak berasap...jarang masak sebab  lebih mengutamakan makanan roh. Rasullullah sallallahu alaihi wassalam sentiasa tidak kenyang dengan ibadah sepanjang Ramadhan. Tekun memanfaatkan setiap detik dan masa meraih keberkahan Ramadhan.

Rancangkan/ Aturkan bagaimana nak dapat Piala Taqwa pada 29/30 Ramadhan ~ Menang

Dlm sukan atau talentime, nk menang kena ada rutin latihan tubi disiplin yg terancang.


Para ulama' dah mula warm up 6 bulan sblum Ramadan.


Syed Qutb ~ Ramadhan adalah festival ibadah terbesar setiap tahun

Rutin tahunan peluang meraih sejuta barokah

Pesta mengenyangkan roh dgn makanan @ wahyu. 

Setiap tahun Rasullullah sallallahu alaihi wassalam talaqqi sekali  dgn malaikat Jibril. Tahun terakhir 2 Kali , tanda akan wafat.

Taddabur semua ayat Qur'an tentang puasa

Taddabur semua hadis tentang puasa

Ulang kaji Fiqh Ramadhan, ikuti kelas fizikal, dengan rakaman video, membaca, berbincang mcm dlm forum ini. 

" Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan dengan kebatilan yangg terancang"

Pepatah Bahasa Inggeris mengingatkan

If you fail to plan, you plan to fail

Jika tidak rancang sebaik-baiknya bermakna kita rela jahiliyah mengaturkan kehidupan kita. Nauzubillahi min zalik 

Kebatilan memang dah terancang, dgn kerjasama musuh Allah dan syaitan yg tak berhenti memerangkap umat Islam dari ibadah. Jauhkan dari Al Qur'an.

Rancang dgn mudawamah/ aturkan Ramadhan yg lebih berkualiti


1. Perhiasan Raya, makanan dsb x ganggu fokus ibadah kita spnjg Ramadan. Siapkan kemas dan hias rumah sblum Ramadhan.


2. Fokus kpd makanan roh. Fizikal, x aturkan pun dah cukup pecahkan utk lemak2 dlm badan utk survive. Sahur dan iftar cara Rasullullah, kurma dan air.


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil