Pecutan 10 akhir Ramadhan

 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi  Maha Penyayang

Segala puji-pujian hanya milik Allah penguasa langit dan bumi. Allah Al Malik (Maharaja) yang perlu kita kenali, cintai dan rindui. Proses taaruf dan Makrifatullah sangat perlu dirutinkan setiap hari. 

Bak kata Zinirah r.a yang menolak tawaran kaum musyrikin menyembah berhala Latta dan Uzza"berhala tu tak kenal aku, bagaimana aku nak sembah?" Cerdik jawapannya. Tersirat maksud bahawa perlunya kita sembah Tuhan Yang menjadikan dan mengenal serta mencintai kita sebagai hamba-Nya. Kita juga perlu kenal Tuhan Yang kita sembah melalui Al Qur'an yang ditaddaburi secara istiqomah.

Almarhum Dato' Nik Aziz pernah ingatkan bahawa para pendosa melakukan maksiat kerana mendewakan atau memuja hawa nafsu. Pemuja hawa nafsu dengan sendirinya tidak memuja Allah. Paling terkesan maksud tersirat apabila terdengar Ustaz Muin @Ghulam Qur'an berikan ulasan, dalam melakukan ibadahpun ada orang terlalu menurut hawa nafsu. Kerja Dakwah yang diwajibkan tidak dilaksanakan sebaliknya umrah yang sunat tu dikejar-kejar sanggup berhabis duit. Dalam realiti penduduk Gaza mengalami kebuluran, masih ramai umat Islam tidak cakna. Ini di antara contoh dosa-dosa yang tanpa kita sedar menjadi punca sukarnya  kita bangun malam.

Hari ini , Jumaat 28 Mac bersamaan 18 Ramadhan, kami telahpun menjayakan forum kedua di bulan Ramadhan dengan tema penghayatan Lailatul Qadr. Moderator Hjh Noraini Selamat. Ibu jadi ahli panel kedua menyantuni kakak ibu Hjh Nortipah sebagai ahli panel pertama. Ukhti Asnah sebagai ahli panel ketiga.




Ibu sangat tersentuh mendengar kisah seorang khadimah@pembantu rumah yang bangun tahhajud ketika berdoa "Ya Allah kerana Engkau mencintai aku maka ampunilah aku" Doa ini diulang-ulang hingga majikannya terdengar lalu menegurnya. Kenapa kau doa terbalik? Sepatutnya "Ya Allah kerana cintaku hanya padamu maka ampunilah aku"

Wanita menjelaskan kebenaran doanya. Kerana cinta Allah kepadanya, dipermudahkan dapat bangun untuk Qiyamulail seawal jam ,2.00 pagi. 

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah di atas nikmat selalu dikejutkan bersama adik beradik perempuan menjadi tulang belakang sebagai platform warga Gema Fajar dapat bangun awal sama-sama berdoa dan bertadaru.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil