Wujudkan Mind Set Ingin Komited Dalam Dakwah dan Tarbiyah

 Dengan Nama Allah

Yang Maha Pemurah

Lagi Maha Penyayang

Syukur Alhamdulillah, Allah sentiasa ilhamkan agar ibu tidak  mengharapkan apa-apa lagi di dunia ini, melainkan hanya Redha Allah. Redha Allah bersama Redha suami, di sinilah yang ibu harapkan, Redha suami yang sentiasa mendoakan kerja dakwah dan tarbiyah melalui lantunan kuliah Gema Fajar setiap hari. 

Ibu amat tersentuh dengan teguran tetamu semasa mereka berkunjung di rumah anak ibu di CVR 2, "muka ustaz bersih". Ibu berkongsi dalam group family dan menyambung "sebersih hatinya". Alhamdulillah, menemani dan menguruskan suami tidaklah sukar jika hati ibu sentiasa Redha dan bersyukur mendapat peluang keemasan ini. Di 'back up' dengan anak-anak yang sentiasa patuh dan setia bersama dalam dakwah dan tarbiyah sepanjang hayat. Apabila melihat dengan mata kepala sendiri  penglibatan anak menantu dan cucu-cucu dalam program Haluan, terubat hati suami ibu dapat menumpang kasih di rumah Mubarak. 

Ibu harap semua anak cucu dapat memahami maksudnya yang mendalam betapa ayah kalian menjalani proses tarbiyah mulai tahun 1970an hingga kini masih lagi mengikuti perkembangan samada  melalui ibu dan sahabat-sahabat yang ziarah  di Melaka mahupun di Perlis. 

Terhibur dengan meriahnya suasana apabila rumah anak ibu di Melaka dikunjungi tetamu tidak putus bagaikan Hari Raya, walaupun baru bulan Rejab. Ibu pasang impian , InshaAllah tahun 2025 genap perkahwinan kami 10 tahun dan berhasrat beraya Aidil Fitri 1446 Hijrah di Melaka.

Akhi Jailani dalam ucapannya semasa anak menantu ibu berkunjung ke rumahnya di Seremban "Barokah rumah yang sentiasa dikunjungi oleh tetamu" Walaupun suami ibu tidak mampu bergerak, lisan dan hatinya sentiasa  bergerak serta mendoakan. Jawabnya "InshaAllah, jika dipanjangkan umur". 

Seorang tetamu cilik sangat menyentuh hati ibu. Neneknya selalu berkongsi berita tentang perkembangan minatnya mengikuti kuliah ibu dalam Gema Fajar. Baharu tahun 3 tetapi matangnya bagaikan orang dewasa. Semasa neneknya ikut team ukhti Asnah dan ustazah Maznah datang ziarah, cucunda Firash turut serta ziarah bagaikan rindu nak bertemu kami. Allahu Akbar, sucinya hati cucu ini. Mendoakan atok ustaz akan sembuh. Sayangnya pada atok ustaz sampai teringat-ingat wajah atok ustaz.

 Ibu berazam akan ikuti perkembangannya sampai diizinkan Allah menjadi ulamak dan rijal ummah. Semoga Allah permudahkan dia dapat belajar dengan cucu ibu di Madrasah Madani di  Teluk Intan Perak 3-4 tahun lagi. Sekolah ini istimewa kerana ada skill melatih pelajar menjadi pemimpin ummah. Ya Allah semoga Engkau izinkan ianya menjadi kenyataan" InshaAllah 

"Ibu nanti tolong bagi biodata ye sebab Dr Diyana minta, petang ni kami ada halaqah di Tadika/Surau" Dua hari sebelum halaqah Dr Diyana minta ibu rakam sedikit pesanan untuk pemudi2 Melaka. Ibu sayang sangat nak lepaskan peluang ini... Walaupun tengah sakit tekak dan batuk serta tetamu bertali arus berkunjung , ibu gagahkan juga nak kongsi skill bagaimana nak pastikan dakwah dan tarbiyah ini diwarisi oleh generasi muda kita. Keteladan. Tunjuk kerja-kerja dakwah melalui program Taddabur Al Qur'an secara terancang.

 Sejak muda ibu cuba usahakan satukan ahli keluarga sendiri seramai lebih 26 orang (13 x 2). Belum masuk cucu cicit arwah mak dan abah. Usahakan juga gilir2 ziarah. Siap jadual dan buletin bulanan untuk keluarga. Namun memang payah kerana masing2 dah ada keluarga besar sendiri.

Berikut adalah Biodata Norlida bte Md.Top @teacher ibu yg telah ibu ubah suai untuk dibaca oleh Moderator Semarak Ramadan pada 6 Mac nanti. Semoga Allah berkati. Aamin...

Usia : 62 tahun

Dpt tarbiyah lepas keluar dari maktab perguruan Miri sebaik shj tamat tingkatan 6.

Kenal sahibah Perlis di Kuching Sarawak di rumah Ukhti Noraini Md.Top (1982)

Belajar  komunikasi Massa di USM Minden ikut usrah sahibah USM

Pindah UM tahun 1986 ikut usrah  sahibah2 UM

-1990 sambung diploma pendidikan UIAM dan ikut usrah sahibah2 UIA

1991 1st posting di SMK skudai, ikut usrah JB

1992 pindah shah alam, usrah Shah Alam.

Sambung Diploma Kaunseling Islam di IPPI @ Abim Kajang

1994 Pindah - 2015 usrah Batu Pahat & Muar

-1999 dpt sarjana kaunseling UITM Skudai

Bersara 2010 @ 48 tahun bantu kakak kendalikan taska & Tadika smarTop di Tangkak 

Lepas 20 Mac 2015 ikut usrah Tunjung &  MATRI Perlis

2015-2018kaunselor sukarela di MATRI 🥰

Sejak dulu, kini dan selamanya hidup dan matiku hanya untuk berkhidmat untuk Allah SWT. Rindu bertemu dengan -Nya selamanya. Ikut jejak Rasullullah sallallahu alaihi wassalam dan para sahabat.


Tutup cerita Biodata, berbalik kepada program keluarga...

Ibu cuba usahakan juga untuk keluarga bekas suami, sama persis yang ibu buat macam family sendiri. Hanya berjaya 2 tahun, selepas masuk keluarga dari Sabah pemimpin keluarga dah seperti lalang, ibu undur diri kerana sukar melawan arus yang kuat menyatakan 'jangan atur-aturkan'. Walhal ibu mertua dan biras-biras sangat seronok dengan program keluarga ini.

Di ambang usia 60 an ibu sudah keletihan. Allah aturkan untuk ibu yang jauh lebih baik yang meruntun hingga ke lubuk hati. Ibu  lebih suka fokus kepada keluarga Gema Fajar. Baharu ibu faham, melalui taddabur Al Qur'an, hati-hati yang menyerah diri mudah disatukan. Pertemuan fizikal kami buat kali menceritakan segalanya. Betapa rindu ingin bertemu selalu. Semoga Iman dan ukhuwwah kami akan kekal hingga ke syurga. Aamin Ya Allah Ya Mujib.

Pertemuan fizikal Kali ke -3,
Tetapi yang ke-2 bagi ibu
Kenangan ketika ibu berusia 29 tahun





Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil