Mudawamah (Rutinkan)

 Jumaat pertama bulan Ramadhan 1445 Hijrah 

Alhamdulillah, puji-pujian hanya milik Allah, Rabb yang memiliki hari pembalasan.

Selawat dan salam khusus untuk Rasul junjungan, murabbi Agung yang sentiasa membawa khabar gembira bagi orang beriman...

Istilah Mudawamah ibu faham


i  dari buku Gurbatul Qur'an. Penulis buku itu menyarankan menyantuni Al Qur'an perlu ada Jadual khas, bukan bila lapang baru nak baca. Al Qur'an adalah silibus utama dalam kehidupan yang memandu kebahagiaan dunia dan akhirat. Masayarakat Gaza, walaupun telah kehilangan segala-galanya, tanpa rumah, tanpa sekolah, tanpa hospital namun pendidikan Al Qur'an tetap diteruskan agar Allah sentiasa di hati. Hasbunallah wa nikmal wakeel.



Sempena Ramadhan Kali ini ibu sudah niat dari awal sebelum Ramadhan agar Allah kurniakan kami nikmat Ramadhan bersama Rasullullah sallallahu alaihi wassalam. Semoga Allah sentiasa pilihkan aktivi yang terbaik untuk kami sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah, adik bungsu ibu telahpun laksanakan Rancangan kami empat beradik mulai jam 2.00 pagi setiap hari.

2.00-4.00 pagi kami tadarus 2 juzuk serta maknanya sekali. Setakat hari Jumaat ini setiap hari 13-15 yang join. Hazamin fadhli rabbi 

Ibu rutinkan 30 minit sebelum berbuka adakan tadarus Qur'an diakhiri dengan doa berbuka puasa. Inilah waktu mustajabnya doa yang sering kita abaikan. Kalau ada anak, ajak anak baca, kalau ada cucu, meriahnya dapat baca bersama sejak 1 Ramadhan. Semalam rasanya lebih meriah jika rancangkan ibu disantuni oleh anak cucu yang soleh dan solehah. Sayangnya ada keuzuran yang hanya Allah yang Maha Tahu kebenaran, ibu tadarus seorang diri. Ibu dah letih mengajak, jika masing-masing ada alasan, ibu tidak berputus ada untuk teruskan walaupun seorang diri. 

1 Ramadhan, ibu fokus Fatehah dan ayat 1-5 surah Al Baqarah. Ibu jelaskan kepada 4 cucu yang hadir, Ramadhan ni Allah beri peluang kita kenyangkan roh dengan melaparkan perut. Turut berpuasa mata, telinga, tangan Dan semua pancaindera.

Makanan utama roh adalah baca Qur'an dan memahaminya.

2 Ramadhan hanya bersama 2 cucu kerana seorang lagi uzur (haidh). Uzurpun sebenarnya boleh dengar bacaan Qur'an. Ibu fokus cucu2 baca surah Al Baqarah ayat 183-187 tentang fiqh berpuasa beematlamatlan TAQWA. Suami ibu turut serta jelaskan konsep Taqwa.

3 Ramadan ibu ajak sama2 baca salah satu hslaman  juzuk 4. Terasa ada 'bonding' yang Allah hadirkan kerana roh mulai kenyang dan terasa Manis tadarus ini walaupun sekadar 30 minit.

4 Ramadan ibu beri cadangan sahaja, mudah2an ada yang sudi merespon. Mengenangkan saranan ibu bagaikan mencurah air di daun keladi, senyap sepi, cucu yang diamanahkan pun tidak respon, ibu serahkan mereka kepada Allah dan tidak berharap dengan makhluk lagi. Focus dengan project 'Mati' bersama Gema Fajar sangatlah membahagiakan hati ibu.

Usahlah berharap lagi kepada yang tidak sudi. Ibu tidak merungut bahkan rahsiakan kekecewaan ini dari pengetahuan suami. Ibu rasa suami perlu dijaga keadaan emosinya. Anggaplah alasan anak cucunya itu sebagai uzur Syar'ie. Ibu malas nak layan lintasan-lintasan yang mengundang kemarahan ibu. Bersabar lah dan terus bersabar dengan sobrun Jamil. Kesabaran yang indah...

Menjelang solat Jumaat sempat Salah seorang warga Gema Fajar wassap luahkan rasa rindu walaupun baru dua hari tidak dapat bertugas dalam GF. Ibu anggap keuzurannya kerana rindukan bondanya yang uzur, dijaga oleh adik bungsunya.

Ibu ucapkan tahniah kepadanya sebab adik2 nya berebut2 nak jaga ibunya yang uzur sakit tua. Menurutnya kerana ada tarbiyah, adik beradik sentiasa ambil berat menyantuni keuzuran bondanya. Tanpa tarbiyah, adik beradik berlumba2 lari tidak mahu menyantuni keuzuran ibu atau ayah mereka, seperti yang berlaku dalam masayarakat yang sudah rosak akidah, ibadah dan akhlak.



Ibu baca Al Qur'an seorang diri di hadapan suami, syukur Alhamdulillah Allah pilihkan doa terbaik sempena Saidul Ayyam Jumaat penuh barokah. Ya Allah pilihan-Mu untukku sentiasa tepat dan tidak pernah salah.


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil