Posts

Ya Allah, Selamatkanlah Umat Islam Sedunia...

Image
Alhamdulillah  syukur Alhamdulillah, Indonesia menjadi contoh mengadakan demonstrasi damai, jauh lebih lurus niat mereka demi menjaga  maruah agama (Deen), bukan seperti yang berlaku di Malaysia baru-baru ini. Mudah-mudahan  dunia kini sudah menyaksikan ulamak satu Indonesia  sudah  bersatu dan tiada  ruang  lagi untuk dipecah belahkan oleh 'musuh-musuh Islam'.  Ibu amat tertarik dengan penjelasan  Ustaz Adi  Hidayat tentang  isu surah  Al-Maidah:51 yang menjadi sebab jutaan umat Islam di Indonesia, bahkan di Nusantara akan bangkit! Insya Allah Sepanjang  minggu ini  jantung  berdegup kencang, membara, bagai dipanah petir mendengar, membaca dan  melihat penderitaan yang ditanggung  oleh umat Islam khususnya di Rohingya... Kezaliman tentera Myanmar lebih teruk dari haiwan. Mereka  sudah hilang  nilai 'kemanusiaan' sanggup membakar  insan yang tidak berdosa khususnya kanak-kanak ...

Antara Demonstrasi di Indonesia VS Presiden Donald Trump

Image
Sejak  pulang dari Bangi, Isnin lalu belum ada  'momentum' hendak meneruskan penulisan yang menjadi hobi selama ini. Ibu isi  masa membuat kajian dan kajian. Ketika  mencari maklumat melalui you tube lebih cepat, tiba-tiba tertekan Demo 411 di Indonesia. Ibu amat tertarik dengan keupayaan  ulamak Indonesia  bersatu hati menghimpunkan lebih satu juta  umat berdemonstrasi secara  aman dan damai menyatakan hasrat agar  presiden Jokowi bertindak menjalankan  siasatan ke atas salah seorang  gabenornya  yang beragama   Kristian kerana menghina  ayat Qur'an surah Al Maidah:51. Eloklah dapat maklumat  benar dari  you tube berikut: Dalam kepanasan  isu membela Islam dan Al-Qur'an  di Indonesia, di Amerika pula  sedang  berjalan undi memilih Presiden baru. Sengaja  dipilih 11 November kononnya  untuk meng'high light' kononnya Islam adalah terorist. Sebaik-baiknya  elok kita ...

Kajian Seerah Part 6 Perang Hunain Matematika Manusia Penyebab Kekalahan-...

Image
Suatu pagi, kami berbincang tentang 'masalah semasa' tentang  golongan yang  tidak tahan  diuji  kerana sentiasa  bertindak balas dengan respon yang negatif menunjukkan kuasa dan  kedudukan masing-masing untuk menindas  pihak yang 'diam' dan bersabar.  Suami ibu yang sahabat kenalinya sebagai  'Gedung Tarbiyah'  berpesan kita belajarlah dari kisah Perang Hunain. Segalanya   bermula  dari penyakit hati yang berkubang sekian lama tanpa usaha untuk dibersihkan. Rasulullah SAW sudah tunjukkan  proses  tarbiyah dengan Madrasah  Rasulullah SAW berpaksikan Akidah Tauhid, perbaiki ibadah dan indahkan akhlak. Segala masalah bermula apabila manusia  gelojoh  ingin  mengejar natijah  dunia . Penyakit-penyakit hati itu  tidak akan keluar tanpa kerendahan hati untuk diproses. Subhanallah, terima kasih Ya Allah kerana  berikan jawapan yang tepat ini...Amiin. Hampir  seminggu  ib...

Tak Mahu Kahwin...?

Image
Sebaik sahaja selesai program perkongsian dengan dua Murabiyyah bersama  haluansiswi yang bertamrin malam tadi, ada sesi soal jawab. Tergelitik sedikit jiwa ini apabila ada soalan : "Ibu, boleh tak kalau kami tak mahu kahwin sebab takut dimadu"? Sisa waktu  yang ada amat singkat bagi ibu menjawabnya. Semoga Allah beri kelapangan anak-anak membaca post ini.  Insya Allah. Anak-anak yang dikasihi semua, soal rezeki, jodoh dan ajal  sudah  Allah aturkan sejak kita  di Luh Mahfuz lagi. Apalah dayanya  kita hendak atur apa yang sudah Allah aturkan... tanggungjawab  kita hanya  buat persiapan serapi-rapinya memantapkan  aqidah tauhid  agar iman kita tidak bergoncang walau diuji sekuat mana sekalipun... Berdasarkan pengalaman, peringkat  awal, memanglah amat pedih hidup bermadu jika kita ikut apa yang kita  mahu. Kepedihan itu akan padam dengan sendirinya apabila  kita kuatkan tekad hanya harapkan redha  Allah. Sesun...

Untold Story "Buya HAMKA di Mata Sang Anak" - Buya Afif Hamka (Putra Buy...

Image
Subhanallah, inilah Takdir Allah yang sentiasa  INDAH  dan tidak pernah SALAH

(قرة اعين) Qurrata A'yun

Image
Subhanallah  Allah izin dapat  input dari HQ di mana  Murabbi  kami  ingatkan  agar  'maintain' kemenangan anugerah Allah SWT  dengan perbanyakkan  bertasbeh, bertakbir dan bertahlil memuji Allah SWT di atas  kurniaan-Nya. Sedangkan seluruh isi langit  dan bumi  bertasbeh  memuji Allah dengan tunduk  dan patuh, apa lagi kita  manusia yang Allah kurniakan  akal. Hakikatnya  untuk inilah kita  dihidupkan di muka bumi ini agar  sentiasa  mengabdikan diri  hanya sanya kepada Allah SWT setiap  masa walau di manapun kita berada. Tahniah  kepada  semua 'think thank'  pusat dan negeri  yang bertungkus lumus  menjayakan RJPJ hingga terhasil  plan tindakan  yang strategik. Memang  bahagia rasanya, doa demi doa, usaha demi usaha  Allah jayakan. Alhamdulillah. Bukan bilangan yang ramai  kita harapkan,  biar sedikit tetapi  berkual...

Sketsa 1 Muharam 1438 Hijrah

Image
Rasa  bahagia  amat dapat bersama  menantu dan cucu-cucu ketiika anak ibu ikuti program Mukhayyam di Pulau Sibu. Nostalgia Mukhayyam   yang penuh inspirasi perbaharui  iman dan  ukhuwwah amat dirasai apabila  mereka berkongsi  pengalaman. Tanpa 'abi'nya, cucu-cucu pula dengan program tersendiri  di malam 1 Muharam  berselawat  sambil memukul kompang yang baru diperolehinya dengan penuh semangat. Subhanallah rasa kagum sangat dengan semangat  cucu yang masih belum berusia dua  tahun sudah matang, sematang  abangnya. Suara 'komandan'nya terdengar  hingga  di ruang tamu walaupun  bernasyid di ruang dapur...  Selawat dan mengulang-ulang "Medina, medina, medinatun Nabi..."  Allah izin siang kami diisi dengan program majlis ilmu 'Mendidik Anak ikut Teknik Rasulullah SAW' di Tadika Ghufran dan hari  berikutnya  menziarahi warga  emas, ibu bapa sahabat karib ibu di Kluang. Alhamduli...