Agar Bintang Mereka Sentiasa Bersinar
12 Febuari adalah sejarah dunia Islam kehilangan 'bintang utama' yang mengerakkan dengan izin Allah Ikhwan Muslimin di Mesir dan kini telah dapat menawan hati jutaan pejuang Islam sedunia hingga mengerunkan golongan 'thaghut' yang sentiasa ingin memadamkan sinaran bintang tersebut. Bintang utama itu adalah As Syahid Hasan al-Bana ra. Kini genap 66 tahun Almarhum Imam As Syahid Hassan al Bana beristirehat di alam barzakh namun akaun pahalanya terus berganda mengalir untuknya hingga hari kiamat...Sinaran bintangnya masih hidup menyatukan akidah, fikrah dan ukhuwwah Ikhwanul Muslimin sedunia.
![]() |
Melahirkan bintang-bintang mewarisi keunggulan ulamak terbilang..InsyaAllah |
Waktu paling mulia, selepas Isya', hari Khamis malam Jumaat, umat Islam satu Malaysia bahkan satu Nusantara dikejutkan dengan berita sedih. kembalinya ke Rahmatullah seorang tokoh ulamak terbilang, ayahnda tercinta tuan guru Nik Aziz, matan Menteri Besar Kelantan. Semoga Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang menyatukan rohnya bersama para roh para anbia', syuhada, sidiqqin dan roh para solehin.. InsyaAllah segala amal soleh tuan guru akan diwarisi dan dipanjangkan umur imannya walaupun beliau juga sudah diistirehatkan di alam barzakh. Akaun pahalanya terus mengalir buatnya hingga hari kiamat. Sinaran bintang ayahnda TGNA akan terus bersinar di bumi Nusantara..Insya Allah
Kini sampai masanya kita menyinarkan bintang-bintang baru agar mereka mewarisi kehebatan bintang-bintang yang telah pergi mengajak kita semua mentauhidkan Allah, mengikuti jejak para anbia' dengan berpandukan al-Qur'an dan Sunnah...
Anak-anak Tadika berebut inginkan bintang dari teacher ibu. Bintang ini untuk murid paling rajin..yang ini untuk murid paling tertib solatnya, bintang ini untuk murid yang sudah mahir membaca,,bintang ini untuk murid paling sabar. Ada juga bintang untuk murid paling pandai berterima kasih dan bersyukur.Paling kemas pakaian, paling sopan bahasanya, paling cantik tulisan.. Ada 12 bintang teacher ibu sediakan untuk yang terbaik setiap minggu untuk meransang dan galakkan mereka sentiasa berdisiplin, ingin perbaiki diri dan seronok belajar..
Fitrah anak memang suka bintang...yang tak dapat, ada yang menangis..,, tergenang air mata sedih, kecewa kerana tidak terpilih. Tak sampai hati melihat kesedihan mereka, akhirnya teacher ibu buat lagi bintang yang tercatat doa " ya Allah, sabarkan saya agar saya selalu kuat dan semangat".
Seronok melihat keceriaan anak- anak . Kelihatan mereka semakin semangat belajar..
Terkenang pengalaman mengajar di sekolah Convent Batu Pahat sebelum tahun 2005..walaupun dari kelas aliran sains terbaik, pelajar-pelajat perempuan berusia 17 tahun juga berharapkan bintang dari guru Sejarahnya.. " cikgu..sayapun nak 3 bintang..nota sejarah saya cantik dan kemas"
Subhanallah..memang tidak sangka sama sekali, gadis berusia 17 tahun juga suka bintang. Walhal hanya setakat bintang lukisan tangan guna pen merah. Kalau pelajar belasan tahun sukakan bintang, apa lagilah anak-anak di awal usia 1-6 tahun....
Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Bermudah-mudahlah dengan orang ramai, dan jangan menyusah-nyusahkan mereka. Berilah berita-berita gembira dan jangan datangkan rasa benci." (HR Bukhari)
Niat dan usaha ingin mengembirakan dan menceriakan anak-anak di Taska dan Tadika, Allah aturkan ibu diceriakan oleh kehadiran ahli usrah setaman di Batu Pahat. Sekembalinya ibu dari Usrah di Serom, rombongan dari Batu Pahat sampai selepas Zohor. Mereka ingin melihat sendiri perkembangan dan berita benar dari ibu tentang status ibu sekarang yang baru diketahuinya. ... Tergenang air matanya dek terlalu ambil berat.
Alhamdulillah semakin tenang hati mereka melihat perkembangan dan mendengar sendiri dari lisan ibu. "Semuanya sudah Allah aturkan yang terbaik untuk tujuan dakwah dan tarbiyah demi melahirkan generasi pewaris sejak di awal usia. Yang penting kita terus ceria. Petua nak ceria adalah redha" Ibu cuba berkongsi keseronokan dapat peluang mendampingi ahli-ahli syurga di taska dan tadika.. Bahkan menggalakkan mereka buka taska atau tadika di lokaliti masing-masing apabila ada team work yang kukuh... Mereka bersetuju nampaknya..Alhamdulillah.
Jawab wakil dari Batu Pahat "Saya bersyukur dan puas hati dapat jumpa awak. Allah kuatkan awak..Allah sabarkan awak.. Alhamdulillah awak redha..Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Mudah-mudahan kita semua mendapat redha Allah.." Ustazah itu memeluk ibu sambil tergenang air matanya
Syurga buatmu ustazah dan teman-teman seusrah....datang dari jauh semata-mata nak ziarah dan hiburkan hati ibu.. InsyaAllah usrah kita akan diteruskan. Ibu perlu aturkan jadual untuk ke sana dua minggu sekali. Ya Allah, sinarilah bintang di hatiku agar sentiasa mencintai mereka semua... Semoga Allah permudahkan.Aameen
Comments
Post a Comment