Konvensyen UDMZ~ Kenali Murabbiku
Pada tahun 1983, hari pertama mengenali manhaj @ Sistem Dakwah dan Tarbiyyah yang dibawa oleh almarhum UDMZ, Allah izin jiwa ibu rasa tenang dan puas..
Terdetik di hati..."inilah yang kucari selama ini.."
Pencarian sejak ibu baligh..ingin memahami apakah tujuan kehidupan ini sebenarnya? dan ke manakah akhirnya kehidupan ini? belum terjawab hinggalah umur ibu berusia 21 tahun...
Sebelum itu , ibu cuba ikut ikut kawan masuk jemaah tabligh .. Belum sampai sebulan arwah abah menunjukkan reaksi tidak berkenan dengan pembawa sistem itu.. Ibu akur..apa yang arwah abah tak suka, kena jauhi dahulu.
Cuba ikut program Arqam seronok beberapa bulan kerana ghairah hendak berubah tetapi gagal mengetuk pintu hati untuk diproses..ditegur lagi oleh arwah abah "apa gunanya berpurdah kalau hati tak bersih" Ibu akur, betul juga nasihat arwah abah..
Cuba istiqomah ikut program Abim..bertahanlah lama sedikit sehinggalah Allah temukan ibu dengan anak didik UDMZ di rumah kakak ketika mereka berkhidmat sebagai PTD di Kuching Sarawak.
Seerah Bilal Ibn Rabbah yang diceritakan memang menyentuh hati...Bilal lebih sanggup disiksa jasadnya diheret di tengah padang pasir yang panas membahang, dihempap batu oleh 'tuan'nya agar meninggalkan ajaran Nabi Muhammad tetapi jiwanya tetap bahagia mempertahankan akidah, lidahnya sentiasa melafazkan kalimah "Ahad..Ahad..Ahad" . Bersih hatinya kerana tidak mahu mensyirikkan Allah.. Di sinilah letaknya keunikan dakwah dan tarbiyyah Madrasah Rasulullah SAW..mendidik hati agar bersih dari syirik dan mendaulatkan Allah dalam setiap aspek kehidupan dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya..
Keunikan proses tarbiyyah yang dilalui oleh Bilal Ibn Rabbah melonjakkan Bilal yang asalnya adalah hamba berkulit hitam..ditebus oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq ra, agar dibebaskan. Rasulullah saw mendidiknya hingga menjadi seperti sebutir permata yang berkilauan di tengah -tengah padang pasir..
Kisahnya masih diingati hingga kini dan selamanya.. Inilah proses yang kucari selama ini..semoga Allah tetapkan hati ini untuk terus istiqomah di atas jalan dakwah yang syamil dan kamil hingga akhir hayat..
Memang sebak rasa hati apabila sedutan ceramah-ceramahnya diulas oleh sahabat karibnya al Fadhil Ustaz Omar bin Salleh.. Kisah beliau diceritakan oleh anak-anaknya..."Hidup kami dibesarkan bersama para sahabat..kami bersyukur dilahirkan dalam keluarga UDMZ, lebih bersyukur lagi kami masih bersama para sahabat"
![]() |
Konvensyen Pendidikan Haluan di KTD Kelantan ~20-21 Mac 2015 |
Alhamdulillah, syukur Allah izin kami bersama keluarga besan berpeluang ikut serta Konvensyen Pendidikan Haluan (tamrin) yang asalnya dinamakan konvensyen pemikiran UDMZ di KTD pada hari ini.. Menurut Ustaz Omar, kita bukan taasub tetapi kita perlu rasa 'izzah, rasa mulia pikul amanah Islam menyebarkan fikrah Islam yang syumul, syamil, kamil dan muttakamil kepada masyarakat.
Harapan ibu semoga kehadiran ini anak cucu ibu dibiasakan berinteraksi bersama sahabat. Mereka turut kenal keluarga sahabat..Insya Allah
.
Pada awalnya memang ibu rasa sedih sangat apabila anak tak dapat ikut..Ibu mohon anak istikhorah dulu..agar dapatkan jawapan dari Allah..Alhamdulillah akhirnya kami dapat bermusafir bersama..
Terima kasih ya Allah Engkau maha mengetahui betapa cintanya hati ini mengikuti manhaj tarbiyyah madrasah Rasulullah SAW melalui ibrah dan tajribah yang telah dilalui oleh UDMZ bersama para sahabat secara istiqomah.
Comments
Post a Comment