Short Cut To Jannah..

Ahad, sekembali  dari  Kelantan, ada jemputan kahwin di Johor Bahru..Dengan keluarga ini memang ibu tidak terasa janggal..kami sudah biasa bermesra lebih 28 tahun...bagai keluarga sendiri apa lagi  dapat bertemu bonda..Alhamdulillah
Rasa terharu sangat  Allah izin ibu berpeluang melayani dua 'ahli syurga' yang  comel bermaxi dan bertudung. Sebelum  ini ramai sahibah mendoakan dan mereka amat yakin..kedua-duanya  akan menyayangi ibu apabila sampai  masanya nanti..Apa lagi dua minggu lepas  ibu peluk ciumnya di dalam mimpi manakala  'daddy' nya  menangis teresak-esak..Wallahu alam..apa petandanya  hanya Allah yang Maha mengetahuinya..


  Jiwa mereka  bersih dan perlu dibiasakan  bersama-sama  orang-orang  soleh dan solehah. Melihat kesolehan kedua-duanya terdetik di hati kecil ini rasa bersyukur kerana selama ini ibu  banyak berkorban memikirkan masa depan anak-anak ini.. tidak sampai  hati hendak  berebut  bahkan  membiarkan sahaja  kedua-dua anak ini mendapat  hak sepenuhnya dengan  didikan Islam ikut fitrah   daripada  kedua-dua  orang tuanya..

Allah pasti menilai  pengorbanan  ini.. Insya Allah...terus redha. Semoga  ini  adalah 'short cut' atau jalan pintas  ke  Jannah (Syurga) Aamiin..

Satu kelebihan  anak-anak ini apabila kita belum habis bercakap, dia sudah menjawab "tahulah!" menampakkan kematangannya...Sebiji macam 'daddy'nya..

Anak menantu ibu berpesan;
 "Lupakannya! fokus  kepada  masa depan  yang membahagiakan ibu... Kalau ibu biarkan peluang  yang Allah atur, 'short cut  to Jannah'..Peluang itu  akan berlalu  dan tidak akan kembali kepada  ibu lagi"

InsyaAllah  ibu redha dan  serahkan 100% kepada Allah..Apa sahaja  yang Allah aturkan itulah yang terbaik dan ibu pasti sukakannya...

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil