1437 Hijrah..Move On Cari Redha Allah
Sebelum 1 Hijrah 1436 yang baru berlalu , ibu mohon agar Allah kurniakan Tahun Harmoni.. Alhamdulillah sepanjang tahun Hijrah 1436, Allah kurniakan rasa tenang, damai dan harmoni walaupun dunia sedang mengalami pelbagai kegawatan, khususnya kegawatan akidah, kegawatan ibadah dan kegawatan akhlak. Semua kegawatan ini timbul berpunca daripada tidak wujudnya kesatuan akidah, kesatuan fikrah dan kesatuan amal di kalangan pemimpin Islam di dunia.
Murabbi ibu berpesan " inilah hasil atau natijah apabila Islam diperintah. Kepala pemerintah ambil Islam ikut apa yang depa suka..yang mana depa tak suka, tidak dilaksanakan . Insya allah segala kegawatan ini akan pulih apabila Islam memerintah diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, Islam memerintah negara kita bahkan dunia seluruhnya sebagai rahmatan lil alamin"
Hari ini 1 Muharam, impian ibu sempena tahun 1437 Hijrah, sekurang-kurangnya dapat menjadi burung ciak memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim ..dapat menyumbang sesuatu yang bermanfaat agar Islam pasti memerintah kita semua...
Move on, cari redha Allah, pasti Allah permudahkan..Insya Allah...
Sejak bulan Mac lalu, harapan ibu agar hijrah ke Perlis untuk menguasai bahasa Al Quran serta mendalami Al Quran. Alhamdulillah telah Allah tunaikan..Sumber ilmu seperti bahan mentah proses belajar berada di hadapan mata kerana suami, anak dan menantu memang pakar bahasa Arab.. Cuma perlu sedikit ikhtiar, kemas kini sebuah bilik/kelas di rumah , gembeling dan aturkan masa ikut kesesuaian tenaga pengajar..
Ya Allah terima kasih..Engkau Maha Mengetahui selama ini ku mencari seseorang yang memahami dan bersabar mengajarku bahasa al Quran, akhirnya Engkau makbulkan..
Syukur, jodoh yang Engkau tetapkan untukku sentiasa tepat dan tidak pernah salah..
Jadi pelajar dewasa anak beranak agak kurang enjoy..tawaran dibuka kepada sahibah yang berminat untuk sama-sama menguasai bahasa al Quran. Alhamdulillah kelas pertama mendapat sambutan di mana 13 pelajar dewasa mendaftar dan ikuti kelas dengan cerianya...Apa tidaknya menantu yang mengajarpun berwajah manis dan seronok mengajar kami.. Kami tetapkan setiap hari Isnin belajar tatabahasa mudah dan berkomunikasi. Cuti sekolah nanti anak sulung kami akan fokus guna modul Komunikasi berkesan sesuai dengan pengalamannya sebagai guru pakar bahasa Arab di Perlis..
Lintaskan niat seikhlas hati..betapa mudahnya Allah tunaikan impian ibu..Alhamdulillah.
Setiap Khamis tenaga pengajar muda Matri akan ajar kami menguasai dan memahami setiap bacaan dalam Solat serta doa..Alhamdulillah bilik yang sebelum ini sentiasa sepi kini bertukar wajah menjadi kelas yang sentiasa dikunjungi oleh pencinta ilmu samada dari kalangan pelajar Matri (bilik kaunseling puteri), halaqah, mesyuarat pengelola Tadika dan kelas bahasa Arab. Seorang tenaga pengajar Matri ucapkan tahniah "walaupun akak masih baru di sini tetapi sudah boleh anjurkan program".
Sebenarnya memang ibu tidak mampu mengurusnya, syukur Allah sediakan ramai ansor yang membantu dan menyokongnya. Allah Maha mengetahui bisikan hati ini.."Alhamdulillah, Allah yang atur dan permudahkan"..Jawapan yang Allah izinkan ibu jawab melalui wassap.
Paling terharu apabila MN Perlis maklumkan perkembangan semasa Daurah@Usrah gabungan Selasa lalu.."Alhamdulillah..Allah hantaq orang baru, bukan sahaja untuk Ustaz tetapi juga untuk kita semua..'
La hau la wala quwata illa billah..Tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan izin Allah sahaja..
Hijrah hati dan fizikal ini Allah yang atur , jika kita redha , Insya allah pasti ada hikmahnya.. Rasa bahagia kerana ada niat berkongsi bahagia nikmat Iman dan Islam dengan orang lain..Kebahagiaan itu Allah kurniakan apabila melepaskan segala kepentingan diri dan menyerah sepenuhnya kepada Allah demi kepentingan ummah..Wakafkan diri untuk Islam..Insya Allah segala urusan akan Allah permudahkan menghidupkan halaqah dan usrah staff IPTIP, guru-guru dan pelajar Khassah.
Move on..cari Redha Allah, Allah akan kurniakan kegembiraan yang tidak disangka-sangka..
Kejarlah Akhirat, transformkan segala aktiviti di dunia demi mengharapkan keredhaan Allah..
Jangan kejar dunia..kelak kamu akan menderita dipaksa atau diseret oleh Allah dengan pelbagai musibah hingga kalian menyerah diri kepadaNYA.
Serah diri kepada NYA secara sukarela...jangan sampai dipaksa..kelak kamu akan merana.. Keselamatan mengiringi kehidupan ini apabila kita selalu musyawarah dan istikhorah..kelak Allah kurniakan jiwa yang istiqomah..Insya Allah.

![]() |
Alhamdulillah, cucu kami juga dapat belajar bahasa Arab sekali |

Comments
Post a Comment