KEKELIRUAN UMAT DAN JEREBU PEMIKIRAN

Dua minggu mutakhir  ini  seluruh Malaysia kecuali Kelantan isytihar  cuti  sekolah kerana  keadaan jerebu semakin teruk termasuk di Perlis. Kali pertama  di hujung tanah air juga diserang jerebu.. alam berkata-kata kepada manusia..

Ada yang persoalkan kenapa  Kelantan tidak dilanda  jerebu?

Allah izin tepat pada masanya sebelum itu  MB Kelantan ingin membawa usul undang-undang Islam ke Parlimen buat kali ketiga..walaupun kali pertama dan kedua  tidak diedahkan oleh pemimpin  yang mengaku  dirinya Islam..Isu ini berlaku selepas 4 peguam yang mengaku  diri  sebagai Muslim tetapi tergamak menyaman TGHA kerana isu  seperti di atas. Sedangkan TGHA berusaha dan ingin  mendauatkan undang-undang Allah di bumi Malaysia...
Mengaku Muslim tetapi masih tidak yakin dengan undang-undang  yang pasti akan  menyelamatkan dirinya, ahli keluarga, masayarakat bahkan seluruh alam  di dunia  dan akhirat..

Benar kata Mufti Perlis...mereka  melihat sesuatu isu  ikut  cermin diri masing-masing.. Setiap hari nampak kekotoran pihak lain..tapaa sedar cermin  rumah  sendiri  tidak pernah dibersihkan..





Tindakan mereka  yang anti undang-undang Allah ini diwakili oleh golongan  Liberal/ Sekular telah mengelirukan  masyarakat Islam, khususnya  parti politik  yang baru  ditubuhkan kerana  menyingkirkan diri  dari parti Islam  yang sudah lama bertapak  di bumi Malaysia. Murabbi ibu berikan pandangannya "Lepas puak-puak liberal itu keluar...baru nampak clear matlamat PAS dan mereka yang ingin menghayati Islam yang tulen lebih yakin  untuk menyokongnya.."

Dalam banyak  keluarga  menghadapi kekeliruan dan fikiran berjerebu  di kalangan penyokong  yang taasub  dengan DAP dan PAN. Ada  yang  berulang-ulang menggunakan  bahasa  yang  tidak sopan menghina  golongan  ulamak  sebagai  'ular  dalam semak'. Semoga  Allah beri peluang kepadanya untuk bertaubat  kerana mempermain dan memperlekehkan golongan  'warisatul anbia'..

Ibu rasa  amat  bersyukur salah seorang  abang dengan tegasnya  menegur  ahli keluarga  yang keliru   dengan fikiran  yang teruk berjerebu agar  membetulkan 'filter iman'  masing-masing. 

Menurutnya "Soal  akidah tidak ada kompromi..suka atau tidak kena tegas.. kena respect  ulamak. PAS  sudah lama berjuang berdasarkan kepimpinan  ulamak..sekurang-kurangnya sudah cuba membuat undang-undang  hudud. Ini sebabnya  PAS  dibenci  oleh sekutu-sekutunya dan disabo  dari  munafik-munafik dalam...itu yang wajib kamu fikir..guna otak"  Siap  dengan dalil disertakan;

وَمِنَ النّاسِ وَالدَّوابِّ وَالأَنعٰمِ مُختَلِفٌ أَلوٰنُهُ كَذٰلِكَ ۗ إِنَّما يَخشَى اللَّهَ مِن عِبادِهِ العُلَمٰؤُا۟ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزيزٌ غَفورٌ ﴿٢٨﴾(28) Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
Terus  senyap wakil-wakil PAN  dalam group  wassap keluarga  TOP 13. Fikirlah sedalam-dalamnya..kehidupan kita di dunia  ini bukannya lama. Silap pilih jalan menjadi kuda  tunggangan puak liberal merencatkan perjalanan  golongan ulamak menyelamatkan  ummah dan generasi pewaris  kita dari terus menjadi mangsa  penjajahan. Buktinya  kes  murtad semakin  rancak  di Malaysia  dan Indonesia..di Filipina  hanyut  terus..ramai  umat Islam murtad  dikerjakan oleh puak liberal  yang  merata. Inilah padahnya  umat Islam sendiri  memperlekehkan  golongan ulamak.. Benarlah kajian menyatakan lemahnya  umat Islam kerana  tidak  meningkatkan budaya  membaca al -Qur'an..
Mereka  sangat lemah  dalam 4 aspek  berikut;

1. Thinking  skill  ( hanya  fikir  kepentingan di dunia tetapi  tidak  fikir  menjangkau keselamatan di akhirat..sepatutnya  fokus 'Kejarlah Akhirat  tetapi  jangan lupa  bahagianmu di dunia)
2. Problem solving (gagal  atasi masalah kerana  terlalu  turutkan hawa nafsu, tidak  guna  iman)
3. Decision making ( keputusan  ikut  nafsu, tidak  syura terlebih dahulu..selepas itu  baru  istikhorah)
4. Writing  skill  (malas  mencatat membuktikan budaya  malas  membaca..wallahu alam)

 Sebaliknya  di Eropah memang  ramai  orang  mempunyai  4 kemahiran  di atas mulai  berjinak dengan al-Qur'an bahkan  ramai  perbaiki  diri, mereka  berbondong-bondong masuk  Islam.. Masya Allah.. 


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil