Menjemput Rezeki Penuh Barokah
Menjelang hari Asyura..teringat cucu ibu bernama Musthofa Maher dilahirkan pada 10 Muharam 1436 Hijrah..Kini genap umurnya setahun
Semalam mendengar input berkaitan menjemput rezeki dari langit melalui Istighfar, bertaubat, bersujud dan bersedekah.. ditambah lagi dengan mendengar You tube di bawah. Alhamdulillah, barulah faham apabila selalu diingatkan bahawa rezeki, jodoh dan ajal memang sudah Allah aturkan..usah kita 'stress' memikirkan rezeki, jodoh dan ajal. Allah akan cukupkan rezeki dan berikan jodoh terbaik jika kita ikhlas memperhambakan diri hanya sanya kepada-NYA. Menunggu ajal yang akan tiba bila-bila masa, bersedialah dalam keadaan memurnikan Tauhid yang diredhai-NYA.
Dua hari sebelum itu terbaca buku tafsir tentang intipati surah Dhuha dari Quran Energizing..sangat menarik tentang hakikat 'kekayaan' adalah kaya hati, jiwa 100% bergantung harap hanya kepada Allah dan tidak mengharap walau sedikitpun kepada makhluk. Kaya atau 'al-Ghina' terdiri atas dua bentuk:
1. Kaya dengan Allah
2. Tidak memerlukan yang lain selain Allah.
Kaya maksudnya adalah kecukupan , rasa puas. Tidak perlu kepada yang lain..hanya perlukan Allah sahaja.
Firman Allah SWT yang bermaksud;
Dan didapati-Nya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
Ulasan ayat di atas; Dan Allah mendapati (Muhammad) sebagai orang yang kekurangan (miskin), lalu DIA memberikan kecukupan. Kekayaan hanyalah milik Allah. Selain Allah , manusia adalah FAKIR walaupun mereka memiliki RM berjuta atau berbillion sekalipun..Jika bukan untuk dakwah Islam, maka wang itu bagai fatarmorgana, tidak memberi nilai langsung untuk menyelamatkannya masuk ke jurang kehancuran (seperti Firaun, Haman dan Karun). Pada 10 Muharam Allah selamatkan nabi Musa merentas Lautan..sedangkan Firaun dan pengikutnya tenggelam dalam laut.
Menepati konsep syahadah kita "aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah" .Hanya kepada Allah sahaja sumber segala rezeki (rezeki ilmu, rezeki makan minum, rezeki bahagia , rezeki tenang dan serba kecukupan. Hati yang merasai serba cukup hanyalah kurniaan dari Allah jika kita banyak bertaubat, beristighfar, banyak bersujud dan bersedekah.. inilah aktiviti insan yang mendapat cinta dan keredhaan Allah...jutawan jiwa anugerah Allah SWT lebih bernilai di sisi Allah sepertimana yang dilalui olehh generasi Al Quran yang unik hasil didikan Rasulullah SAW.
Kerja dakwah Rasulullah SAW dilengkapkan dengan pengorbanan kekayaan isterinya Khadijah ra, kekayaan sahabat karibnya Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Uthman Affan, Abd Rahman bin Auf dan ramai lagi. Islam bangkit dengan pengorbanan harta , jiwa bahkan nyawa para sahabat generasi awal.
Menepati syahadah "aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu Rasulullah"
Jika inginkan keredhaan Allah SWT, satu-satunya jalan piihan yang wajib kita ikut adalah Tarbiyah Madrasah Rasulullah SAW..Baginda amat arif mendidik jiwa manusia agar sentiasa dekat dengan Allah SWT.
Niat berubudiyyah bukan kerana hendak kaya..tetapi ke IKHLASan itulah yang membuka pintu rezeki dari langit. IKHLAS tidak akan dinikmati sama sekali oleh mereka yang mata duitan dan cinta dunia, lupa akhirat.
Comments
Post a Comment