Api Tauhid Penghancur Kebatilan
Kelazatan membaca wajib kita suburkan kerana kalimah pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW adalah IQRA....Bacalah. Mundurnya umat Islam sejak zaman penjajahan berpunca dari lemahnya minat membaca, lemah berfikir hanya menjadi pak turut, ikut sahaja arus perubahan semasa yang meracuni dan merosakkan akidah..Budaya membaca amat perlu disemarakkan dalam masyarakat Islam khususnya kerana sebarangan perubahan menuju kematangan bermula dengan ilmu. Tanpa membaca, tidak berlaku proses berfikir. Tanpa berfikir bagaimana mungkin akan mendapat ilmu. Allah izin ibu berpeluang ikut serta ALP Smartop pre school bermusafir ke 15th Islamic Book Fair di Jakarta...kami berada di sana pada hari Khamis dan Jumaat, penghujung 5-6 Mac tidak digalakkan berada di sana kerana terlalu ramai pengunjung dan keadaan jalan raya lumrahnya memang macet.
Demi menggalakkan budaya membaca , ibu amat menyarankan setiap ahli keluarga 'set'kan hari keluarga dibuat serentak dengan Islamic Book fair , untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan ahli keluarga, khususnya di kalangan kanak-kanak di awal usia.
Kepuasan berada di sana apabila ibu dapat beli buku-buku penting untuk mengemaskini edit buku Kaunseling Rabbani. Buku pertama dijumpai adalah Rahsia Kecerdasan Tauhid disunting dari kitab al Hikam. Dapatlah beli satu set Fizilal al-Qur'an, dengar 'talk show' , bertemu dan membeli buku Bachtiar Nasir..Buku paling menarik yang ibu baca sepanjang perjalanan pulang hingga hari semalam adalah Api Tauhid hasil kreativiti penulis Novel Ayat-Ayat Cinta, Habiburahman Sherazi di mana dalm kisah cinta realiti ada sejarah mengisahkan pengalaman ulamak tersohor Turki bernama Badiuzaman Said An Nursi...
Keseronokan dan kepuasan membaca ibu share dengan suami dan anak yang kesepian di tahan di ward hospital Putra Batu Pahat.. Rupa-rupanya Allah izin ulamak inilah merupakan tunggak utama menyemarakkan serta menyebarkan fikrah Islam ke seluruh Turki ketika Islam menjadi dagang ditimbus arus sekular. Badiuzaman Said Nursi tetapi menulis 'Risalah An-Nur' walaupun dipenjara dan berpindah penjara bahkan dibuang negeri, ditindas, disiksa, namun jihad untuk menyelamatkanTurki dari regim sekular tidak pernah berakhir..Kebangkitan Islam di Turki sekarang amat terhutang budi dengan perjuangan ulamak ini menyebarkan Risalah an-Nur' sebelum beliau meninggal dunia. Walaupun beliau tidak sempat melihat hasil perjuangan, namun benih-benih yang disemai sepanjang kehidupannya menjadi ulamak sejak berusia 15 tahun masih diwarisi oleh jutaan Muslim di Turki khususnya, Menurutnya gelaran Badiuzaman (keajaiban zaman) layak diberikan kepada hasil karya bersirinya iaitu Risalah An Nur, bukan untuk dirinya..kisahnya merupakan sumber inspirasi yang wajar kita wariskan kepada anak cucu kita...
Paling menakjubkan, beliau sentiasa menjaga pandangan dari melihat wanita yang bukan mahramnya untuk menjaga jiwa dan hafazan demi menyelamatkan ummah yang dirosakkan oleh sistem sekular tajaan Yahudi laknatullah..
Saksikanlah pelancaran dan perasmian 15th Islamic Book Fair di Jakarta.....
Demi menggalakkan budaya membaca , ibu amat menyarankan setiap ahli keluarga 'set'kan hari keluarga dibuat serentak dengan Islamic Book fair , untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan ahli keluarga, khususnya di kalangan kanak-kanak di awal usia.
Kepuasan berada di sana apabila ibu dapat beli buku-buku penting untuk mengemaskini edit buku Kaunseling Rabbani. Buku pertama dijumpai adalah Rahsia Kecerdasan Tauhid disunting dari kitab al Hikam. Dapatlah beli satu set Fizilal al-Qur'an, dengar 'talk show' , bertemu dan membeli buku Bachtiar Nasir..Buku paling menarik yang ibu baca sepanjang perjalanan pulang hingga hari semalam adalah Api Tauhid hasil kreativiti penulis Novel Ayat-Ayat Cinta, Habiburahman Sherazi di mana dalm kisah cinta realiti ada sejarah mengisahkan pengalaman ulamak tersohor Turki bernama Badiuzaman Said An Nursi...
Paling menakjubkan, beliau sentiasa menjaga pandangan dari melihat wanita yang bukan mahramnya untuk menjaga jiwa dan hafazan demi menyelamatkan ummah yang dirosakkan oleh sistem sekular tajaan Yahudi laknatullah..
Saksikanlah pelancaran dan perasmian 15th Islamic Book Fair di Jakarta.....
Comments
Post a Comment