Besarnya Jasa Pengasuh Ahli Syurga
Usia bayi dan kanak-kanak mulai 0 hingga 4 tahun merupakan tempoh yang amat menarik dan menakjubkan jika memanfaatkannya sebagai peluang membina generasi pewaris yang kukuh akidah tauhidnya. Ketika ini qalbu bagai sponge, mudah menyerap dan amat peka dan sensitif syuurnya serta cerdas ISEQ (Intelek, spiritual dan emosi) menerima apa saja corak ransangan yang diberikan.
Ketika menyampaikan kuliah, slot ke-3 Bengkel Asuhan Taska Tarbawi menyentuh tajuk yang amat penting iaitu Perkembangan Deria/Sensori dan Pemahaman Dunia Persekitaran, baru ibu tersedar betapa besarnya jasa mereka yang berurusan dengan 'ahli-ahli syurga', khususnya kaum ibu sepenuh masa serta pengusaha dan pendidik Taska (Taman Asuhan kanak-Kanak). Jika ibu diberi peluang membuat penilaian antara pendidik Taska, Tadika , sekolah Rendah dan sekolah Menengah serta pensyarah IPT (Institut Pengajian Tinggi), golongan manakah yang layak diberikan penghargaan?? Bagi ibu, yang Allah izin 20 tahun berpeluang berkhidmat di pelbagai jenis dan rupa SMK, harapan untuk mendapat rijal ummah tidak sampai 5%. Memang tidak layak kami mendapat tinggi tetapi gagal membina insan Rabbani demi masa depan ummah. Sebenarnya semua pendidik layak diberi setinggi-tinggi penghargaan serta gaji yang tinggi sekiranya mereka berusaha semaksimanya menanamkan AQIDAH TAUHID dalam lubuk Qalbu anak didiknya, khususnya di peringkat umur 0-4 tahun. Namun dala sistem yang tidak meletakkan akidah sebagai perkara utama dalam kurikulum..segalanya akan punah dan gagal.
Alangkah menakjubkan sekiranya usaha para pendidik Taska dimartabatkan. Mereka berhadapan dengan peluang yang amat berharga kerana ketika itulah tempoh masa yang sangat berkesan, bagai mengukir akidah itu dalam qalbu 'ahli syurga' tersebut, peluang membina generasi pewaris adalah 100%. Teringin benar ibu hendak memujuk rakan-rakan yang masih terkongkong dalam sistem sekarang agar segera bersara, menghabiskan sisa-sisa umur yang ada untuk fokus kepada membina generasi pewaris mulai di awal usia.. Merekalah yang selayaknya mendapat penghargaan setinggi-tingginya dan mendapat gaji sepatutnya melebihi gaji para pensyarah yang gagal menanamkan aqidah Tauhid dalam jiwa pelajarnya..

Berleluasanya kanak-kanak dan remaja bahkan golongan dewasa yang hilang sensitiviti berpunca dari bagaimana mereka dilayan dan diasuh sejak di awal usia.. Ibu amat berharap agar semakin ramai pengasuh Modul Permata menyedari hakikat ini agar semua memanfaatkan Program Permata dengan mengembalikan hak Allah untuk kita semua ibadahi setulus ikhlas dalam semua aktiviti kehidupan mendidik kanak-kanak mengenal Allah dan merasa tenteram hidup dalam sistem Allah, bukan sistem yang lain...
Respon awal ibu terima daripada seorang ibu misali "Mengalir air mata saya meneliti slide yang Puan. e mel, menyedarkan kepada kita tentang semua yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah SWT, hanya kepada -Nya segala kepujian wajib kita kembalikan",
Pengerusi majlis mewakili pihak pengurusan UiTM dan Taska UiTM memulakan bicaranya.. Bahan slides itu ibu dapat setelah memohon kepada Allah SWT ketika bersoa dan solat tahajjud..Semoga Allah nampakkan segala kekurangan dalam penyampaian yang ada untuk diisi dengan Makrifatullah.. Usaha ini kelak menjadi ibadah sepanjang hayat. insya Allah
Ibu dimaklumkan ada pihak mohon agar program bersiri 'Asuhan Tarbawi Permata Syurga ' dibuat sekali lagi selepas bulan Jun khusus untuk semua pengusaha Taska di...... Wallahu alam. Nampaknya macam peluang keemasan untuk melahirkan generasi pewaris sejak si awal usia, namun, Allah SWT Maha Mengetahui kemampuan ibu amat terhad..sangat-sangat memerlukan ansor yang faham dan terdidik dengan manhaj Rabbani. Alhamdulillah ketika persembahan 'lesson plan, peserta 'Ummu Aiman' telah persembahkan lesson plan yang mantap, lengkap untuk seminggu, mengukuhkan input slide itu berkaitan dengan hujan. Di 'Ummu Aiman' tersimpan permata Rabbani yang perlu digilap demi ummah..masya Allah..sebelah rumah sahaja..
Ibu serahkan segalanya kepada Allah, semoga Allah aturkan yang terbaik mewujudkan 'team Asuhan Permata Syurga' demi masa depan ummah yang gemilang..Insya Allah. Tentang modul, kami akan sarankan semua pengasuh yang ikuti bengkel ini merujuk laman web 'Little Abd Programme', berbincang dengan pengusaha taska masing-masing agar menghubungi CEO 'LAP' berkenaan. Setakat ini modul LAP yang terbaik, Insya Allah.

![]() |
Pilot Program " Asuhan Tarbawi Permata Syurga' di UiTM Arau |
Comments
Post a Comment