Tempat Yang Jatuh Lagi Dikenang...
Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tengah
hari 20 Mac kami diraikan oleh anak menantu yang berada di sekitar KL di
'Restoren Pegaga' dengan hidangan yang enak. Tidak sangka anak ibu yang selama ini asyik berulang alik dari Johor ke Perlis turut serta meraikan sekali, Alhamdulillah.... Subhanallah sungguh!, amat indahnya penyusunan Allah SWT..
Air mata bakal menitis lagi mengenangkan anak bungsu kami yang selama ini telah banyak berbakti menjemput dan menghantar kami di lapangan terbang, membawa dan menemani kami ke destinasi majlis ilmu dan ziarah silaturahim, Insya Allah akan bernikah 1 Mei 2016 di Batu Pahat, Johor. Mungkin beliau buat masa ini boleh menemani kami ketika masih 'single'. Mungkinkah khidmat baktinya akan berterusan selepas pernikahannya? Wallahu alam.. bergantung kepada keselesaan isterinya kelak.
Biasanya lelaki akan berubah selepas bernikah dengan isteri yang tidak memiliki visi yang sama. Mana mungkin sama visi mereka yang cinta dunia dengan mereka yang mencintai akhirat. Doa ibu semoga bakal isteri anak bungsu kami sentiasa mencintai akhirat..Insya Allah, maklumlah dibesarkan dalam rahim ibu ayah yang mencintai akhirat. Walaubagaimanapun kami sudah bersedia untuk berdikari dengan izin Allah SWT. Jika anak menantu masih ingin terus berbakti. Alhamdulillah..ia merupakan bonus dari Allah SWT buat kami yang sedang meniti usia senja.
"Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu-bapakku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, serta berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada-Mu, dan sungguh aku adalah termasuk golongan orang-orang yang berserah diri." (QS. Al-Ahqaaf. 15).
Musafir kami ke Johor terserentak dengan tiga program penting di Matri iaitu program Pewaris (putera puteri Tingkatan 4, sekolah Haluan seluruh Malaysia), PLM (perhimpunan Lepasan Matri) dan mesyuarat bulanan di mana sepatutnya suami perlu ada bersama. Tiket Fire Fly telah kami tempah seawal dua bulan sebelum program ini diputuskan diadakan di Matri. Kami ke Johor untuk memenuhi permintaan Haluan Johor, menemui bakal besan untuk menghantar 'tanda jadi nikah' dan program taska dan silaturahim di Tangkak. Pakej 4 in 1~ termasuk silaturahim Insya Allah. Rasa bersalah juga apabila di saat akhir mendapat maklumat program kami 'clash' dengan program-program penting ini. Alhamdulillah suami meyakinkan timbalan mudir dan guru-guru Matri sudah biasa melaksanakan tugas-tugas ini dengan sebaik-baiknya setiap tahun. Jazakumullahu khairan kathira .... Lega rasanya..Alhamdulillah
Memang terharu rasa hati, apabila kakak saya ingatkan hari ulang tahun perkahwinan kami buat kali pertama menjelang tarikh 20 Mac 2016. Hari Jumaat selepas berakhirnya Ijtima' Am di Simpang Renggam kami terus ke Tangkak dalam rangka bersilaturahim dengan keluarga di Tangkak. Sempat kami singgah Ledang Resort untuk meninjau kesesuaian untuk mengadakan 'Family Day' bagi keluarga Perlis. Nampaknya suasana pergaulan dan pakaian pengunjung di sana tidak sesuai didedahkan kepada generasi pewaris.
Jazakumullahu khairan kathira kepada ALP SmarTop Subur Fitrah mengadakan jamuan khas untuk meraikan kami di Penginapan Nur Tangkak pada malam tersebut. Kira musafir kami '5 in 1'..diraikan sekali ulang tahun perkahwinan oleh orang penting dalam hidup ibu..Alhamdulillah.

Mengimbas kembali ketika bertemu sahibah di Simpang Renggam sebelumnya, tuan punya home stay meluahkan kerisauan kemungkinan tidak ramai yang dapat hadir kerana ijtima' biasanya dibuat pada hari Sabtu, bagi memudahkan ibu bapa turut hadir ketika menghantar anak-anak masing-masing ke asrama As-Syddiq. Kehadiran UOHS pada hari Jumaat, kemungkinan tidak mendapat sambutan. Ibu tidak risau, pertama bukan bilangan ramai yang ustaz harapkan, cukuplah sekadar insan yang ikhlas untuk meningkatkan kualiti ubudiyyah.. Kedua ibu tidak risau kerana amat yakin sahabat dan sahibah Johor sejak dahulu lagi memang ibu kenal mereka amat menghargai kehadiran 'syeikh' atau orang lama dalam dakwah dan tarbiyah. Buat siang atau malam, hari kerja atau hujung minggu, mereka akan ikhtiar sedaya upaya untuk turut hadir walaupun mereka jauh, ada yang datang dari Kota Tinggi, Pontian mahupun Segamat.
Alhamdulillah.. Syuur dan keikhlasan mereka ini yang menyebabkan menitis air mata ibu ketika sedang berjalannya program.. Betapa gigih dan komitmen barisan kepimpinan di Johor sekarang menyebar iklan dan maklumat sebulan sebelum kehadiran syuyukh. Nostalgia bersama mereka jatuh dan bangun dalam dakwah dan tarbiyah. Mengenang kembali 20-30 tahun yang lalu susah payahnya barisan kepimpinan dengan bimbingan MN1, MN2 yang ikhlas mendidik generasi X dan Y di Johor sebelum ini. Kini menanti generasi Z pula mewarisi kerja-kerja mulia ini. Hanya sahibah karib yang duduk sebelah sahaja ternampak air mata ini menitis...
Biasanya dewan hanya buka 2 kelas, tetapi kerana semakin ramai yang hadir, maka terpaksa buka satu lagi kelas. Semakin sebak, apa lagi sahibah-sahibah yang dirindui mendakap dan melahirkan keceriaan.. "Kak, kami happy sangat lihat akak bahagia, akak tolong ustaz buat power point, inilah di antara hikmahnya Allah tunjukkan ...". Seorang doktor perubatan meluahkan kegembiraannya..
Alhamdulillah semuanya Allah yang atur..tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan izin Allah.

Kali kedua air mata ibu menitis dalam tempoh seminggu ini ketika menyampaikan input bengkel Taska Tarbawi untuk pendidik dan pengasuh tadika dan taska SmarTop. Menitis air mata kerana tidak menyangka orang penting dalam hidup ibu turut serta dalam bengkel itu termasuk barisan ALP , suami dan anak bungsu kami di samping staf SmarTop dan beberapa ibu yang turut hadir. Ketika roda kehidupan ibu benar-benar berada di bawah (pertengahan tahun 2013) , dan ibu amat terhimpit ketika itu.. Allah izin barisan ALP SmarTop yang banyak mempermudahkan urusan bahkan memberi peluang ibu berjinak, bergelumang dan bermain dengan kerjaya pendidikan awal kanak-kanak. Mereka bagaikan ibu dan ayah ketika itu.. Alhamdulillah, kini terangkat sudah roda kehidupan menuju ke atas selamanya hasil komitmen dan kerjasama secara kolektif antara banyak pihak. Insya Allah.
Peribahasa Melayu memang indah dimanfaatkan, 'Tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain". Ya benar memang daerah Ledang berdekatan dengan Gunung yang bersejarah. Terharu rasanya apabila suami memanjakan ibu dengan gelaran 'Puteri Gunung Ledang'. Di bandar Tangkaklah Allah izin tempat ibu bermain dan dibesarkan. Di bandar Tangkak juga graf perkahwinan pertama ibu jatuh merudum. Ibu redha dengan apa yang Allah aturkan, pasti ada hikmah untuk ummah akan datang.Kenangan indah tetap terukir di qalbu ini..Walaupun sudah berkahwin baru dan berada jauh dari SmarTop, itu zahirnya sahaja..namun semua warga SmarTop tetap berada di qalbu untuk didoakan kesejahteraan selamanya. Roh kita akan sentiasa bersama di dunia dan akhirat.Insya Allah..Aamiin. Doa kami, semoga Allah permudahkan kami akan selalu bersama kalian, khususnya menjelang dan selepas perkahwinan anak bungsu kami..

![]() |
Kenangan indah di Restoren Pegaga, 20 Mac 2016 |
Air mata bakal menitis lagi mengenangkan anak bungsu kami yang selama ini telah banyak berbakti menjemput dan menghantar kami di lapangan terbang, membawa dan menemani kami ke destinasi majlis ilmu dan ziarah silaturahim, Insya Allah akan bernikah 1 Mei 2016 di Batu Pahat, Johor. Mungkin beliau buat masa ini boleh menemani kami ketika masih 'single'. Mungkinkah khidmat baktinya akan berterusan selepas pernikahannya? Wallahu alam.. bergantung kepada keselesaan isterinya kelak.
Biasanya lelaki akan berubah selepas bernikah dengan isteri yang tidak memiliki visi yang sama. Mana mungkin sama visi mereka yang cinta dunia dengan mereka yang mencintai akhirat. Doa ibu semoga bakal isteri anak bungsu kami sentiasa mencintai akhirat..Insya Allah, maklumlah dibesarkan dalam rahim ibu ayah yang mencintai akhirat. Walaubagaimanapun kami sudah bersedia untuk berdikari dengan izin Allah SWT. Jika anak menantu masih ingin terus berbakti. Alhamdulillah..ia merupakan bonus dari Allah SWT buat kami yang sedang meniti usia senja.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah di atas nikmat kurniaan-MU yang tidak pernah kurang buat kami mensyukurinya..
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ
وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي
ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya :"Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu-bapakku, dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, serta berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sungguh aku bertaubat kepada-Mu, dan sungguh aku adalah termasuk golongan orang-orang yang berserah diri." (QS. Al-Ahqaaf. 15).
Comments
Post a Comment