Pentingnya Tashfiyah Dan Tarbiyah Dalam kehidupan Kita sepanjang Hayat

Berdasarkan pengalaman, Alhamdulillah  akan  sentiasa malaikat membisikkan dalam jiwa  "Jangan tinggalkan tarbiyah walau apapun yang  berlaku."  Pentingnya  hubungan yang kukuh dengan Allah SWT, sentiasalah  bermonolog  dengan Allah melalui kalam-Nya yang suci. Curahkan segala isi qalbu ketika bersujud kepada-Nya. Alam percintaan dengan-Nya  yang perlu disuburkan dari masa ke masa hingga ajal datang mnjemput kita kelak dalam husnul khotimah. Insya Allah

Marilah sama-sama kita tundukkan jiwa memohon kepada Allah dengan penuh tawadhuk mengakui kelemahan kita dan ketidak mampuan kita mengurus diri dan keluarga kecuali  hanya dengan pertolongan-Nya semata-mata. Sebenarnya  hanya  Al-Qur’an dan Hadis Rasulullah sahaja  yang perlu kita mesrakan dan kukuhkan  dalam diri di samping mendidik semua mutiara syurga sejak di awal usia. Berbekal dua sumber dan panduan ini maka  akan terjamin selamanya kita  dan anak cucu hingga  Kiamat tidak akan sesat, Insya Allah dengan syarat kita  merealisasikan  sedaya upaya sabda Rasulullah seperti  berikut;
تـَرَكْتُ  فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ  لَنْ تَضِلُّوا مَا  إِنْ تَمَسَّكُمْ  بِهِمَا : كِتَابُ الله وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah nabi-Nya”
                                                            (HR Abu Hurairah)


Hidup di dunia ini memang  penuh dengan ujian membuat pilihan. Pelbagai corak asuhan yang sudah tersedia untuk dipilih. Asuhan bagaimanakah yang boleh menyelamatkan  masa hadapan mutiara syurga  dari azab di dunia dan di akhirat? Pilihan itu bergantung kepada  niat samada ingin mutiara syurga kita  menjadi hamba  dan khalifah Allah yang  patuh menyerah diri kepada Allah atau sebaliknya  menjadi hamba ibu bapa atau pengekor sistem yang mensyirikkan Allah. Asuhan mengetengahkan apa yang ibu bapa suka dan mengabaikan  apa yang Allah dan Rasul suka tanpa sedar telah mengotorkan fitrah mutiara syurga  yang asalnya  bersih dan suci.

Pentingnya  Tarbiyyah  agar kita tidak tergelincir  dari landasan  madrasah Rasulullah SAW.

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil