Puteri SRAATI Lebih Berharga Dari Bidadari Di Syurga
Apakah yang menyebabkan puteri-puteri SRAATI bakal menjadi lebih bernilai dan lebih berharga dari Bidadari di Syurga? Puteri-puteri yang comel-comel belaka ternanti-nanti jawapannya;
1. Fitrah menTAUHIDkan Allah sepanjang hayat.
Ada 'BIG PICTURE' dalam jiwa dan fikirannya. Bervisikan doa Asiah isteri Firaun yang berbunyi ;
رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
"Rabbku, binalah sebuah mahligai untukku di sisi-MU dalam syurga." (Petikan dari surah At-Tahrim:11)
Puteri-puteri menghafal doa di atas dengan maknanya sekali. Pentingnya huraian untuk meyakinkan mereka memiliki visi yang jelas dalam kehidupan yang fana' ini. Doa ini, Insya Allah akan dapat memantapkan visi kehidupannya agar jelas hala tujunya mengharapkan keredhaan Allah dan berpeluang dengan IHSAN-NYA dikurniakan mahligai di Syurga. Pentingnya IKHLAS mengabdikan diri dalam dunia ini keraqna di sini hanya menjadi ladang untuk untuk menuai hasil di 'sana' kelak.
Allah kurniakan kegembiraan berkongsi pengalaman memantapkan visi dan dalam masa yang sama secara tidak langsung semoga Allah pasakkan benih akidah sekukuhnya dalam jiwa mereka dan yakin 100% Allah akan tunaikan impian tersebut dengan syarat MENYERAH DIRI 100% hanya kepada-NYA, laksanakan segala PERINTAH-NYA dan jauhi atau tinggalkan segala LARANGAN-NYA. Adakah isi penyampaian ini terlalu tinggi tahapnya untuk puteri 10-12 tahun?
Allah kurniakan kegembiraan berkongsi pengalaman memantapkan visi dan dalam masa yang sama secara tidak langsung semoga Allah pasakkan benih akidah sekukuhnya dalam jiwa mereka dan yakin 100% Allah akan tunaikan impian tersebut dengan syarat MENYERAH DIRI 100% hanya kepada-NYA, laksanakan segala PERINTAH-NYA dan jauhi atau tinggalkan segala LARANGAN-NYA. Adakah isi penyampaian ini terlalu tinggi tahapnya untuk puteri 10-12 tahun?
Apabila ketua urusetia memaklumkan akan jemput lagi untuk sesi berikutnya, baru lega rasa hati, Insya Allah pengisiannya relevan untuk mereka. Wallahu alam. Terkenang cucu bercerita "Tok ibu, kalau kita nak masuk syurga, kita kena mati dulu, masuk dalam kubur" Masya Allah, cucu seusia 5 tahun boleh bercerita, mudah-mudahan dia faham. Insya Allah
![]() |
Qalbu Kita Perlu Dirawat Sepanjang Masa |
Dalam kem puteri SRAATI itu ada seorang cucu puteri berusia 10 tahun menyembunyikan wajahnya dari Tok Ibu pada awalnya. Di hujung program barulah bekejar hendak bersalam dengan Tok Ibu. Keesokkan harinya satu hari cucu ini tidak pergi sekolah, Keletihan ikuti aktiviti lasak kem dua malam agaknya. Memerhati dan melihat perkembangannya asyik dengan oelbagai program you-tube terdetik dalam hati "hmmm...dia belum faham lagi" Justeru itu amat pentingnya ibu bapa dan pendidiknya mendoakan seperti berikut, khususnya untuk mereka yang belum faham tentang Deen.
Allahuma Faqeeha fidden wa alimha ta’wil
•Ya Allah
fahamkan dia (perempuan) kefahaman tentang Deen
(Al-Qur’an) dan ajarilah dia tak’wilnya " (hadis)
Esoknya, melalui cucu ibu kirimkan 10 naskah hadiah untuk puteri-puteri yang boleh menjawab soalan kuiz. Mohon cucu serahkan kepada guru yang diamanahkan, Alhamdulillah cucu ini balik nampak ada perubahannya. Rajin menolong ibunya memasak dan mencuci pinggan mangkuk. Masya Allah, ambil masa rupa-rupanya, perlukan komitmen guru-gurunya jelaskan ikut level anak-anak 10 tahun. Pentingnya jamaah, setiap individu dalam jamaah akan saling melengkapkan segala kekurangan yang ada.
2. Fitrah menjadi pengabdi yang taat termaktub dalam doa isteri Imran menazarkan sebelum hamil dan ketika hamil agar anak yang dikandungnya kelak akan menjadi orang yang mengabdikan diri di Masjidil Aqsa (kiblat ketika itu)
رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak
yang dalam kandunganku menjadi hamba
yang soleh dan berkhidmat
(di Baitul Maqdis). Kerana itu terimalah (nazar) itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah
Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui“ (Surah Ali –Imran : 35)
akan bersambung Insya Allah
Terpersona mendengar kanak-kanak ini mengaji
Comments
Post a Comment