KADER 2018 DI MATRI PERLIS

Rasa bahagia dan meriah ketika melihat dan dapat bersama beberapa para pemudi Haluan dari seluruh pelusuk tanah air berkumpul  di Matri pada  14-16 September  2018. Rumah kami terpilih sebagai homestay  percuma  menerima tetamu dari Johor bermalam di rumah sepanjang program berjalan.

 Seramai 300 orang dihadkan namun semasa pendaftaran lebih 450 orang yang hadir. Kelainan dan keunikan program Kader tahun 2018 ini adalah apabila diberikan satu slot 2 jam menziarahi Syuyukh. Ramai syuyukh di Perlis dan luar Perlis  diaturkan stesen di rumah-rumah tertentu untuk diziarahi termasuk rumah kami. Setiap stesen dihadkan seramai 10-15  orang  pemuda atau pemudi  yang ziarah. Sepanjang program, rahmat Allah turun bersama hujan. Masya Allah nikmatnya  ukhuwwah dalam keadaan tenang dan santai
Seawal 7.40 pagi rumah kami dikunjungi, seorang demi seorang  hingga seramai 30 orang pemudi. Memang di luar jangkaan sama sekali. 

Hajat para pemudi ingin mendengar sendiri secara santai para syuyukh  bercerita bagaimana  Tarbiyah Madrasah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bermula di  Matri. Kisah itu semua diceritakan sendiri  oleh UOHS. Pengalamannya  di peringkat awal  bersama Almarhum Orang Kaya Bakti Ustaz  Dahlan Bin Mohd.Zain. Hampir satu jam sharing itu dicatat oleh para pemudi yang khusyuk mendengarnya. Dalam sesi soal jawab timbul persoalan "kenapa  proses tarbiyah jemaah kita agak lambat berbanding jemaah lain sudah masuk mehwar siaysi (politik)"

Murabbi cuba  menjawabnya dengan tenang bagai menarik rambut  dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berserak. maklumlah berhadapan  dengan anak muda yang mudah 'panas' darahnya

"Masing-masing jemaah ada kelebihan dan kekurangan. Berlainan pandangan itu rahmat, yang penting kita jaga ukhuwwah bersama semua jemaah tersebut. Kita terus utamakan dakwah dan tarbiyah dalam semua peringkat, bermula dari mentarbiyah diri sendiri, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara... Semuanya memerlukan kesabaran  dalam iltizam  syar'ie dan iltizam tanzimi" Murabbi jelaskan  tentang konsep kedua-dua iltizam tersebut sepertimana  yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. "Proses ini ada peringkat-peringkatnya, kita cuba usaha semaksimanya, natijahnya kita serahkan kepada Allah. Natijah  milik Allah, usah kita terkejar-kejar natijah hingga mengabaikan proses  tarbiyah. Kesabaran  amat perlu untuk istiqomah dalam tarbiyah, bagaimana  hendak sabar, tanyalah teacher ibu..."
Beliau menunjuk ke arah ibu yang duduk di sebelahnya. Terkejut juga ibu mendengarnya. Ketika giliran ibu sharing pengalaman, hanya mengambil masa tidak sampai 15 minit. 
"Anak-anak dirahmati Allah, teacher  ibu teringat UOHS sebut kata-kata almarhum UDMZ 'kita nampak lemah tetapi sebenarnya kita kuat...'. Salah satu faktor kekuatan adalah kesabaran kita. Kesabaran merupakan sayap  kiri keimanan, di mana sayap kanannya  adalah syukur. Rujuk hadis Nabi SAW 'ajaibnya orang mukmin..." Indahnya proses tarbiyah ini adalah membina kekuatan dalaman yang seimbang. Kebanyakan  daripada kita  gagal  bersabar kerana  harapkan hasil yang cepat tanpa lalui proses  tarbiyah  secara bertahap, ingin cepat dan ikut 'short cut'. Jika  kita tidak sabar, proses tarbiyah terencat, melambatkan lagi  proses membina kekuatan dalaman..." 

Ibu ceritakan  hadis pendek hasil orang  yang bersabar di sisi Allah seperti  dalam you tube  berikut;

Ahad, petang  16 September, Allah atur kami dikunjungi  oleh syukuh  dari  luar  Perlis. Dari  Bangi  dan Seremban Negeri Sembilan. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, rumah ini sentiasa  meriah dikunjungi  oleh tetamu yang Engkau redhai. Sahibah Seremban terharu dan beri respon;
"Tajribah Tarbawi menyentuh hati...

Perbincangan kami kaum ibu di dapur  hanya sekitar  tentang  sabar hingga  ada yang tergenang air mata, kesalnya mereka yang kurang  sabar.Ibu diberi peluang menulis buku tarbiyah  pentingnya sabar, kerana  menurut  sahibah it,  ibu sudah hadapi dan lalui sendiri pahit manisnya  membina kesabaran. 
"Sabar itu, sakitnya sekejap tetapi manisnya  lama," Insya Allah. Sabar tidak datang  secara  bergolek, itu adalah nikmat anugerah Allah yang perlu kita minta  sendiri dari-NYA. Rujuk doa dalam surah Al Baqarah ayat 250

 رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

"Ya Tuhan kami tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang yang kafir"

"Allahumma ya Sobur, Ya Sobur, Ya Sobur curahkan dalam jiwa kami khususnya di kalangan pemuda dan pemudi kami  sobrun jamil"  Ini doa yang kami rafakkan khsusunya kepada  generasi pewaris  ibu..


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil