Suburkan Syuur Sejak Kecil
"Tok ibu, Maher takut hari kiamat," tergenang air matanya ketika ibu sedang memandu hendak hantar pulang cucu kesayangan ini bersama abangnya ke rumah besan.
"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah lembutnya jiwa Maher." Jiwa ibu berbisik sayu. Ibu pujuknya, kalau berlaku hari kiamat, semua kanak-kanak, akan terus dimasukkan ke dalam syurga. Anak soleh yang penyabar lagi cepat masuk ke syurga. Dalam syurga semuanya best! apa yang kita hendak semua boleh dapat.
Proses menyuburkan syuur yang dialami oleh Maher ini agak awal, seawal usianya baharu 4 tahun. Ketika ibu kecil dahulu sekitar umur 7-10 tahun, baru ada rasa takut berlaku hari kiamat. Alhamdulillah, Terima kasih ya Allah memilih cucuku merasai ketakutan ini sejak kecil, moga perasaan halus ini sentiasa berada di dalam jiwanya sepanjang hayat.

Maher adalah cucu yang unik, kelebihannya sangat menawan hati ibu agar tidak bosan mengasuhnya sepanjang berada di Tunjung, Perlis. Ketika dia bosan dan inginkan sesuatu, akan diminta sampai dapat dan kadang-kadang akan menjerit 'cepatlah!" Apabila keadaan 'panas baran'nya mula muncul, Lalu cepat-cepat ibu doakan dengan suara yang tenang, lembut tetapi kuat di hadapannya;
"Ya Allah, tuangkanlah kesabaran dalam hati Maher, tuangkanlah kesabaran dalam jiwa Maher, tuangkanlah kesabaran dalam jantung sanubari Maher. Maher anak soleh, Maher sabar, Maher tak suka jerit-jerit. Orang dalam syurga semua cakap sopan, lembut, elok-elok dan tak jerit-jerit"
Alhamdulillah Maher kembali tenang. Tak lama kemudian dia minta ibu ulang lagi doa seperti itu. Subhanallah, rupa-rupanya terkesan juga di hatinya jika kita doakan kuat-kuat. Sentiasa berikan penjelasan dan doakan terus di hadapannya. Tak perlu marah sebab jika marah anak kecil ini, hatinya bertambah keras hendak melawan.
Suburkan syuur bersyukur dalam jiwanya yang terdalam. syuur ini akan mengukuhkan tauhid atau keimanan dalam jiwanya
"Alhamdulillah ya Allah terima kasih kerana bagi Maher mata boleh melihat dan tidak buta, Alhamdulillah terima kasih Ya Allah bagi Maher anggota badan yang sempurna tidak kudung kaki dan tangan. Alhamdulillah terima kasih ya Allah bagi Maher mulut yang boleh makan, bercakap dan tidak bisu, Allah beri Maher rezeki tak pernah lapar......"
Ibu amat bersyukur Maher dan abangnya Mishary tidak pernah diraikan hari jadi dengan meniup lilin. Sekadar menjamu kek sahaja sudah memadai di samping berdoa "Allah selamatkan kami, Allah selamatkan kami...." Abinya sejak kecil tidak pernah meniup lilin ketika hari jadi kerana kami difahamkan oleh Tok ayah depa ketika anak ibu masih kecil bahawa meniup lilin meraikan hari jadi ini adalah cara hidup jahiliyah.
Jahiliyah itu maknanya ikut cara hidup selain dari cara hidup Islam. Ikut cara Yahudi dan Nasrani yang sentiasa ingin memadamkan cahaya Islam. Tiup dan padamkan cahaya Islam... Kata-kata ini sentiasa ternging-ngiang dalam jiwa, "jika sayangkan cahaya Islam yang Allah suburkan dalam jiwa, jangan ikut cara hidup jahiliyah"

Nauzubillahi min zalik semoga kesilapan seorang ayah dan ibu dalam keluarga ibu saudara Maher diraikan meniup lilin ketika harijadinya baru-baru ini tidak menjadi ikutan mereka yang menatap gambar-gambarnya dalam Facebook.
Ya Allah jauhkan anak cucuku dari fitnah kejahilan mereka yang tidak memahami Islam. Allahumma Ya Hakim,ya 'Alim, Ya Haadi berilah mereka kefahaman tentang Deen-Mu, Berilah mereka kefahaman tentang DeenMu. Berilah mereka kefahaman tentang Deen-Mu ya Allah."
Jika mereka faham tentang Deen-MU, fitnah ini tidak akan menular dan diviralkan hingga sampai ke pengetahuan ibu.
![]() |
Umur 0-4 tahun adalah 'golden age' (umur emas), perlu dilayan bagai Raja. Perlukan kesabaran yang tidak terbatas |
Comments
Post a Comment