Nikmat Menjelang Tahun 1440 Hijrah
Asalamualaaikum Warahmatullahi Wbrkth
Ingin ibu rafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah mengizinkan kami bergabung menikmati meriahnya hari Keluarga Matri yang diadakan di Telok Senangin, Pantai Remis, Perak pada 8-10 September 2018. Pemergian kami diiringi oleh anak kembar dan adiknya(3 beradik) dari Bintulu. Ada sahibah ucapkan tahniah "anak-anak ini habuan untuk anti..." Depa tak mahu ikut ibunya pulang ke Bintulu, sebaliknya ingin terus belajar di Matri hingga ke peringkat khassah (tingkatan 6). Pernah suatu ketika dahulu ibu amat berhajat dapatkan anak kembar, sampai bergurau dengan anak-anak dapat anak kembar. (Kucing beranak anak kembar 3-4). Alhamdulillah, Allah atur dan kurniakan tanpa hamil dan tanpa melahirkannya, didatangkan anak 'instant' berumur 13-14 tahun. Cantiknya kurniaan Allah. Alhamdulillah.
Anak bungsu sekeluarga bertolak dari KL. Anak ibu masih di tanah suci. Yang lain sibuk dengan kerjaya masing-masing. Alhamdulillah kesabaran memang diperlukan ketika ini, natijah milik Allah. Usaha bersangka baik semaksimanya, InsyaAllah.
![]() |
suburkan budaya rehlah |
Niat untuk menikmati kebesaran ciptaan Allah, benar-benar Allah kurniakan, ibu sentiasa berdoa dan mengajak seluruh ahli halaqah khususnya agar memohon kepada Allah minta jiwa kita sentiasa bersama roh para anbia, para syuhada, para siddiqqin dan para solehin samada semasa masih hidup atau selepas mati kelak. Doa ini bukan hanya untuk diri sendiri, bahkan untuk anak cucu cicit hingga hari kiamat nanti agar mereka terdiri daripada golongan mereka yang sentiasa khusyuk mendirikan solat dan bersabar...
Alhamdulillah...semua nikmat 'syuur' ini adalah kurniaan Allah jua.
Nikmat pertama yang ibu perolehi adalah sama-sama dapat berendam dalam air laut bersama 3 generasi, Nikmat untuk diri, mengajak mereka di sekitar betasbih memuji Allah seperti mana air dan ombak bertasbih dengan caranya tersendiri. Segala isi langit dan bumi bertasbih memuji Allah siang dan malam, sepanjang masa...
Paling seronok dapat menyaksikan sendiri keluarga-keluarga yang bekelompok seolah-olah mengadakan halaqah dalam laut. Seronoknya! Tahniah kepada ketua-ketua keluarga yang berjaya menjinakkan hati-hati semua anak cucu sentiasa bersama di hari keluarga Matri. Mereka menjadi keluarga contoh setelah sekian lama bersabar menjalani proses tarbiyah, melebihi 30 tahun. Allah tunjukkan natijah yang amat membahagiakan. Masya Allah Tabarakallah.

Bukan bermakna mereka tidak bersama ahli yang lain, bahkan mereka diajar terlatih beradab, berakhlak menghormati orang tua, saling melengkapi, redha dengan segala kekurangan yang ada dan tak pernah terdengar sebarang komen dan komplain jika ada yang tidak selesa. Bersyukur dengan apa yang ada, inilah akhlak orang Mukmin.
Keajaiban yang Allah izinkan berlaku sepanjang kami berada dalam laut dan sama-sama ber 'telematch' di pantai betapa mudahnya mendapat kerjasama menyiapkan binaan kukuh berpaksikan akidah. Kami bina masjid nabawi zaman awal Rasulullah berhijrah ke Madinah yang berpagarkan Iman. Mengeratkan ukhuwwah tiga generasi, baru kami saling mengenal antara satu sama lain.
Ibu sangat berkenan dengan anak-anak sahabat (pelajar Khassah) tidak pernah jemu membantu team memasak. Dua anak bujang mendarah daging dengan amal soleh sedangkan anak bujang lain sedang larut dibuai mimpi dengan gajet dan berendam di dalam laut. Dari pagi hingga larut malam asyik membersihkan bahan untuk memasak, pinggan mangkuk dan menghidang. Sampai hari terakhir dia sempat cuci kereta ibu yang terkena percikan cucian pinggan mangkuk. Parking kereta sebelah tempat mencuci. Mereka tidak kenal erti penat. Masya Allah memng susah nak dapat pemuda soleh dan musleh seperti ini di zaman siber ini. Jika ada anak dara lagi, ingin juga booking nak jadikan menantu.
Kami masak sendiri, keberkatan air tangan ustaz-ustaz yang memasak. Kaum ibu hanya bantu siapkan bahan, yang lain diuruskan oleh kaum lelaki. Memang sukar nak jumpa organisasi yang berukhuwwah mantap dengan akidah tauhid berpaksikan proses tarbiyah Rasulullah sallallahu alahi wassalam. Tahniah kepada semua team dan urusetia yang mantap ini. Jika tidak silap mereka semua adalah bekas anak-anak Khassah tahun 1990an. Semoga tahun hadapan kita dapat teruskan program penuh berkah ini, Insya Allah.

OTW ke utara
Transit di Hotel K Garden
Parit Buntar, Perak
Comments
Post a Comment