Dhuyufur Rahman...Doakan kami semua diampuni segala dosa
9 Zulhijjah 1442 Hijrah
Segala puji-pujian hanya milik Allah Rabb Yang Menguasai segala isi langit dan bumi.
Selawat dan salam ditujukan khusus kepada Murabbi agung iaitu junjungan Rasulullah Sallallahu alaihi wassalam, kaaum keluarga, para sahabat serta jiwa-jiwa yang ikhlas berubudiyyah hanya sanya kepada Allah SWT hinggalah ke hari Kiamat.
Musim Haji kini tidak ramai yang diberi peluang menjadi tetamu Allah, hanya sekitar 60 ribu orang sahaja di kalangan mereka yang bermustautin di Tanah Arab, termasuk 200 rakyat Malaysia yang berada di sana. Ada peningkatan berbanding tahun lepas hanya 1,000 jemaah Haji. Memang sedih dan sebak rasa mengenangkan ujian Covid-19. Ramai calon jemaah belum kesampaian menunaikan Haji. Semoga allah kurniakan kesabaran dan keredhaan dalam jiwa mereka menanti keadaan dunia pulih dari serangan Covid-19. SOP ketat untuk mengelakkan gejala di kalangan jemaah terpilih,salah satu suntikan Vaksin Sinovac diwajibkan ke atas jemaah haji.
Dalam ujian jasad 'terpenjara' di rumah masing-masing, seharusnya kita bersyukur pasti ada hikmah-Nya yang tersirat.Kita masih boleh berhubung melalui media sosial. melihat dunia melalui internet, dunia tanpa sempadan. Bersyukur, waktu ini kita beruzlah, menyepi diri untuk bertaqqarub kepada Allah SWT dan masih boleh mencari dan membantuk taman-taman syurga di rumah melalui 'google meet' ataupun 'Zoom'. Subhanallah, Allah hantar ujian dengan solusi yang hebat sekali. Masha Allah, Tabarakallah
Alhamdulillah, ibu amat bersyukur dan berterima kasih kepada ayah Mubarak keraan sempat dua kali kami dapat menunaikan Haji bersama. Kali pertama pada tahun 1998 guna pasport merah. Kami, ditawarkan menginap lantai ke-3 rumah Syeikh Muslim dan isterinya Muna. Ya Allah, baiknya mereka melayan kami sebagai tetamunya. Pemergian kami merupakan satu kejutan, tidak sangka menjadi dhuyufurahman di usia 36 tahun. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
![]() |
Gambar diambil oleh cucu puteri yang solehah berusia 3 tahun@ Amani |
Ibu tidak lupa, malam sebelum kami bergerak ke Arafah, Allah bagi .rasa ajal amat dekat.
Pada malam itu ibu menulis wasiat... menitis air mata. Terkenang anak ibu dan sepupu-pupunya di Batu Pahat dijaga oleh sahibah solehah ukhti Noraini Isnin dan dan suaminya sahabat soleh Akhi Nasir. Ya Allah permudahkan mereka berdua Haji menunaikan Haji secepat mungkin. Kurniakan mereka kesabaran menunggu Covid-19 lega
Haji kali kedua pergi ikut pakej Tabung Haji pada tahun 2008. Ketika ini agak teruji sedikit jiwa ini dengan peristiwa-peristiwa yang agak menyedihkan. Syukur ada sahibah solehah bernama Sarena Salleh dan suaminya dari Simpang Renggam ikut sekali bersama kami. Keseronokan haji ketika ini apabila sering bertemu sahabat dan sahibah di bumbung Masjidil Haram. Taman Syurga yang menenangkan jiwa. Setiap perasaan ada rawatannya, iaitu dengan ilmu merujuk Al-Qur'an dan Sunnah. Taman Syurga telah sebati dengan kehidupan kami sejak mengenal Madrasah Rasulullah SAW dan penglibatan dengan dakwah dan tarbiyah secara istiqomah sejak sebelum masuk USM dan UM lagi.
Alhamdulillah, ibu amat berterima kasih kepada bekas suami yang soleh lagi musleh. Jazakallahu khyran kathira. Segala amal solehmu mendidik kami berdua dan juga anak-anak saudara bakal membawamu ke syurga kelak. Insha Allah.
Alhamdulillah apabila istiqomah berada di dalam jamaah dan melalui proses tarbiyah berterusan tanpa henti, Allah angkat segala perasaan negatif, mungkin berkat doa suami, semua sahabat/sahibah dan semua anak menantu dan cucu solehnya sekarang. Ibu sentiasa diingatkan teruskan taman-taman syurga secara online, mudah-mudahan akan membantu menjana keikhlasan bekerja untuk Deen Allah SWT hingga akhir hayat.
Tiga hari lalu ibu ditegur oleh suami agar meng'ikhlaskan niat'. Alhamdulillah, ujian yang ibu hadapi ini jika 'ibu yang tanpa proses tarbiyah' rasanya mungkin sudah lama ibu lari. Ibu tidak lafazkan depan suami kerana sangat menghormatinya sebagai seorang murabbi walaupun kurang upaya dalam serba serbi. Dalam tempoh 7 tahun, ini kali pertama suami tegur, awal bulan Zulhijjah pulak tu. Pasti ini ilham dari Allah taanda Allah sayang.
Ibu muhasabah diri, kenapa bila kita share bahan tarbiyah tentang ikhlaskan niat kerana Allah dengan hampir semua group halaqah, rupa-rupanya ada juga menyelinap niat tidak ikhlas merosakkan amal. Rupa-rupanya waktu pagi sebelum ditegur ibu terlupa baca doa surah Al Mukminun ayat 97 dan 98.
وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ
وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ
Dan katakanlah: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.
Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku".
Sebelum tu, doa ini menjadi zikir harian selepas waktu Isra'. Mulai ditegur, zikir dan doa ini perlu djadikan darah daging. Semoga Allah sentiasa ingatkan kita semua refresh doa ini setiap kali rasa tidak selesa akibat gangguan. Baharu perasan, ibadah bulan Ramadhan lebih tenang sebab syaitan diikat. Hebatnya 10 awal Zulhijjah, kita beramal soleh dalam masa yang sama bermujahadah melawan syaitan. Hidup ini adalah perjuangan mendekatkan diri dengan Allah SWT (Taqqarub illallah)
Alhamdulillah, ibu bersyukur sangat kerana semua anak menantu dan cucu-cucu amat memahami fokus ibu menyantuni suami sahaja. Tak perlu fikirkan tentang urusan lain kecuali input taman-taman syurga yang menghiburkan dan merawat jiwa ibu.Diam bukan bermakna tidak suka. Kini ibu banyak diam kerana merawat jiwa yang sering lemah dan letih tidak bermaya. Mungkin peringkat umur memasuki fasa kurang upaya. Tak larat nak buat serba serbi lagi dah.
Yang penting jangan ada rasa hasad dengki kerana itulah yang akan merosakkan keikhlasan kita kelak. Pertolongan Allah amat dekat jika kita sentiasa ada niat untuk menolong Deen-Nya. Rujuk surah Muhammad ayat 7
Wahai DhuyurfurRahman, doakan kami agar diampuni segala dosa.
Sama-samalah kita berdoa semoga Allah ampuni segala dosa-dosa kita. Doakan juga semua umat Islam diampuni segala dosa. Kemungkinan ada dosa-dosa kita yang belum diampuni menyebabkan Covid-19 masih segar bugar menyerang agar kita segera bertaubat kepada Allah. Hikmahnya Covid-19 masih gagah agar kita sentiasa ikhlas belajar cara untuk kembali ke Rahmatullah
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.” (Surah Ibrahim:41)
رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارً
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.”(Surah Nuh :28)
.
Comments
Post a Comment