SLOT: NORMA BAHARU DAN PENGURURUSAN EMOSI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah 
Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah berkat doa semua  kami tidak kesepian berhari raya ditemani oleh anak menantu dan cucu-cucu yang soleh dan solehah. Takdir Allah sentiasa indah dan tidak pernah  salah. Syukur daging korban 3 beranak dimanfaatkan buat dengdeng oleh ustaz Basyir dan diposkan kepada adik beradik yang jauh di  perantauan. Jazakumullahukhyran kayhira Basyir dan Aida banyak permudahkan urusan ibu. Alhamdulillah



 

Perkongsian daripada Teacher Ibu Norlida Md.Top

Kaunselor berdaftar KB000871 & PA000600 Lembaga Kaunselor Malaysia

 Asalamualaikum, ànak-anak yang dirahmati Allah

Segala puji-pujian bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang memberi kita peluang bertemu di alam Maya... sebelum di alam barzakh dan alam akhirat.

Selawat dan Salam ditujukan khusus untuk murabbi Agung, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam, kaum keluarga baginda, para sahabat, para tabieen, para salafus soleh, ulamak-ulamak muktabar serta jiwa-jiwa yang sentiasa ikhlas berubudiyyah hanya sanya untuk Allah hingga hari kiamat.

Sebenarnya ana merasa lemah ketika menerima tajuk ‘norma baharu’ yang hendak dikaitkan dengan pengurusan emosi, khususnya bagaimana cara menyikapi dan mempraktikkan dalam realiti yang mengerikan. Ana ingin meminjam kata-kata syeikh Mustafa Mahsyur;

Perkara yang mustahak di sini bukanlah pengalaman, percubaan dan pengetahuan tetapi yang pertama sekali ianya bergantung kepada kurniaan dan kelebihan daripada Yang Maha Memberi Dan Maha Menganugerah.

Rujuk surah Ali Imran ayat 74

"Allah menentukan pemberian rahmat Nya itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan ingatlah Allah mempunyai limpah kurnia yang besar."

Allah SWT adalah sumber segala kebaikan... jika dihalusi kita akan mendapati perkara pertama adalah kembali kepada keadaan seseorang hamba di hadapan Rabb-Nya. Ia bermohon kepada Allah SWT agar ia mendapat pemberian daripada-Nya. Maka Allah SWT melihat kepada ketundukan qalbunya, kekhusyukannya, kerendahan dirinya, penyerahan dirinya, ketakutan, pengharapan dirinya dan ketamakan dirinya kepada Allah SWT. Inilah perkara asas sebelum kita manfaat segala wasilah dan sebab musabah.

Dari sini ana merasa diri ini  terlalu kerdil kerana masih bànyak kekurangan hingga terkadang datang rasa takut hendak membimbing orang lain berkaitan tajuk ini sedangkan ana bukanlah orang yang selayaknya. Doakan lisan ana sentiasa terbimbing dan dipermudahkan oleh Allah SWT dalam perkongsian ini.

Tajuk diberi :  "Norma Baharu dan Pengurusan Emosi"

1.    Bagaimana cara untuk mengurus emosi di dalam keadaan pandemik yg merisaukan dan tekanan kehidupan yang menghimpit

 Norma baharu pendemic Covid-19 adalah  fenomena global  mungkin  bersifat sementara selagi mana virus ini masih berkhidmat menguji penduduk seluruh  dunia dengan izin Allah SWT.

Sesungguhnya  apa yang berlaku ini bukanlah  kehendak kita atau penduduk seluruh dunia, namun ia adalah suratan takdir. Pasti ada hikmahnya di sebaliknya ujian Covid-19. Insha'Allah kita fikirkan yang baik-baik.

Suratan takdir ini mengandungi ujian-ujian dan tribulasi ( dugaan dan cabaran). Allah hendak uji cara kira menyikapi dan mendepaninya

Ujian ada dua bentuk

i.                   Ujian keburukan ( Balaun  sayyiah@ بلأ سيءة )

ii.                 Ujian Kebaikan   ( balaun hasanah@ بلأ حسنة )

Lazimnya  kelihatan ujian keburukan (balaun sayyiah) seperti Tsunami, pendemic Covid-19  lebih berat daripada ujian kebaikan (balaun hasanah) kerana ujian  keburukan  menguji  kesabaran. Hakikat sebenarnya, ujian yang paling susah nak lulus adalah ujian berupa kebaikan. Ujian  kebaikan   menguji kesyukuran

Yang membuat orang banyak menyimpang dan muflis bukan kerana ujian keburukan seperti musibah Covid-19 tetapi sebenaarnya adalah ujian kebaikan berupa impian mengejar dunia seperti kekayaan, pangkat,jawatan dan prestasi menakjubkan.

Sudah terlalu banyak contoh dalam masyarakat kita, di mana musibah memacu hala tuju mangsa  meraih prestasi yang hebat. (Susah dahulu, senang kemudian)

 Sebaliknya, kemewahan dan  hidup yang serba serbi cukup  menyebabkan ramai menjadi ‘lupa diri’ dan mengelincirkan mereka ke lembah kehinaan bahkan malapetaka (azab di dunia dan akhirat). (Senang dahulu, susah kemudian)

Jika mereka  ditimpa kemalangan, penderitaan, atau musibah, yang pertama dicari dan diseru adalah Allah, Rabb sekelian alam, baharu terasa  hanya Allah segala-galanya bagi dirinya. Mereka pasrahkan diri sepenuhnya hanya kepada Tuhannya. Ibadah pun terasa lebih tenang, syahdu dan khusyuk. Ini di antara hikmahnya hadirnya Covid-19

Sebaliknya jika seseorang diuji dengan kemewahan dan nikmat kehidupan, Allah dipinggirkan kerana  banyak sekali  manusia yang dikejar. Pengurus Bank, pembeli@pelanggan,pembekal dll, yang mungkin tidak halal bagi dirinya yang selalu dihubungi. Allah Al Razaq (Pemberi Rezeki) tidak pernah dipanggil. Akibatnya, lupa diri dan hilang kawalan.

Cara urus emosi dalam tekanan pendemik:

Dalam perjalanan jauh kita sebgai musafir di dunia ini hingga hujung hayat sampailah ke akhirat, kita perlu mengenalpasti dan memahami  dua bentuk ujian ini. Jika balaun sayyiah mendera kita, sikapi dengan tenang dan hadapi dengan kesabaran (al-shabr).

Dari Shuhaib, ia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ

“Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Seluruhnya urusannya itu baik. Ini tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka ia bersyukur. Itu baik baginya. Jika mendapatkan kesusahan, maka ia bersabar. Itu pun baik baginya.” (HR. Muslim, no. 2999)

Jika ujian kebaikan mendatangi kita, hadapilah dengan kesyukuran (al-syukr). Al-Shabr dan al-syukr bagaikan dua sayap kehidupan yang perlu diseimbangkan. Jangan hanya pandai bersabar terhadap musibah, tetapi tidak pandai bersyukur terhadap kenikmatan hidup atau jangan hanya pandai bersyukur, tetapi tidak  mampu untuk bersabar.

وَ لَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَ الْجُوْعِ وَ نَقْصٍ مِّنَ الْأَمَوَالِ وَ الْأنْفُسِ وَ الثَّمَرَاتِ وَ بَشِّرِ الصَّابِرِيْنَ

(155) Dan sesungguhnya akan Kami beri kamu percobaan dengan se­suatu dari ketakutan dan kelaparan dan kekurangan dari harta­ benda dan jiwa-jiwa dan buah buahan; dan berilah khabar yang menyukakan kepada orang yang sabar.

Surah Al Baqarah ayat 155

Allah akan uji orang beriman dengan ketakutan, lapar, rasa sedikit... sampaikan berita gembira untuk orang yang sabar.

Istiqomah  dengan sabar 1st class. Sabar mentaati Allah dalam apa suasana sekalipun.

Sabar 2nd class – Sabar menjauhi maksiat

Sabar 3rd class – Sabar menghadapi musibah

Dunia ini medan ujian (dewan peperikaaan). Allah uji kita bagaimana cara untuk menjawab persoalan Dan memilih takdir yang lebih baik. Balik kepada niat kita sebagai hamba Allah( berubudiyyah) Dan khalifah  Allah (bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan sebagai asatizah alam)

Cara kita kecilkan isu ini dengan patuhi SOP tanpa mengurangkan peranan kita dengan tugas utama iaitu dakwah dan tarbiyah. Kita perlu berbeza dengan masyarakat biasa. Besarkan Allah. Allahu Akbar.

Jangan kita tergolong dalam golongan menambah masalah. Jadilah ‘trouble shooter'. Oleh itu bersemangatlah!

Betulkan fokus heart set & mind set kita bahawa Ujian ini bukan beban, tetapi cabaran. “ Kerana Allah akan kuharungi ujian ini dengan syukur dan sabar”

Jangan mudah berputus asa. Sentiasa suburkan hubungan dengan Allah ketika susah dan senang. Online dengan Allah setiap detik, ketika walau di mana kita berada.  Sudah kayapun jangan putus hubungan dengan Allah.

Setelah ada kesukaran ada pasti ada kesenangan

Mesti ikhtiar, usaha itu wajib hasilnya terpulang

Macam  kita belajar, kita mesti berusaha…hasil@natijahnya serah kepada Allah

Banyak doa bukan hanya untuk diri, juga untuk lain dan istighfar juga untuk orang lain.

 

2.    Bagaimanakah cara untuk menguraikan tekanan yang dihadapi dengan cara praktikal

Istiqomah  dengan 10 Muwasafat Tarbiyyah

 

Kita perlu memperbaiki diri agar sentiasa  terserlah bagai permata di tengah padang pasir. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul jugaJika tak dapat sempurnakan semua, jangan tinggalkan semua.

Sifat-sifat yang perlu ada agar tidak mudah stress:

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

· Kita perlukan badan yang sihat. Mencegah lebih baik dari merawat.

Diet, pilih makanan yang tidak memudharatkan kesihatan hindari 7 putih ( beras, gula,tepung,....) Utk sihat beribadah

Riadhah secukupnya, Bila sakit, kita bertambah stress. Bila bersendiri semakin buntu Dan murung.

 Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.

· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.

· Pesanan al-Banna:

· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3. Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.

· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.

· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi. Bànyak membaca buku fikrah share dengan orang lain, taddabur  Qur'an, fahami apa yang Allah kehendaki..

Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, menguasai kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

 

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

· Walaupun kaya, perlu bekerja.

· Tidak mengharap jawatan dalam kerajaan/resmi.

· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.

· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

· Menjauhi riba dalam semua lapangan.

· Menyimpan untuk waktu kesempitan.

· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.

· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam terutama  Zionis

 

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.

· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.

· Menjaga kesucian hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

 

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

· Perlu melakukan ibadat yang mengukuhkan roh dan jiwanya.

· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.

· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

 

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.

· awalnya  mungkin perit dan sukar  bagi mereka tidak biasa dengan kesusahan tetapi bila sudah biasa rasa seronok dan puas.

 

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

·Waktu lepas Subuh paling berkah, Allah buka pinyu rezeki

 Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

 

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan. Amalkan rutin  keseharian kehidupan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Mutabaah amal kita, sejauhmana kita tingkatkan kualitinya?

Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

 

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

· Kalian umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain. Sibukkan diri dengan kerja Islam, menolong Deen Allah. Istiqomah dengan usrah, cari mad’u

Kalian adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada kalian.

· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

· Kalian merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

 

3- Mengenal pasti bentuk-bentuk  emosi positif

Bentuk emosi lahir  dari  3 bentuk Qalbu

i.                   Qalbun Salim (jiwa sejahtera)        

 ~ Jiwa yang bersih melahirkan emosi  yang stabil

Marah, sedih, gembira, takut sentiasa  terkawal dan sesuai pada masanya dan mendatangkan  ganjaran  pahala jika niat ikhlas  kerana Allah. Cinta  kepada Allah dan rasul cinta  dan benci hanya kepada  apa yang Allah dan Rasul-Nya  benci.

Bagaimana  mereka  yang memiliki  qalbun salim mendepani  Covid-19?

 

Pemandunya  adalah Iman yang sentiasa bersangka baik kepada  Allah SWT. Sentiasa tenang kerana  yakin setiap apa yang berlaku itu adalah takdir  Allah. Serah kepada  Allah mengurusnya dengan sebaik-baiknya.

 

Soal rezeki, jodoh  dan ajal sudah Allah tentukan. Usah kita  bimbang

Yakin  sepenuhnya (100%) Rukun Iman yang ke-6

 

Tugas kita adalah  berubudiyyah, memperhambakan diri kepada Allah

Era Covid-19 adalah sebaik-baik  peluang untuk kita ‘Maryam’kan diri masing-masing

Latih diri  menjadi pengabdi yang taat,  ada mihrab  untuk beribadah. Rezeki  datang mencurah-curah bahkan  dikurniakan   anak soleh (nabi Isa) tanpa  suami

 

Ulang baca surah Al Ghafir  ayat 44

 

 

ii.                Qalbun Maridh (Jiwa berpenyakit) 

~Diragui keikhlasannya .Perlu latihan  dan ditarbiyah lagi  hingga hujung nyawa  agar mendapat  qalbun salim. Marah  berlebihan ikut  hawa nafsu, menangis sedih  tidak  terkawal, membenci melampau-lampau. Melayan  kehendak  hawa nafsu

Ada masa  rasional, banyak masa  tidak rasional kerana  dikuasai  oleh hawa nafsu. Imannya lemah..

Ketika  Iman memandu kehidupannya ~ Emosinya  stabil kerana penyerahan hatinya  total  kepada Allah

Ketika   hawa nafsu memandunya emosinya tidak  stabil

~ masih ada reserve untuk tangani sendiri masalahnya, rasa diri hebat, tiada penyerahan  secara total kepada Allah

 

iii.              Qalbun Mayyit (Jiwa mati)

Mereka  yang tidak  beriman kepada  Allah SWT ingin kuasai dan tangani sendiri segala masalah

Langsung  tiada  penyerahan kepada Allah

Segala  amalannya sia-sia  di sisi Allah SWT.

 

4. Derita dalam senyap: adakah emosi itu perlu diluah atau disimpan dan diurus sendiri?

 

Boleh urus sendiri seperti yang dilalui oleh bonda Maryam (ketika nak melahirkan Nabi Isa)

فَاَجَاۤءَهَا الْمَخَاضُ اِلٰى جِذْعِ النَّخْلَةِۚ قَالَتْ يٰلَيْتَنِيْ مِتُّ قَبْلَ هٰذَا وَكُنْتُ نَسْيًا مَّنْسِيًّا

23. Kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia (Maryam) berkata, “Wahai, betapa (baiknya) aku mati sebelum ini, dan aku menjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan.”

~ Bonda Maryam tidak pernah diganggu oleh syaitan berkat  doa ibunya( isteri Ali Imran) ~ rujuk surah Ali-Imran :36

Kita perlu berdoa  banteng diri dari gangguan syaitan. Rujuk  surah Al Mukminun ayat 97-98

وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ

وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ


Dan katakanlah: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan.

Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku".



Kalau nak mengeluh, mengadu sebaik-baiknya  semasa  sujud…Baca doa Nabi Yunus.

Jangan mengungkit-ungkit kerana akan mengundang syaitan mengelirukan lagi  emosi menjadi bertambah derita.

Bonda Maryam urus sendiri dengan qalbun salim.

Kita juga boleh ikut jejaknya dengan  banyak istighfar, selawat, zikrullah, baca Quran. Diam juga tarbiyah tapi diam berisi zikrullah.

Jika rasa qalbu masih tidak sihat (Qalbun Maridh) memang perlu luahkan kepada orang yang dipercayai  dan diyakini menjaga rahsia dan  sentiasa menutup aib (tidak mudah melabel negative)

Sebab itu pentingnya hidup berjemaah, ada berkah

Boleh cerita kepada mas’ulah, sahibah yang sama-sama faham

Lahir dari satu Akidah, satu fikrah melahirkan wahdatul amal. Boleh bincang dalam Halaqah mencari solusi terbaik.

Digalakkan jumpa Kaunselor atau ustazah sefikrah ( etika kerahsiaan diutamakan)

Boleh share, tak perlu besarkan dlm FB, Instagram dll media sosial

Niat meluahkan atau share utk kecilkan masalah bukan besarkan masalah

Biasanya jika ada tarbiyah kita tak derita. Derita diundang apabila tak faham tarbiyah dan fikrah kita.

 

5- Mengurus emosi dan jiwa muda seperti yang Islam gariskan

Islam gariskan kita wajib pelihara  5 Maqasid syari’yah

 

i. Deen 

ii.jiwa/ nyawa,

iii.akal,

iv. Harta

v. Keturunan, maruah@kehormatan

 

i. Deen

Fahami dengan mendalam tentang Islam sebagai satu-satunya cara hidup yang Allah redhai. Kita semua berkewajipan menolong Deen Allah ( rujuk surah Muhammad ayat 7) mohon ibu bapa dan pensyarah doakan kita selalu Allahumma Faqeehu Fideen, wa alimhu taqwil..

Perlu kenal Islam dan kenal Jahiliyah

ii. Jiwa ~ Perlukan vaksin  makrifatullah. Kukuhkan akidah. Kenal Allah, kenal diri

Mujahadah melawan nafsu dan bisikan syaitan perlu sepanjang masa. Sentiasa online dengan Allah agar jiwa sentiasa tenang.

Tabiat jiwa muda hendak natijah segera tanpa proses membina kesabaran. Apabila hendak hasil yang cepat proses tarbiyah diabaikan. Hawa nafsu memandu kehidupan.

‘panas baran’ perlu ditangani segera kerana melambatkan kematangan. Ingat pesan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam”Jangan marah…”

Cara tangani :

Berwudhu, solat, baca Qur'an, istighfar dan bànyak Diam

 

iii. Akal.

Semarakkan budaya Iqra’. Bànyak membaca, mengkaji  Taddabur Quran dan taddabur  alam.

Fikirkan apakah sumbangan kita untuk Islam?

Seronok meneruskan pengajian dengan results terbaik di samping aktif dalam dakwah dan tarbiyah.

Cari iKon dalam Al Qur'an, Hadis dan seerah

Kisah Nabi Yusuf bànyak mendidik anak muda hadapi ujian demi ujian dengan syukur dan sabar;

اِنَّ رَبِّيْ لَطِيْفٌ لِّمَا يَشَاۤءُ ۗاِنَّهٗ هُوَ الْعَلِيْمُ الْحَكِيْمُ

Sungguh, Tuhanku Maha lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Yang Maha Mengetahui, Mahabijaksana.

(surah Yusuf:100)

 

Cuba jadi yang terbaik seperti Abdullah Ibn Abbas, diusia muda sudah boleh pentafsir Quran yang unggul di dunia, umur 15 tahun sudah dimuliakan dalam team musyawarah khalifah Saidina Umar Al Khattab.

‘Maryam’ kan diri kita menjadi pengabdi yang taat, rezeki berkah pasti menyusulmu..

Saidatina  Aishah ra. ~ Hadist sanad yang dimiliki Aisyah adalah 2,210 hadist. Bukhari dan Muslim menyepakati hadis dari Aisyah sebanyak 174 hadis. Bukhari saja meriwayatkan dari Aisyah sebanyak 54 hadis. Dan Muslim saja yang meriwayatkan dari Aisyah sebanyak 67 hadis.

 

iv. Harta

Anak muda letakkan harta yang terlalu penting dalam kehidupan, Nombor 1, melebihi kecintaan terhadap Allah. Terikut-ikut trend semasa, berbelanja lebih dari kemampuan. Akhirnya hutang keliling pinggang, mengundang stress kerana tidak mampu membayar.

Jika masalah kewangan menjadi punca masalah, belajarlah business  kecil-kecilan secara online. 9/10 Rezeki dari business. Latih diri jadi usahawanita berjaya seperti Saidatina Khadijah ra.

Cari mentor yang boleh bimbing

v. Menjaga keturunan

Jika sudah ada calon suami, segerakan pernikahan. Musim covid ni jimat belanja. Bercinta selepas nikah, sangat berkah. Rezeki sudah Allah tetapkan, jemput dengan keikhlasan ubudiyyah kita.

Niat nikah untuk Sakinah mawwadah warahmah agar lebih kuat mewarisi risalah Dakwah menyambung  tugas para Rasul.

Isi masa belajar kemahiran kaunseling, parenting skill agar dapat menjadi guru pertama anak-anak di rumah. Bina taman-taman syurga di rumah (usrah)

Jika datang risikan atau peminangan orang soleh walaupun sudah berumur, tanya iman dulu. Jangan tanya hawa nafsu.

Lahirkan keturunan orang soleh.Allah pelihara

Manfaat masa muda, sebelum tua untuk buat persiapan rapi menyambung risalah Dakwah dan tarbiyah.semoga hidupmu berkah melimpah ruah. Aamiin Ya Rabbal Alamin

 

Penutup

Islam itu bermula dari dagang dan akan kembali menjadi dagang. Beruntunglah mereka yang menghayati Islam dalam keadaan dagang (maksud Hadis). Norma baharu yang Islam perkenalkan oleh Rasulullah  sejak lebih 1450 tahun lalu tidak pernah usang (tidak lekang dek panas,tidak lapuk dek hujan) Sentiasa ‘evergreen’  dan amat perlu diketegahkan dalam masyarakat khususnya di era Covid-19.

Sedaya upaya sama-sama kita cuba memahami visi , misi dan 6 Nilai Teras Haluan menjadi ‘big picture’ mematangkan hala tuju kalian mendapatkan keredhaan Allah dan kita  masuk syurga  secara berjemaah. Insha Allah.

Visi Haluan: Menjadi Khairu Ummah yang menghayati Islam secara menyeluruh.

Misi Haluan: Dakwah merubah masyarakat, Tarbiyah Melahirkan pemimpin.

Jadikan 6 nilai teras tersebut mendarah daging dalam kehidupan kita.(Boleh tonton youtube Presiden Haluan Dr Abdullah Sudin Bin Abd Rahman)

1.Iman  dan taqwa

2. Ikhlas

3. Ukhuwwah  dan Mahabbah

4. Amal Jamai’ie

5. Pengorbanan

6. Istiqomah wa Istimrariyah fi hamasah fi jiddiyah wa fi jundiyyah

Sekian perkongsian dari saya. Yang  haq dari Allah SWT dan  banyak kelemahan  dari  diri yang masih perlukan tarbiyah berterusan. Insha Allah

Maaf zahir  bathin.

Wabillahi Taufiq  Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil