Posts

Surat Cinta Dari Allah

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Sesungguhnya Kami telah menurunkan al Quran pada malam  qadar. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin  Tuhannya untuk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar ( Surah al Qadr:1-5) Amalkan berulang kali doa yang nabi saw ajar kepada isteri dan para sahabat khususnya  setiap malam akhir Ramadhan; "Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, sangat suka memaafkan, maka maafkanlah kami" Surat cinta dari Allah ini ditujukan kepada mereka yang sentiasa  ingin meningkatkan keimanan dan ketaqwaannya merebut bonus 10 akhir Ramadhan. Semoga setiap mereka yang berusaha menghidupkan qiamulail sepanjang malam akan di angkat darjat dengan izin Allah swt layak dianugerahkan  syahadah sebagai 'Graduan Taqwa'. Mencintai dan dicintai..Meredhai dan diredhai.. ...

AL MUMTAHANAH ~ WANITA YANG DIUJI

Image
Surah 60   –   AL MUMTAHANAH WANITA  YANG DIUJI : 13 AYAT : MADANIYYAH بسم الله الرحمن الرحيم 1 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-KU dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang. Padahal sesungguhnya mereka telah engkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-KU dan mencari keredhaan-KU (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.   2 Jika mereka menangkap kamu, niscaya mereka bertindak sebagai musuh ba...

'Kisah Ghulam' Berulang Di Mesir?

Image
Sejak berlaku rampasan kuasa di Mesir, sering teringat kisah Ghulam yang pernah ibu baca lebih sepuluh tahun lalu... Lintasan kisah itu ingin ibu kaitkan dengan jumlah syuhada yang terkorban pada 1 Ramadhan lalu.. Pada zaman Saidina Umar r.a. telah ditemui mayat Ghulam dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka. ALLAHU  AKBAR!  Ghulam yang kukuh akidahnya ini mati syahid dipanah oleh raja. Kisahnya terhimpun dalam sebuah hadis panjang, boleh baca dalam  http://dakwah.info/quran-hadis/hadis-ghulam-dakwah/ اللَّهُمَّ اكفنِيهمْ بمَا شئْت Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki. Inilah doa yang menjadi darah daging  Ghulam yang  tidak mahu sama sekali berkompromi dengan kebatilan. bahkan dia amat dimurkai oleh rajanya ketika itu kerana menyebut   "Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah.”  Bila raja itu tahu Ghulam ini  bertuhankan Allah, dica...

Awas, Istidraj

Image
Syukur , Alhamdulillah, 1 Julai 'SmarTop Kids' masih dapat bernafas dengan selesa walaupun terdapat suara yang menakutkan bahawa "ibu bapa akan keluarkan anak-anak jika yuran dinaikkan"  bagi menampung gaji guru-guru. Syukur... ibu bapa terpelajar amat memahami masalah kami.. yang tarik diri kerana ikut ibu bapa berpindah, bukan kerana  yuran dinaikkan.. Anak-anak di Taska semakin bertambah  dan akan bertambah lagi bulan hadapan..In Sha Allah. Datin  dan Datuk tidak runsingpun walaupun murabiyah bertukar ganti. Rupa-rupanya Allah hantar yang lebih jelas fikrah Islam. Ibu rasa amat selesa kerana  Allah swt permudahkan dengan kehadiran dua  ansor yang  berjiwa lembut dan menyayangi  anak-anak. Persediaan ini memudahkan kami untuk berkongsi ilmu  dan kemahiran  yang ada untuk mendidik ahli syurga.. Semoga jiwanya  lembut  selembut  wajahnya Allah izin ibu amat  tertarik  dengan anak kecil yang menangis hi...

Kearifan @ Hikmah oleh Presiden PKS~ Anis Matta

Image
Sejak pulang dari Jakarta - Belitong pada 10-15hb  Mei lalu, minat untuk mendengar  talk dan motivasi presiden PKS sentiasa berkobar-kobar. Ibu tertarik  dengan kebijaksanaan  pemimpin muda ini yang  cepat matang cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan PKS (Partai Keadilan Sejahtera)  dari konspirasi fitnah yang berusaha untuk menguburkan masa depan PKS dalam peta sejarah politik Indonesia. Di merata dunia, di mana ada Islam, di situlah Jahiliyah berkonspirasi untuk menghancurkannya. Konspirasi Fitnah oleh agen-agen syaitan  berlaku di mana-mana.. samada  dalam diri sendiri, dalam keluarga, dalam masyarakat apa lagi dalam negara... Saya berdoa agar para  syabab  Muslim di mana saja mereka berada sentiasa diselamatkan oleh Allah SWT daripada tawanan syaitan, semoga kita semua selamat teruskan perjuangan mendaulatkan Deen Islam di muka bumi. Suburkan cita-cita kita semua  untuk hidup mulia di sisi Allah atau mati syahid.. Sama-...

Kenalpasti Sumber Berita@ Cerita

Image
Dr Aidh Abdullah al Qarni dalam bukunya 'Di Hadapan Pintu-Pintu Wahyu' berpesan dan  mengingatkan agar kita sentiasa merujuk Al-Quran dan Hadis serta sebtiasa berhati-hati  dan  kenalpasti dahulu  sumber berita yang sampai mesti daripada  orang-orang  beriman.. Halaman 11 buku ini menjelaskan seorang Muslim pasti menerima ilmu pengetahuan serta kisah-kisah berdasarkan kitab suci yang diturunkan-Nya, yang tidak pernah terkena kebatilan. Peliharalah  Dirimu dari keracunan para munafik Oleh itu, bagaimana mungkin umat ini boleh menjadi baik jika merasa aman dan percaya begitu saja dengan setiap berita yang berasal dari sumber yang tidak dipercayai. Bagaimana mungkin umat ini boleh bangkit jika menerima begitu saja setiap berita yang berhiaskan kebusukan dan menjadikan keuntungan kebendaan (material) sebagai tujuannya. Bagaimana mungkin kaum muslim mudah mempercayai berita dan kisah-kisah yang dibawa oleh mereka yang mengingkari k...

"Mendidik Hati Agar Mengenal Rabbnya" , Teh Ninih

Image