Posts

Tak Mahu Kahwin...?

Image
Sebaik sahaja selesai program perkongsian dengan dua Murabiyyah bersama  haluansiswi yang bertamrin malam tadi, ada sesi soal jawab. Tergelitik sedikit jiwa ini apabila ada soalan : "Ibu, boleh tak kalau kami tak mahu kahwin sebab takut dimadu"? Sisa waktu  yang ada amat singkat bagi ibu menjawabnya. Semoga Allah beri kelapangan anak-anak membaca post ini.  Insya Allah. Anak-anak yang dikasihi semua, soal rezeki, jodoh dan ajal  sudah  Allah aturkan sejak kita  di Luh Mahfuz lagi. Apalah dayanya  kita hendak atur apa yang sudah Allah aturkan... tanggungjawab  kita hanya  buat persiapan serapi-rapinya memantapkan  aqidah tauhid  agar iman kita tidak bergoncang walau diuji sekuat mana sekalipun... Berdasarkan pengalaman, peringkat  awal, memanglah amat pedih hidup bermadu jika kita ikut apa yang kita  mahu. Kepedihan itu akan padam dengan sendirinya apabila  kita kuatkan tekad hanya harapkan redha  Allah. Sesun...

Untold Story "Buya HAMKA di Mata Sang Anak" - Buya Afif Hamka (Putra Buy...

Image
Subhanallah, inilah Takdir Allah yang sentiasa  INDAH  dan tidak pernah SALAH

(قرة اعين) Qurrata A'yun

Image
Subhanallah  Allah izin dapat  input dari HQ di mana  Murabbi  kami  ingatkan  agar  'maintain' kemenangan anugerah Allah SWT  dengan perbanyakkan  bertasbeh, bertakbir dan bertahlil memuji Allah SWT di atas  kurniaan-Nya. Sedangkan seluruh isi langit  dan bumi  bertasbeh  memuji Allah dengan tunduk  dan patuh, apa lagi kita  manusia yang Allah kurniakan  akal. Hakikatnya  untuk inilah kita  dihidupkan di muka bumi ini agar  sentiasa  mengabdikan diri  hanya sanya kepada Allah SWT setiap  masa walau di manapun kita berada. Tahniah  kepada  semua 'think thank'  pusat dan negeri  yang bertungkus lumus  menjayakan RJPJ hingga terhasil  plan tindakan  yang strategik. Memang  bahagia rasanya, doa demi doa, usaha demi usaha  Allah jayakan. Alhamdulillah. Bukan bilangan yang ramai  kita harapkan,  biar sedikit tetapi  berkual...

Sketsa 1 Muharam 1438 Hijrah

Image
Rasa  bahagia  amat dapat bersama  menantu dan cucu-cucu ketiika anak ibu ikuti program Mukhayyam di Pulau Sibu. Nostalgia Mukhayyam   yang penuh inspirasi perbaharui  iman dan  ukhuwwah amat dirasai apabila  mereka berkongsi  pengalaman. Tanpa 'abi'nya, cucu-cucu pula dengan program tersendiri  di malam 1 Muharam  berselawat  sambil memukul kompang yang baru diperolehinya dengan penuh semangat. Subhanallah rasa kagum sangat dengan semangat  cucu yang masih belum berusia dua  tahun sudah matang, sematang  abangnya. Suara 'komandan'nya terdengar  hingga  di ruang tamu walaupun  bernasyid di ruang dapur...  Selawat dan mengulang-ulang "Medina, medina, medinatun Nabi..."  Allah izin siang kami diisi dengan program majlis ilmu 'Mendidik Anak ikut Teknik Rasulullah SAW' di Tadika Ghufran dan hari  berikutnya  menziarahi warga  emas, ibu bapa sahabat karib ibu di Kluang. Alhamduli...

Harapan Yang Tiada Akhirnya

Image
Masuk bab 8 novel kanak-kanak,  sudah 3 kali  ceritanya  ditolak. Waduh! apa yang tak kena ni..Endingnya  belum ketemu lagi untuk bab 9 dan 10. Bab 8 sudah 'hang' tak nampak jalan keluar. Kalau ikut rasa malas  memang nak ucapkan 'selamat tinggal'. Fikir punya fikir  nak panjangkan umur, agar kisah itu membangkitkan semangat jihad  ilmu di kalangan kanak-kanak akan datang, kena teruskan juga. Berilah mereka harapan...harapan yang tiada akhirnya  demi Islam. Subhanallah, bukan senang nak buat buku yang ada kualiti, diedit oleh editor berpengalaman 30 tahun dari Dewan Bahasa  dan Pustaka. Muhasabah punya muhasabah, rupa-rupanya  bab 8 beberapa kali  ditolak sebab tidak ikut rentak  jiwa kanak-kanak. Hu..hu.. hu...kanak-kanak berjiwa orang tua. Mudahnya memaafkan kezaliman orang lain..Kena  usaha  cari ruang dan peluang  duduk dengan kanak-kanak berumur 12 tahun baru tahu macam mana perasaannya, tak semudah itu ...

Hajji ~ Perhimpunan Kesatuan Roh Umat Islam

Image
Tahniah kepada semua  tetamu Allah musim Haji 1437. kami doakan semoga Allah kurniakan kalian Haji yang mabrur  dan doa yang makbul dan dipermudahkan segala urusan di Tanah Suci. Seharusnya para jemaah haji perlu memanfaatkan perhimpunan 3 juta umat Islam ini untuk menghasilkan Gerak Gempur Dakwah Sedunia. Dakwah adalah hadiah Allah SWT untuk orang beriman menjana kesatuan dan kekuatan umat Islam sedunia hingga digeruni oleh musuh-musuh Islam. Bagi pemimpin-pemimpin umat Islam, inilah peluang yang harus dimanfaatkan untuk mereka fikir, renung dan bincangkan kesatuan akidah ummat menjadi paksi kesatuan pemikiran dan kesatuan amal.  Kekuatan umat amat perlu dijana semasa perhimpunan agung ini. Insya Allah  semoga roh-roh yang baru menunaikan ibadah haji pulang ke tanah air masing-masing dengan kekuatan akidah yang jelas, berjiwa suci tanpa sebarang prasangka, memiliki pemikiran yang terfokus  harapkan redha Allah dan menjana  Ukhuwwahfillah  yang ti...

INSPIRASI HIJRAH

Image
Menjelang  bulan Zul hijjah sepatutnya  diketengahkan  tentang isu  Haji atau Korban. Peliknya ibu memilih  topik hijrah. Hijrah  yang dimaksudkan adalah  hijrah  qalbu, Qalbu itu adalah jantung yang menjadi Raja kerajaan dalam badan kita. Istilah mudah ialah jantung hati atau  hati nurani. Raja ini akan menjadi sihat dan sejahtera apabila bermula dari iman yang mencintai ilmu makrifatulah. Awal agama adalah mengenal Allah. Ilmu yang memberi kefahaman dan kesedaran hasil jiwa yang tunduk mengabdikan diri hanya sanya kepada Allah SWT.   Hijrah ini perlu sentiasa berterusan dan tiada hentinya melawan  dan tundukkan hawa nafsu. Hanya Iman yang mampu menundukkan hawa nafsu agar sentiasa  mentauhidkan Allah SWT sepanjang masa, ketika dan di mana sahaja kita berada. Jika inginkan hidayah untuk insan tersayang, mohonlah kepada Allah kerana DIA pemilik jiwa dan segala yang ada di langit dan bumi.. Berikut adalah insan yang ter...