Posts

Dr. Zakir Naik Latih Putera Puterinya Menjadi Pendakwah

Image
Alhamdulillah, tengah bersiap hendak beri ceramah 'Solat Tiang Agama' untuk anak-anak 10-15 tahun, tiba-tiba anak kembar di asrama call ajak outing. Haa, ikut ibu P ceramah...terus daftarkan kedua-duanya sebagai peserta kem solat di Kangar. Tersenyum puas kedua-duanya, sampai hajatnya hendak melihat  sekitar bandar Kangar, dapat ilmu lagi, makbul doakannya semoga Allah kurniakan mereka 'faqeehu fideen'... Ibu berpesan kepada semua peserta, semasa dengar ibu ceramah, masing-masing pasang niat untuk menjadi penceramah yang lebih baik ajak mereka yang ramai tak mahu solat di luar sana. Perbaiki solat masing-masing dan ajak orang lain. Alhamdulillahm dalam kenakalan mereka, Allah izin mereka fokus dan beri perhatian. Ada 5 petanda kesan solat cara Rasulullah ; 1. Confirm anak-anak akhirat jadi soleh dan solehah 2. Jiwa sentiasa tenang dan tenteram 3. Segala urusan sentiasa dipermudahkan 4. Doa mereka dua kali ganda mudah dimakbulkan fokus lintaskan hajat ketika ba...

Ya Allah lindungilah Kami Dari Fitnah Dajjal

Image

Agar Mata Rantai Tarbiyah Islamiyah Tidak Terputus

Image
Alhamdulillah, dengan izin Allah jua  ibu baru selesai edit yg  terakhir  setelah hampir  dua tahun mengandungkan intipati 'Kaunseling Rabbani.' Pelbagai cara Allah permudahkan  setelah meminta pandangan dua pakar kaunselor  dan dua pakar  psiaktri. Alhamdulillah banyak sudut  dapat  diperbaiki. Allah izin ibu dibantu dan dipermudahkan  mendapatkan kata aluan salah seorang daripada presiden NGO. Insya Allah buku ini milik ummah dan perlu digerakkan  dalam satu team yang mantap untuk mengaktifkan serta memperkasakan  Halaqah di setiap sudut dan ceruk penjuru masyarakat seluruh dunia. Hidupkan halaqah (ijaz rakaiz) merupakan mata rantai kita warisi  daripada Rasulullah SAW. Tanpa  halaqah maka akan terputuslah mata rantai tersebut dan kita mudah disambar oleh jahiliyah. Setelah mendapat respon dari pakar-pakar baru ibu tersedar  bahawa  kaunseling Rabbani  itu adalah Tarbiyyah Islamiyah itu sendi...

Nostalgia 12 Febuari?

Image
Nostalgia 12 Febuari perlu disedari  oleh semua  pendidik,  agar semua ahli keluarga sentiasa  mengambil berat apa yang telah berlaku pada 12 Febuari  68 tahun  yang lalu. Pada 12 Februari 1949 masyarakat Islam  kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam.Pemergiannya merupakan titik bertolak kebangkitan umat Islam kerana beliau telah dibunuh dengan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang bertopeng Raja Farok, pengusasa Mesir ketika itu. Dalam usia semuda ini, beliau telah mewariskan satu gerakan ( harakah ) yang bersambung mata rantainya dengan dakwah dan tarbiyyah Rasulullah SAW. Kepada  para ibu bapa muda, sediakanlah suasana untuk anak-anak seperti mana  ibu bapa Hassan Al bana berusaha menyediakannnya. Abaikan kemewahan hidup, utamakan majlis-majlis ilmu yang menjadi taman-taman syurga bagi jiwa anak-anak. Imam Hassan Al Banna lahir  pada Oktober 1906 di Al Mahmudiya ...

Jiwa Yang Dahagakan Ilmu

"Kak, boleh tolong ganti...Ustazah...ke Pulau Pinang kerana saudaranya kematian, tak dapat hadir beri tazkirah,.. depa harap sangat ada yang boleh isi kekosongan ini," rayu  Ustazah Aminah, jiran ibu yang amat ibu faham kesibukannya mengajar bahasa Arab di Matri di samping mendidik anak yang ramai tanpa suami (suaminya jauh  mengajar di USIM). Seperti menerima pinangan 2 tahun yang lalu, ibu tidak mampu menolak, terasa di dalam qalbu ini Allah Maha menyaksikan dan Maha mengetahui segala alasan yang palsu. Ketika  ditanya memanglah sibuk dengan mengedit buku terbaru dan buat persiapan untuk ceramah Persona (anak gadis sekolah menengah) pada hari esoknya. Sebak juga rasa, jika ibu tolak, ustazah jiran ibu itu terpaksa pergi sedangkan tugasnya  bertimbun-timbun di sekolah dan di rumah. Tiada  alasan yang dapat  ibu berikan, ibu cuba bantu apa yang terdaya. Wakil kaum ibu yang sungguh berharap itu khabarnya  adalah seorang suri rumah tangga, pernah beker...

Sentuhan Kasih...Mohon Pertolongan Allah sentuh jiwa mereka

Image
Ibu amat bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas nikmat Islam dan Iman yang dikurniakan  setakat ini. Semoga nikmat  kemanisan iman ini semakin bertambah untuk  disebarkan melalui sentuhan kasih dalam kelas dan program guru. Insya Allah. Jauh beza nikmat  Allah kurniakan  jika  kita 'reach out'  memanfaatkan hasil penulisan dengan niat untuk melahirkan 'Khairul Ummah'. Anak-anak  hari ini adalah pemimpin  generasi akan datang. Setelah sekian lama meninggalkan profesion guru, minggu lepas  ibu berpeluang masuk kelas menggantikan  guru  yang pergi kursus  di Bangi, Selangor. Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sebelum memulakan sesi mentor-mentee Allah izin tergerak bertanya perasaan anak-anak samada  seronok, sedih, marah , geram, atau bosan. Biasalah, anak-anak tingkatan 1 majoritinya  beremosi negatif seperti 'bosan'dan sedih kerana kali pertama berjauhan dari keluarga. Berbeza dengan pelajar  tingkatan...

Ust. Budi Ashari, Lc - Bagaimana Ulama Menjadikan Sejarah Sebagai Panduan

Image
Teladan kita  adalah manusia  yang terbaik yang Allah  hadirkan di muka bumi ini iaitu Murabbi  agung Rasulullah SAW. Tapi bagaimana  kita hendak share  seerah jika manusia  pandang negatif terhadap sejarah? Jangan sekali-kali kita lafazkan  zaman ini berbeza dan seerah  tidak sesuai untuk zaman ini... Berhati-hati  dengan sisipan musuh-musuh Islam dalam buku-buku sejarah Islam. Bacalah seerah nabawiyyah  daripada  penulisnya. kenali siapa penulisnya.