Posts

Banyak Penghalangnya...

Image
 Kita merancang, mencadang dan meluahkan harapan agar ada cucu-cucu yang mewarisi tarbiyah Madrasah Rasullullah sallallahu alaihi wassalam yang sama-sama kami dukung sejak awal tahun 1980an... Banyak idea ibu kongsikan kepada suami kerana cucunya ramai, 16 orang setakat ini. Termasuk cucu ibu 3 orang. Juliah semua 20 kurang satu. Harapkan juga semoga Allah satu dan seragamkan akidah, fikrah dan amal kami, alangkah indahnya. Namun impian dan cita-cita tidak semudah yang dikatakan. Ibu berteka-teki apakah faktor utama suami ibu hanya diamkan diri apabila ibu cadangkan sesuatu yang menyeronokkan untuk kita ceritakan semula apabila sama-sama masuk syurga nanti.  Segalanya terjawab apabila suami ibu meluahkan hanya dengan satu ayat. Maka terjawablah segala Teka teki yang bermain dalam fikirkan ibu. Ibu meluahkan rasa seronok dan bahagia di hadapan anak ibu yang berkunjung seorang diri kerana anak isterinya kepenatan baru pulang dari Brunei. Keseronokan apabila dapat meluahkan harap...

Indahnya kenangan 62 Tahun

Image
 رَبِّ ابْنِ لِيْ عِنْدَكَ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ Tuhanku, binalah untukku sebuah istana di sisi-MU dalam syurga (surah At Tahrim:11) Doa ini telah ibu hafal dan amalkan sejak diuji dengan pelbagai keperitan dan kedukaan yang mendalam sejak balik dari Haji kedua tahun 2009. Allah ilhamkan doa ini merawat duka dan luka yang dahulunya sentiasa berdarah kembali berulang-ulang. Beginilah keperitan rasa hati wanita terbaik di zaman Nabi Musa a.s. Doa ini diulang-ulang sebagai penghibur dan dijauhkan daripada kezaliman suaminya Firaun laknatullah. Sampai kadang-kadang terbit dari lubuk hati lagu Diana Nasution "Sakitnya hati ini...namun aku rindu. Bencinya hati ini...namun aku rindu" Zaman jahiliyah dulu, ini di antara lagu kegemaran  ibu. Ibu rasai dan hayati  sendiri keperitan, kebencian dan kerinduan itu. Sekarang semuanya sudah beralih arah tiada lagi rindu sesama makhluk. Allah indahkan  rindu itu hanya kepada-Nya sahaja. Bulun habis di awal pagi, ditemani adik bungsu...

Semakin Tua Semakin Sensitif

Image
Pagi Jumaat penuh barokah, tidak rancang pun  hendak menangis. Allah yang permudahkan untukku menangis secara spontan, rasa sebak sahaja menjelang waktu taddabur. Surah Al Baqarah ayat 154-155 memang menusuk qalbu kerana ibu pernah merasai keperitan dan kesakitan diuji bertubi-tubi . Terasa amat hikmah-Nya kasih sayang Allah hendak menjana keikhlasan dan kejujuran di lubuk hati agar menyerah diri sepenuh hati kepada-Nya. Semalam hari Guru, terasa amat hendak ajak sama-sama ubah sistem pendidikan yang merosakkan akidah umat. Segala masalah berpunca daripada anak didik tidak kenal Allah. Tidak kenal siapa yang patut disembah. Bila tak kenal Allah, dengan sendirinya mereka menyembah selain Allah termasuklah bertuhankan Hawa nafsu.  Pentingnya peranan guru atau Murabbi. Membantu ibu bapa didik anak menTauhidkan Allah. Tanpa follow up dari ibu bapa di rumah, tarbiyah itu bagaikan menegakkan benang yang basah. Justeru itu ibu bapa tidak akan terlepas diminta pertanggung jawapan di a...

Orang Jauh Lebih Menghargai

Image
 Alhamdulillah, syukurlah hingga ke detik kini kita masih diberikan peluang terus bernafas menyedut oksigen percuma dan menikmati pelbagai kemudahan dan anugerah Allah SWT yang tidak pernah putus.  Semakin banyak berita kematian bertali arus melibatkan anak muda dan kanak-kanak, khususnya di Gaza. Kini regim Zionist laknatullah menyerang pulak Rafah, tempat perlindungan terakhir pelarian Palestine. Hasbunallah wa nikmal wakeel. Semoga umat Islam sentiasa istiqomah mendoakan kemenangan buat semua pejuang Islam di mana sahaja mereka berada, khususnya Briget Al Qassam atau HAMAS. Di samping terus menerus  infak, berdakwah ke arah bersama kita berusaha semaksimanya dalam perjuangan menubuhkan Khilafah Islamiyah serta memboikot semua produk Israel dan kuncu-kuncunya. Hari ini Alhamdulillah selesai taddabur juzuk 1, dan masuk juzuk kedua, ditaddaburi oleh ukhti Asnah dan esok oleh Ustazah Maznah. Dapatlah ibu bercuti 2-3 hari. Namun Ibu tetap istiqomah dan lebih berfokus kepada...

Tautan Kasih ukhuwwahfillah

Image
 Bismillahi Rahmanir Rohim  Alhamdulillahi Rabbil Alamin Syukur ke hadrat Allah SWT mempermudahkan ibu menyantuni majlis perpisahan dengan anak halaqah kesayangan yang akan pulang terus ke Aceh dan transit dulu di Jakarta kerana ibunya dijaga oleh kakaknya.  Liuza Hanim ada pembantu ibu dlm hlqh yang sentiasa siap dan patuh menerima sebarang saranan dan arahan jika ibu berikan sebarang tugas. Hijrah terus kali ini merupakan kehilangan bagi ibu, bukan mudah hendak dapat pengganti anak Halaqah yang taat dan patuh lagi cerdas menghidupkan pertemuan. Asasnya dia faham mukjizat Al Qur'an bahkan tidak marahpun anak sulungnya tidak mahu ikut Hijrah bahkan rasa bahagia nak terus mengaji di Masdar. Inilah impian ibu dan suami, mudah2an adalah cucu yang patuh seperti cucunda Ayumi, anak sulung liuzaHanim dan ustaz Nazarudin. Di hujung pertemuan Liuza merakamkan terima kasih kerana dapat bersama wanita solehah yang saling membimbing. 'Liuza suka dengar motivasi mak cik tentang kauns...

Kesembuhan dan Matri

Image
 Dengan Nama Allah  Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang  Segala puji-pujian terbanyak hanya untuk Allah Rabb Yang Maha segala sifat terbaik dengan sempurnanya. Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan ibu dapat muhasabah diri malam tadi walaupun memikirkan kesihatan yang semakin merosot mengiringi usia yang tidak muda lagi.  Ibu terpanggil merakamkan keadaan ibu  yang semakin uzur, tiba-tiba bulu lali ke bawah terasa sakit. Semasa berurusan di ATM kaki tak boleh berjalan normal, terdingkut- dingkut menahan sakit. Jika ada tongkat, memang kurang rasa sakitnya.  Ibu hubungi Nusaibah yang selalu urut ibu. Sayangnya dia tengah struggle selesaikan diploma urutnya di samping  menyantuni seorang ibu   bersalin di Sungai Petani. Lantaran tidak tahan sakit ibu hubungi tukang urut terlatih dan berdaftar dari Kodiang Kedah. Ibu dapat no contact daripada anak Ukhti Aishah yang ikuti usrah setiap hari Selasa. Anaknya juga tukang urut traditional te...

24.04.24 cantik tarikh ini

Image
 Dengan Nama Allah  Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang  Alhamdulillah, hari ini hari Rabu bersamaan 15 Syawal 1445. Subhanallah tidak sedar sudah separuh bulan Syawal berlalu. Lajunya waktu memecut semakin  mendekatkan diri kita semua untuk transit di alam barzakh.  La haula wala quwata Illa billah, sejak semalam ibu terlalu banyak fikirkan isu poligami rakan seperjuangan walaupun ibu sudah diselamatkan dari kehidupan berpoligami. Ibu rasakan ada insan yang sedang menderita kesan dari ketidak adilan suaminya telah memotivasi ibu menaip dalam FB. Pengalaman berpoligami mulai hujung tahun 2009 hingga bulan Mac 2013 perlu dikongsikan agar rakan seperjuangan dan anak-anak muda yang ditakdirkan berpoligami dapat manfaatkan  pesanan atau wasiat ini samada ingin terus berpoligami atau bercerai dan hidup sebagai 'single lady'. Pengalaman ini juga sebagai peringatan kepada para suami yang terlalu mudah mendabik dada  kononnya mampu berlaku adil, tetapi...