24.04.24 cantik tarikh ini

 Dengan Nama Allah 

Yang Maha Pemurah 

Lagi Maha Penyayang 


Alhamdulillah, hari ini hari Rabu bersamaan 15 Syawal 1445. Subhanallah tidak sedar sudah separuh bulan Syawal berlalu. Lajunya waktu memecut semakin  mendekatkan diri kita semua untuk transit di alam barzakh. 

La haula wala quwata Illa billah, sejak semalam ibu terlalu banyak fikirkan isu poligami rakan seperjuangan walaupun ibu sudah diselamatkan dari kehidupan berpoligami. Ibu rasakan ada insan yang sedang menderita kesan dari ketidak adilan suaminya telah memotivasi ibu menaip dalam FB.

Pengalaman berpoligami mulai hujung tahun 2009 hingga bulan Mac 2013 perlu dikongsikan agar rakan seperjuangan dan anak-anak muda yang ditakdirkan berpoligami dapat manfaatkan  pesanan atau wasiat ini samada ingin terus berpoligami atau bercerai dan hidup sebagai 'single lady'.

Pengalaman ini juga sebagai peringatan kepada para suami yang terlalu mudah mendabik dada  kononnya mampu berlaku adil, tetapi apabila sudah terperangkap dalam jerat isteri muda, semuanya ke laut!



Jangan terus siksa diri dalam  'jerat ketidak adilan' suami yang  sedang terpukau  dan terpesona dengan kelebihan yang ada pada isteri muda.

Mohonlah kepada Allah agar ditemukan jalan keluar terbaik.

Ibu kongsikan post dalam FB  bertarikh 24.04.24

Menyantuni keuzuran suami lebih membahagiakan ibu berbanding ketika terbelenggu dengan ketidakadilan ketika berpoligami lebih 13 tahun lalu

Perkongsian kajian selaku kaunselor 'tua' yang pernah berpoligami (2009-2013)& kini sebagai pemerhati kes-kes poligami. Alhamdulillah ala kulli hal. Mudah-mudahan anak muda dan orang tua (para suami) yang terlibat  mampu berlaku adil.


1. Tundukkan 'ego' dan buang sikap terlalu mudah hendak menyalahkan para isteri atau anak-anak. Fokus perbetulkan niat berpoligami. Benarkah harapkan Redha Allah?


 2. Bertaubatlah, perbaiki kesilapan  kerana selama ini telah gagal menjadi lelaki yang Qawwam (Perlu mendalami fiqh dan munakahat walaupun sudah tua)


3.  Mohon pertolongan dari Allah agar tidak menyakiti hati isteri khususnya isteri pertama yang sering menjadi korban kerana suami takut isteri muda. Tidak dinafikan juga ada kes, isteri kedua, isteri ketiga atau isteri keempat turut menjadi korban tidak adil kerana suami takut kepada isteri tua. 


4. Suami  akan terus tersiksa kerana tidak mampu berlaku ADIL dari aspek zahir mahupun  batin KECUALI jika kesemua isterinya REDHA sepenuhnya. Usahakan semaksimanya agar kesemua isteri  berukhuwwahfillah, minimanya  saling bersangka baik antara satu sama lain.

“Baharulah POLIGAMI itu ada keindahan dan kemanisannya".


5. Istiqomah mengilmukan ahli keluarga, memupuk Iman dan ukhuwwah dengan meneruskan halaqah keluarga (usrah) bersama keluarga  Induk ~ (isteri pertama) walaupun ada isteri dan anak-anak yang 'degil' dan belum berminat hendak mengikutinya.


6. Taddabur ayat-ayat Qur'an berkaitan poligami agar tidak berlaku penyimpangan dari syariat yang Allah SWT telah tetapkan.

Surah An- Nisa: 3 & 19, 129-130

Surah At Taghabun: 14


7. Warisi akhlak Rasullullah sallallahu alaihi wassalam mampu mentarbiyah para isteri baginda bersangka baik. Contohnya isu Saidatina Aishah difitnah, apabila Rasullullah sallallahu alaihi wassalam bertanya Salah seorang isterinya tentang Aishah, madu Aishah menjawab "Saya tidak nampak pada Aishah, melainkan kebaikan"


8. Akan bersambung. InshaAllah



Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil