Berakhirnya Ramadhan 1445, Bersedialah Menyambut Ramadhan 1446 Hijrah

Hari terakhir  Ramadhan melabuhkan tirainya tidak boleh hendak bendung air mata bercucuran ketika ibu selesaikan halaman terakhir bedah buku 'Ramadhan bersama Rasullullah'
Ramadhan kali ini amat terasa luar biasa nikmatnya seakan-akan tidak mahu berpisah, biarlah selamanya kami berada di bulan Ramadhan. Alhamdulillah berkat kesungguhan kami empat beradik menghidupkan sepanjang Ramadhan dengan festival ibadah, semakin ramai ibu Gema Fajar ikut serta platform yang telah disediakan. Bahkan ada yang call ibu seawal jam 1.00 pagi jika ibu tidak terjaga. Kadang-kadang adik bungsu yang call di 10 hari akhir Ramadhan. Tugas kami bertiga akan call ibu-ibu yang lain supaya dapat bersama berzikir, berdoa dan taddarus Qur'an hingga jam 5.00 pagi. Semasa berzikir dan berdoa, ibu ambil kesempatan solat sepuas-puasnya sambil mengaminkan doa warga Gema Fajar secara online.
Selepas selesai berdoa, ibu penuhi slot Asmaul Husna lebih kurang 30-50 minit, biasanya sekitar jam 3.30 pagi. 29 hari, 29 asmaul Husna dapat ibu bacakan merujuk Amazing Qur'an, Quantum Asmaul Husna dan buku Ensiklopedia Asmaul Husna .
Ibu rasa seronok apabila kakak ibu, Datin Noraini banyak berikan respond dan moral support selepas selesai slot tersebut.
Setiap pagi kami teruskan slot taddabur seperti biasa, satu hari dua ayat sahaja kerana ibu sudah set hendak selesai bedah buku Ramadhan bersama Rasullullah sebelum Ramadhan berakhir. Paling menyayat hati di pagi 29 Ramadhan, ucapan  dari hati ke Hati banyak yang berdoa semoga program Gema Fajar diteruskan sepanjang masa hingga diwarisi oleh generasi muda kita.
Dalam pencarian  mencari anak muda memang payah nak ajak mereka komited kerana sibuk dengan kerjaya masing2.
Ibu lintaskan di hati aduan ini. Alhamdulillah di pagi Syawal penuh barokah, Allah hadirkan bekas pelajar khassah Matri yang pernah jadi anak halaqah ibu datang berkunjung bersama ayah dan ibunya. Tarbiyah di Matri banyak mendidiknya tsiqah dengan murabbiyahnya walaupun kami jarang berjumpa. Anak muda ini bersetuju bantu ibu setiap hari Sabtu dan Ahad slot Harfiah 10 minit sebelum taddabur.Pernah mengaji di Mesir sebelum COVID-19. Akhirnya sekarang dah praktikal di RHB.


Di pagi Syawal yang penuh barokah ini ibu rasa bahagia , selepas selesai khutbah hari raya,  seorang murabbi Matri menegur anak muda yang menyantuni anak-anak masing-masing main mercun dan bunga' api di malam Raya. Dua tahun berturut-turut ibu rasa tak sedap hati bila cucu-cucu sibuk main mercun dan bunga' api,  tidak ubah  macam Tahun Baru Cina. 
Yang mulakan anak cucu Ustaz Omar, seolah-olaj memberikan lesen membolehkan anak cucu jiran ikut contoh yang ibu tak suka. Nak tegur nanti anak beranak bermasam muka. Sudahlah nama kita 'ibu tiri'. Lebih menduka citakan apabila anak kandung ibu Sendiri menyantuni cucu-cucu ibu beli mercun dan bunga' api, sedangkan mereka bukannya selalu balik. Letih memikirkan Hal ini, ibu tidur awal seperti biasa agar tidak terganggu rutin bangun awal pagi. Ibu lintaskan aduan dalam hati, Alhamdulillah Allah hadirkan orang yang boleh menasihatinya selepas selesai khutbah hari raya tadi. Terima kasih Ya Allah sentiasa mencermati segala lintasa dalam hati para hamba-Nya. 

Jazakumullahu khyran kathira kepada semua anak menantu dan cucu-cucu yang semakin memahami kudrat ibu. Tahu ini ibu tolong oder nasi daging, satay dan Nasi Mandy untuk tetamu hari terbuka 2 Syawal.
Hazamin Fadhli Rabbi 

Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil