Kenduri dan Puasa 6

 Alhamdulillah, selesai sudah fikirkan dan laksanakan suasana yang luar biasa kenduri pada hari Khamis 2 Syawal 1446 Hijrah. 

Ibu tertarik dengan kata-kata Hafriz, fisioterapis suami. "Saya teringin hendak mulakan puasa 6 pada 2 Syawal". Usianya belum 40 tahun sudah matang untuk laksanakan sunnah puasa pada 2 Syawal. Sunnah ini telah diamalkan oleh kakak ibu Hjh Nortipah sejak muda lagi mewarisi ibu saudara kami Almarhumah Hjh Che' Dah memang istiqomah puasa 6 sebaik sahaja masuk 2 Syawal. Tetamu tidak putus berkunjung namun tidak menghalangnya mulakan puasa pada 2 Syawal. 

Suami ibu sudah ajak puasa 6 sejak 2 Syawal tahun 1444 Hijrah lagi, tapi ibu sarankan kita mulakan pada 3 Syawal. Tahun 1447 Hijrah, InshaAllah kami akan mulakan 2 Syawal. 

Pembantu rumah ibu pun sudah mulakan puasa 6 semalam, begitu juga jiran depan rumah. Kesemua yang ibu tunggu kehadiran mereka kenduri semalam tidak muncul sebab mereka sudah mula berpuasa 6. Allahu Akbar.Kuat semangat mereka hendak berpuasa. Ramai juga yang balik kampung di luar Perlis atau ke rumah ibu bapa mertua yang jauh dari Tunjung. Pelbagai warna kehidupan yang perlu kita santuni dan tidak meletakkan sebarang harapan daripadanya.

Namun begitu kehadiran semalam sangatlah membahagiakan kami, yang tidak disangka-sangka turut hadir dari jauh memeriahkan suasana. Dr Mariam, anak didik ibu semasa houseman di hospital Batu Pahat juga hadir bersama keluarganya. Tetamu dari Seremban juga turut hadir. 

Komitmen anak menantu semuanya bagus, amat cemerlang sepenuh hati menolong dan melayan tetamu. Basyira bawa laksa Sarawak, Dr Bahijah tempah laksa Perlis yang dirindui oleh para tetamu. Persaingan dengan 2 laksa kegemaran ramai menyebabkan nasi Mandy Masih banyak dan perlu segera dipacking untuk diedarkan, khususnya untuk tetamu yang berpuasa.

Suami ibu tadi sebut "Alhamdulillah ramai mai ziarah semalam" tersirat kepuasan rasa bahagia dari  kata-katanya itu. Tiada makanan yang terbuang, sama rap dan mencukupi. Alhamdulillah Hazamin Fadhli Rabbi.

Ramai tetamu menyebabkan Ibu tidak sempat nak snap gambar sebab seronok melayani mereka. Gambar yang ada , adalah kiriman dari Dr Mariam yang rasa puas dapat berjumpa.
Ibu jemu dan letih juga nak layan gambar macam-macam di media sosial.
Lebih terharu, banyak nasi Mandy dapat dibahagi-bahagikan kepada golongan Asnaf yang segan nak datang. Sofiyah mengetuai packing dan dapat bahagikan kepada keluarga Ustaz Abd Hadi untuk tetamunya yang berkunjung di sebelah malam. Paling seronok apabila tetamu dari Ireland turut hadir bersama ibu bapa mereka Sir Abduh dan isterinya kak Pah.
Semoga Amal jariyah berpanjangan kepada sumber duit yang diperolehi dari sewa bendang Almarhum Hj Abd Rahman abang kepada suami ibu yang mewarisi bendang tersebut. Juga almarhumah Hjh Saniah Abd Razak kerana kami memanfaatkan segala kemudahan yang ada dalam rumah demi menyantuni tetamu yang ada. Semoga ini bukanlah jamuan terakhir, akan diwarisi oleh generasi muda untuk memanjangkannya walaupun kami telahpun transit di alam barzakh. Bersilaturahim dan berukhuwwah hanya kerana Allah, maka berkorbanlah. Korbankan masa, tenaga dan harta yang ada.


Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil