Health Screening Parit Buntar

 Bismillahi Rahmanir Rohim

Alhamdulillahi Robbil Alamin 

Allahuma Solli ala Muhammad, wa ala alaihi wasobihi wassalam.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT mempermudahkan urusan membawa suami ke Klinik homopati dan herba di Pt Buntar. Bertemankan anaknda Khubaib yang sangat akrab dengan suami kami bergerak lepas jam 07.30 pagi dan sampai depan klinik sebelum 10.30 pagi. Ibu suka lihat suami boleh duduk lama bersandar di seat depan kereta. Tak perlu bawa katilnya atau menaiki Van. Semoga selepas buat health screening ni, ada perkembangan yang lebih baik. InshaAllah tahun depan beraya di Johor dan Melaka tidak perlu bawa katil lagi. 

Ibu amat  kenal  suami memang tegas orangnya, kalau diajak beraya atau saja-saja makan angin atau di ajak jumpa doktor di hospital, dia sudah ada keputusan 'tidak mahu'. Pujuklah macam mana sekali pun, memang tiada siapa dapat pujuk. 

Sebaliknya rancangan ke Parit Buntar, suami sendiri setuju nak pergi. Tak payah pujuk-pujuk, memang rawatan homopati serasi dengannya sejak dulu lagi. Ibu pun sebelum ini agak kurang yakin dengan homopati. Cuma ada sebut herba, ini ibu tertarik sebab Hairiah, adik bungsu ibu memang uruskan herba dalam syarikat Sureco yang baru diambil alih.

Kali ini amat menakjubkan apabila  suami siap pesan dan suruh tukar keempat-empat tayar dan service kereta Alza. Ibu cuma tukar 2 saja tayar depan. Tayar depan yang baru tukar 2 tahun lepas dibawa ke belakang Alza. Rawatan alternatif ini kami dapat maklumat daripada Cikgu Azmi Bahari yang berkunjung sebelum dia bertolak ke Terengganu. Beliau maklumkan Ustaz Khairul Azhar juga pernah bawa family dapatkan rawatan di klinik homopati itu. Special case untuk anaknya Sofi, yang tidak serasi dengan rawatan hospital.

Kes Cikgu Azmi, pernah diserang sakit jantung dan masuk wad di HTF Kangar. Selepas beberapa bulan dapatkan rawatan homopati dari Dr Abd Rahman, Alhamdulillah keadaan kesihatannya semakin pulih.

Semalam daripada report card, didapati keadaan jantung suami tidak lagi serious seperti 3-4 tahun dulu. Keadaan jantung semakin baik. Cuma kidney dan saraf yang perlukan rawatan. Sarafnya keras, perlu dilembutkan. Stress juga antara faktor saraf jadi keras. " Seriau!" Takut terjatuh selalu menganggu tidurnya. Ada sedikit toksid dalam darah, perlukan lebih banyak minum air kosong.

Doktor bekalkan ubat utk kidney, jantung dan saraf. Dua bulan lagi boleh buat health screening untuk lihat perkembangan baru. Mudah-mudahan bertambah baik keadaan kesihatannya. InshaAllah.

Alhamdulillah , syukur Allah permudahkan kami dapat segera ke sana kerana ada kesempatan, Khubaib sudi drive bawa kami  ke sana. Jawapan ini yang suami harapkan. Jika naik kereta, khidmat Khubaib amat diperlukan. 

Insan pilihan, kata Che Bi ( adik almarhum Dr Harun Din) ketika berkunjung di bulan Ramadhan. Semua Allah aturkan yang terbaik untuk Ustaz Omar berkat doanya dan doa anak-anak.

Ibu juga buat health screening. Jantung ada masalah sikit yang menyebabkan Ibu mudah penat, kidney juga perlu dirawat dan memory ada gangguan. Cepat lupa. Alhamdulillah daripada report ini, ibu perlu laksanakan langkah berjaga-jaga terutama memilih makanan yang boleh mengurangkan lebihan lemak dalam badan. Semoga laporan ini menjadi saksi, kemampuan ibu amat terhad dan perlukan proses pemulihan rapi. Salah satu proses pemulihan memory adalah teruskan program asmaul Husna dan taddabur Qur'an setiap pagi. Mudah-mudahan berkat berdamping dengan Al Qur'an banyak membantu ibu sentiasa ingat Allah sebagai teras ingatan kepada  yang lain. 

Kalau ditakdirkan ibu tidak ingat sesiapa pun harap janganlah ambil hati, setakat itu sahaja ingatan yang Allah izinkan ibu boleh ingat. Fahami keadaan keuzuran orang tua. Ibu nak ikut jejak kakak ibu walaupun usia hampir 80 tahun Masih cergas mengajar Qur'an mulai jam 2.30 pagi. Subhanallah 

Walaupun sering dilupakan namun ibu tetap doakan semoga semua anak cucu dikurniakan Allah kefahaman tentang Deen. Allahumma Faqeehum fiddeen


Mungkin ini salah satu yang menyebabkan suami agak stress kerana mungkin sangat mengharapkan anak cucunya juga faham Deen dan warisi kerja Dakwah dan Tarbiyah. 

Pagi tadi ibu taddabur surah Al Baqarah ayat 76-78. Cerita tentang Bani Israel yang keras hati, tidak boleh diharapkan lagi untuk diberikan amanah meneruskan kerja dakwah dan tarbiyah. Perangai degil,  bodoh, jahil telah mengundang kemurkaan Allah. Wal Hal pelbagai nikmat telah dikurniakan tetapi mereka kufur nikmat. Usah diharapkan lagi kepada yang tidak sudi. Justeru itu Allah uruskan umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam sebagai pewaris kerja-kerja dakwah dan tarbiyah. 

Mereka yang enggan dan tidak mahu melaksanakan taklif Rabbani ini boleh disamakan dengan perangai Bani Israel. Nauzubillahi min zalik.




Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil