Kesembuhan dan Matri

 Dengan Nama Allah 

Yang Maha Pemurah 

Lagi Maha Penyayang 

Segala puji-pujian terbanyak hanya untuk Allah Rabb Yang Maha segala sifat terbaik dengan sempurnanya. Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan ibu dapat muhasabah diri malam tadi walaupun memikirkan kesihatan yang semakin merosot mengiringi usia yang tidak muda lagi. 

Ibu terpanggil merakamkan keadaan ibu  yang semakin uzur, tiba-tiba bulu lali ke bawah terasa sakit. Semasa berurusan di ATM kaki tak boleh berjalan normal, terdingkut- dingkut menahan sakit. Jika ada tongkat, memang kurang rasa sakitnya. 

Ibu hubungi Nusaibah yang selalu urut ibu. Sayangnya dia tengah struggle selesaikan diploma urutnya di samping  menyantuni seorang ibu   bersalin di Sungai Petani. Lantaran tidak tahan sakit ibu hubungi tukang urut terlatih dan berdaftar dari Kodiang Kedah. Ibu dapat no contact daripada anak Ukhti Aishah yang ikuti usrah setiap hari Selasa. Anaknya juga tukang urut traditional tetapi jauh dari Perlis. 

Pasangan suami isteri dari Kodiang ini berpengalaman mengurut pesakit stroke hingga sembuh dengan izin Allah. Ibu minta mereka berdua fokus dulu urut ustaz Omar. Banyak point saraf yang terkunci dibuka bagi melancarkan aliran darah. Dikenalpasti punca stroke kerana ibu sawat saraf banyak terkunci. Sebab itu keras sana sini. Wallahu alam 

Selepas selesai urut suami, baharulah isterinya urut ibu seleruh tubuh, terutama betulkan urat kaki yang teralih. Alhamdulillah lega selepas lebih satu jam diurut. Dia tidak minta banyak, cukup RM 80 seorang X 2= RM 160 di hari pertama (Selasa)

Hari kedua urut pada hari Jumaat. Ibu minta dia urut buat bekam sekali kerana dikenalpasti dalam darah ada toksid yang perlu segera dipulihkan. Cuma 5 Cup nampaknya suami makin bersemangat hendak pulih. Alhamdulillah ibu rasa beruntung dapat Pasangan tukang urut, bersungguh-sungguh cuba merawat.

Ibu juga berbekam 15 cup. Dikenalpasti oleh doktor homopati di Parit Buntar, kolestrol ibu agak tinggi. Bekam di point bawah telinga dan atas tengkok, dapat dikeluarkan banyak darah Kotor. Mungkin ini punca ibu rasa terlalu cepat keletihan.

Hari kedua rawatan kosnya RM200 Dari kami berdua. Ibu rasa berbaloi, tidaklah mahal sangat.

Kenangan indah 2024

Khamis, 2 .45 petang bermula usrah Amal Aishah setelah hampir sebulan bercuti, menyantuni bulan Ramadhan dan  awal Syawal. Ibu berkongsi slot untaian permata, kisah kesabaran Rasullullah sallallahu alaihi wassalam berhadapan dengan masayarakat Taif. Ketika membaca doa Rasullullah, tersentuh sangat hingga mengalirkan air mata. Paling ibu tersentuh apabila masulah Che Gayah berkongsi  ulasan Nouman Ali Khasn berkaitan surah As Saff,

Hari Sabtu, sebentar tadi ibu ikuti kenduri Matri dan Sratti sempena Hari Raya. Ibu ke sana waktu penutup, sekadar hendak bersembang ikuti perkembangan semasa tentang khususnya hasil lawatan menteri agama pada hari Isnin lalu. Banyak tawaran untuk Matri mohon budget  memperbaharui keadaan Fizikal Matri.

"Dengar khabar PMX  juga akan turn Matri pada bulan Mei. Di panahi cuaca panas litlit, terdoa di hadapan pengetua dan timbalan pengetua " InshaAllah tahun dapatlah kita beraya dalam dewan serba  tahun depan, InshaAllah.






Comments

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil