Mendidik Dengan Hati (2)
Sejak minggu lepas cuaca agak mendung hingga hari ini hujan rahmat mengiringi suasana yang zahirnya serba tidak ceria..Ramai yang demam, tak sihat serba serbi mengundang rasa seakan-akan ingin mengalah. Walau bagaimanapun kita perlu lawan perasaan itu secara kreatif dan inovatif menceriakan suasana sedaya upaya dengan memohon kepada Allah SWT. Ingat mati, baca Qur'an , tahajjud dan berdoa...
Segala kebahagiaan adalah dari-NYA. Segala penderitaan berpunca apabila kita mulai menjauhi-NYA kerana tergoda dan terperangkap dalam jerat-jerat syaitan yang menipu daya dan menyesatkan manusia. Setiap detik kita perlu akur dengan kelemahan diri, rendahkan hati beristighfar menjernihkan kembali suasana yang keruh yang merencatkan kesuburan iman..Istiqomah di dalam ketaqwaan kerana orang bertaqwa itu akan terlepas dari tipu daya syaitan.
Segala kebahagiaan adalah dari-NYA. Segala penderitaan berpunca apabila kita mulai menjauhi-NYA kerana tergoda dan terperangkap dalam jerat-jerat syaitan yang menipu daya dan menyesatkan manusia. Setiap detik kita perlu akur dengan kelemahan diri, rendahkan hati beristighfar menjernihkan kembali suasana yang keruh yang merencatkan kesuburan iman..Istiqomah di dalam ketaqwaan kerana orang bertaqwa itu akan terlepas dari tipu daya syaitan.
Renungilah Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka." (Al A'raf: 201)
Yakinlah sesungguhnya orang bertaqwa juga lepas daripada tipu daya musuh lahir sama ada orang kafir mahupun orang munafik.
Firman Allah:
Maksudnya: "Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Ali Imran: 120)
Ibu mengucapkan jazakumullahu khairan kathira kepada semua guru dan pengasuh Tadika dan Taska SmarTop Subur Fitrah, walaupun berada dalam keadaan agak 'kritikal' , semuanya bersatu mengharungi bersama ujian demi ujian. Beginilah ciri guru yang bertaqwa tidak berkira dan sentiasa ada keinginan mendidik anak-anak dengan hati.
Kecerdasan hati adalah suatu keinginan yang perlu mengalir dalam urat nadi kita setiap kali berada dengan anak didik. “Mendidik Dengan Hati”, walaupun rasa payah untuk dilaksanakan namun proses mendidik hati perlu diteruskan dan diperjuangkan sepanjang hayat.
![]() |
Terus Ceria Bersama Warga Palestine Menegakkan al-Haq |
![]() |
Damai dan tenangnya hati dengan sifat pemaaf |
Mendidik dengan hati adalah mendidik dengan kelembutan dan penuh kasih sayang, yang mana dua hal ini adalah bersumber dari hati. Salah satu cara pengajaran ini adalah dengan memberikan lebih banyak cinta terhadap kerjaya sebagai pendidik juga kepada anak didiknya. Perlu sentiasa sedar bahawa mereka adalah anugerah mulia yang harus dididk dari tidak tahu menjadi tahu, dididik dari kurang soleh menjadi soleh.
Kanak-kanak perlu sentiasa ditingkatkan 'self esteem'nya dengan inspirasi, motivasi, dorongan, galakan dan pujian. Bila demikian, tidak ada bahasa hati yang mereka terima agar mereka mengerti apa yang guru inginkan. Mengajar dan mendidik dengan cinta akan melahirkan generasi yang membesar dengan sifat positif, seperti kepercayaan diri yang tinggi, berani, bertanggung jawab, dan tidak mudah patah semangat.
Mendidik dengan hati bukan hanya menyampaikan ilmu kepada murid sedangkan hati pendidik mati rasa, tetapi mampu menawan hati anak-anak dengan perkataan yang berkualiti menyentuh hati mereka. Teknik ini dapat menghujam ke dalam jiwa, mengakar ke dalam dada, memberikan pengaruh ke dalam ibadah, membangun akhlak mulia sehingga membentuk generasi harapan bangsa dan agama.
Merujuk artikel dari web Dakwatuna, ibu terkesan membaca 'Mendidik Dengan Hati, Royalti Menanti'
Menurut penulis, guru teladan dari Ohio, Akmeli Stanelle mengatakan “orang akan selalu melupakan apa yang kita lakukan. Mereka juga akan selalu melupakan apa yang kita katakan. Tetapi mereka tidak akan pernah melupakan apa yang mereka rasakan kerana kita. Artinya guru yang menyampaikan dengan hati akan jatuh ke hati para muridnya.
Profesor Moh. Surya menyatakan bahawa ada empat level guru yang kita kenal di dalam dunia pendidikan kita. Tiap level memiliki kapasiti dan kualiti yang berbeza, keempat level itu adalah:
1. Guru Aktual, ~ guru yang datang ke sekolah, ikut skima, terima gaji setiap bulan, tapi batinnya belum tentu menjadi guru. Ia melaksanakan tugasnya semata-mata kerana tuntutan formal guru.
2.Guru Harmonis, ~ guru yang biasa mengajar dengan baik, tekun, rajin, bagus,
tapi batinnya tidak ingin menjadi guru, dan selalu cari kesempatan untuk keluar
dari guru. Ia tampil sebagai guru dengan kemampuan memanipulasi keadaan dirinya
untuk tampil sebagai guru yang baik. Dan dengan demikian ia nampak harmonis
sebagai guru, meskipun tidak seluruhnya bersumber dari kedudukan peribadi yang
dituntut sebagai guru. Kadang-kadang ada konflik antara peribadinya dengan
tuntutan sebagai guru, namun dapat dimanipulasi sedemikian rupa sehingga nampak
harmonis.
3.Guru Karakter, ~ guru yang tampil penuh dengan karakternya. Kewibawaan guru
yang mewujud berasaskan karakter yang melekat dalam dirinya sebagai bahagian
dari keseluruhan keperibadiannya yang telah terbentuk sejak kecil dan bukan
terbentuk kerana pelatihan perguruan. Dengan demikian penampilan kinerjanya
sebagai guru sesuai, serasi, selaras, dan seimbang dengan karakter yang melekat
dalam dirinya. Penampilannya sebagai guru sekaligus menampilkan kualiti
karakternya.
4.Guru Qalbu ~ guru yang benar-benar jadi puncak, guru dengan level
tertinggi. Guru yang penampilannya berasas kualiti qalbu atau
hatinya, secara tulus ikhlas menjadi guru adalah bahagian dari kebajikan yang
tertanam dalam qalbunya.
Guru level keempat adalah guru yang selalu berkomunikasi dengan
hati, Mendidik dengan hati artinya seorang pendidik dalam menyampaikan ilmu
harus memiliki keilkhlasan dan kecintaan serta mengkedepankan sikap bersahabat,
menyenangkan, empati, konsistensi terhadap komitmen, membangun team work,
ramah, santun dan sabar. Inilah yang ibu perlu belajar dan bertatih lagi..hu hu
hu...
Mendidik dengan hati bukan hanya siap mengajarkan kepada anak,
namun juga siap mendengar secara reflektif apa pun yang diucapkan anak.
Memahami dan menghargai perasaannya serta menampakan bahawa kita benar-benar
menyimak apa yang dikatakan, ulangi apa yang dia ucapkan, dan ekspresikan
bahawa kita sedang memikirkan perasaannya, berikan respon positif, berikan
umpan balik dengan nasihat atau usulan yang membangun jiwanya.
Kegiatan dan hasil pembelajaran di sekolah akan jauh berbeza
antara pengajaran kognitif dan mendidik dengan hati. Pengajaran kognitif
memberi kesan kepada sulitnya pelajaran diserap oleh murid. Seringkali kita
melihat bahawa murid yang membenci guru matematik akan membenci pelajaran
matematik. Murid yang membenci guru sains akan membenci pelajaran sains...etc
Mendidik dengan hati memberikan suatu keyakinan kepada setiap
murid, bahawa mereka mampu berprestasi, kreatif dan inovatif dan cuba
melakukan yang terbaik. Kekuatan pancaran hati dari pendidik kepada murid
berpengaruh terhadap utuhnya kesuksesan pendidikan. Dengan demikian
pembelajaran yang bermakna, bukan melulu guru mengajari ilmu dan fakta
(transfer ilmu semata) melainkan kerja hati yang merupakan kekayaan yang
Allah berikan. Bahasa hati melebihi bahasa tubuh.
Kejayaann mendidik bukan semata-mata dari betapa kerasnya otot dan
betapa tajamnya otak, namun juga betapa lembut hati pendidik dalam berhubungan
dengan muridnya.kita sangat sepakat apa yang dikatakan oleh Dorothy Law Nolte
tentang Filosofi mendidik iaitu
“Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, ia belajar
berkelahi.
Jika anak dibesarkan dengan cemoohan, ia belajar rendah
diri.
Jika anak dibesarkan dengan penghinaan, ia belajar menyesali
diri.
Jika anak dibesarkan dengan toleransi, ia belajar menahan
diri.
Jika anak dibesarkan dengan dorongan, ia belajar percaya
diri.
Jika anak dibesarkan dengan pujian, ia belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan sebaik-baik perlakuan, ia belajar
berlaku adil.
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, ia belajar menaruh
kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan dukungan, ia belajar menyenangi
dirinya.
Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan, ia
belajar menentukan cinta dalam kehidupan”
Guru yang mendidik dengan hati targetnya tidak saja anak didiknya
sukses di dunia tetapi jauh dari itu, iaitu “Never Ending Succes” artinya
tidak saja targetnya anak-anak sukses di dunia saja, tapi sukses dunia dan akhirat. Kita harus benar-benar menggunakan hati kita
untuk mengerti dan mengenal anak didik, untuk mengetahui apa yang terjadi di dalam hati dan
fikiran mereka dan bagaimana menyelaminya dan berusaha untuk berempati dan
mencari solusinya.
Didiklah dengan hati agar hidup lebih bererti....Guru yang mendidik dengan hati akan selalu mendapatkan royalti
'pahala' yang mengalir secara terus-menerus tanpa henti dari semua
kebaikan yang sudah diberikannya sampai ke akhirat nanti...
Comments
Post a Comment