MENDIDIK DENGAN HATI ( 3 )
Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum
itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (QS 13:11 )
Perlu
kita susuli ayat suci ini dengan cetusan mendalam di hati untuk melahirkan gagasan, perancangan
atau buah fikiran. Tanamlah
gagasan, petiklah tindakan. Tanamlah tindakan, petiklah kebiasaan.
Tanamlah kebiasaan, petiklah watak. Tanamlah watak, petiklah nasib.
Tanamlah tindakan hingga menjadi suatu kebiasaan. Kebiasaan
yang dilakukan berkali-kali akan menjelma menjadi watak, dan dengan watak
inilah yang akhirnya kita semua beroleh nasib yang Allah redha. Jika mengharapkan keredhaan Allah,
kita sendirilah yang pilih dan menentukan tarbiyyahnya. Perlu ilmu yang
berterusan dari sumber yang jelas iaitu al-Qur'an dan Sunnah.. 'Tarbiyyah fi ai dikum, fi aidikum faqqad' (Pendidikan di
tangan kamu, di tangan kamulah pendidikan itu!).
Perlukan persiapan jiwa dan bila dimulakan dari 'Qalbun Salim' akan lahirlah gagasan yang diwujudkan dalam tindakan, kemudian tindakan yang dilakukan berulang-ulang kali dengan niat yang jelas mengharapkan keredhaan Allah akan melahirkan ketenangan. Ketenangan ini melahirkan akhlak terpuji jika benar sumber rujukan ilmunya yang melahirkan iman yang mendalam.
Penghalang paling besar yang perlu di atasi adalah 'KEDEGILAN' atau EGO yang meracuni institusi. Jika dilayan dengan emosi amat meletihkan dan rasa nak cepat lari dan keluar dari keracunan tersebut. Serah saja mereka biar Allah yang uruskan. Teruskan tugas mendidik bakal-bakal petugas baru. Alhamdulillah, hasil trainning selama dua minggu, masih ada 4 orang yang mohon untuk bertugas di Taska, menunggu kekosongan jawatan.
"Tahniah kepada semua yang ada di sini kerana telah membuat pilihan yang tepat, sesuai dengan naluri seorang wanita.. Allah yang pilih kalian dapat berada di taman-taman syurga, membuat persiapan mengasuh dan mendidik ahli-ahli syurga di taman syurga masing-masing kelak. Siapakah lagi yang layak mendidik ahli syurga dengan sibghatullah (acuan Allah) kalau bukan kita semua yang amat merindukan untuk menjadi penghuni syurga. Kalau kita tidak memertabatkan kerjaya taska ini sebagai kerjaya yang mulia di sisi Allah, siapa lagi yang hendak kita harapkan?" Sumber inspirasi ini yang sentiasa ibu ulang-ulang untuk memotivasi diri dan semua staff serta siapa sahaja yang berminat berkecimpung dalam kerjaya di Taska..

![]() |
Perkongsian idea menjana kualiti Taska secara holistik |

"You kena berani buat perubahan..fokus kepada kebajikan dan perkembangan holistik kanak-kanak, mereka mesti diberikan hak untuk mendapat pendidikan terbaik di Taska you.." Puan Nirmala Devi dari Angkasa memberi pesanan akhirnya sebelum kami bersurai selepas majlis penutup.
" Ini Taska kebajikan masyarakat ke! tapi bagus ada isu kerugian seperti ini, boleh kita bincang nanti bagaimana nak naikkan taraf menjadi Taska yang berkualiti" Dr Irene dengan suara yang sungguh penyayang menggalakkan kami berani bertindak menaikkan yuran Taska mengikut harga semasa dan dalam masa yang sama perlu buat perubahan dalam pengurusan untuk tingkatkan kualiti pendidikan di Taska.
Ibu berbisik ke telinga seorang sahibah yang turut hadir;
"Alangkah bagusnya jika semua kaki tangan kerajaan yang sudah bersara menghabiskan sisa-sisa kehidupan dengan 'ibadah' membuka dan mengendalikan taska di lokaliti masing-masing untuk memperkasa pendidikan awal kanak-kanak taska..".

Seramai 33 peserta (31 wanita, 2 lelaki) Bengkel Pengurusan Dalam Perkhidmatan Taska pada 19-21 September 2014 berkumpul bagai satu keluarga di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya berkongsi pahit manis pengalaman mengurus Taska.
Paling menakjubkan..Subhanallah , ada 3 orang ibu 'emas' berumur lebih 70 tahun masih kuat semangat ikuti bengkel ini sepenuh hatinya.. Paling muda, peserta dari SmarTop, 2 orang berusia 18 tahun, baru lepas trainning berkala. Doakan semoga mereka berdua ini kuat dan mampu membawa perubahan di Taska kami selepas ini. Aamiin.

" Staff you hanya boleh fokus kepada kualiti pendidikan di Taska seperti buat permainan sendiri, aktiviti dan keceriaan menghibur hati anak-anak Taska. Tugas you lebih berat mengurusnya sehingga berubah! Keuntungan soal kedua, akan datang jika pengurusan Taska berubah" Pesanan kedua-dua insan 'penyayang' ini.
"Ya Allah berilah hidayah dan taufiq-MU kepada kedua-dua insan yang 'baik' ini semoga segala ilmu dan pengalamannya bernilai pahala di sisi-MU" Usia mereka juga sekitar 60-70 tahun. Semoga sisa-sisa kehidupan kita semua berakhir dengan husnul khotimah..
Semuanya Allah yang aturkan pertemukan kami dalam bengkel ini...pasti ada hikmahnya. Memang tak terfikirpun selama ini untuk menerima amanah mengurus dan kena urus Taska dan Tadika. Ikut lojik akal dan banyak kekurangan yang ada pada diri, memang ibu tidak mampu dan selama ini ibu tidak suka nak 'glamour' kerana sesuatu yang dilakukan kerana selain Allah sungguh amat menyiksakan jiwa. Mohon Allah pelihara niat agar istiqomah mengharap redha-NYA dan hanya mengharapkan 'glamour' di hadapan-NYA, Alhamdulillah semua langkah-langkah ini Allah yang atur. Perlu ikhlas terima amanah dengan hati, Insya Allah, tidak akan ada sebarang kerisauan kerana yakin sepenuhnya Allah akan aturkan satu persatu jalan keluar terbaik..yang penting serah 100% harapan hanya kepada-NYA

" Kak, nak tingkatkan kualiti Taska senang aje, siapkan buku peraturan untuk staff...baca di hadapan staff lama dan baru seorang demi seorang..Kalau dia sanggup dan akur dengan peraturan yang telah ditetapkan barulah minta mereka sign 'Aku Janji' Semua perubahan mesti dengan ilmu kak..kalau mereka tak berilmu susah kita jadinya... Lepas ni tak akan timbul masalah mereka tidak mahu pergi kursus. Dengan ibu bapa juga perlu ada buku peraturan yang dibacakan di hadapan ibu bapa yang menghantar anak, membuktikan Taska puan memang berkualiti dan akan memudah perjalanan Taska". Pesanan daripada salah seorang trainner Permata dan juga pengusaha Taska yang berjaya..
Pertemuan kami tidak terhenti setakat ini, ada tindakan susulan sebulan lagi.
Terima kasih kepada pihak Angkasa telah membelanjakan RM18,000 untuk kami semua menjana kekuatan dalam proses memperkasakan asuhan awal kanak-kanak di Taska. Mudah-mudahan selepas ini akan lebih banyak lagi badan berkanun bertindak mulia seperti Angkasa. Insya Allah.

Saya baca blog Norlida semuanya dan mengikuti berbagai perkembangan. Syabas Norlida punya minat tinggi dalm pendidikan pra sekolah. Nanti di pejabat kita bincang lagi untuk memastikan proses perlaksanaan licin dan berkesan. Terima kasih Norlida.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Semuanya Allah yang atur kak... Satu persatu Allah tunjukkan jalan tanpa saya duga sama sekali..now tgh tggu Allah aturkan bina keberanian..Jazakallahu khairan kathira, Hjh dan semua ALP selalu ' back up'..tak lah rasa inferior lagi..
ReplyDelete