Mendidik Dengan Hati

Apabila terlalu fokus dengan perkembangan di Taska, ibu terlepas pandang hendak buat lesson plan khas untuk 2 murid tadika yang masih belum boleh mengenal huruf.
Ada hikmahnya jika ibunya  kelihatan agak marah atau stress kerana  risau anaknya tak kenal huruf walaupun baru berumur 5 tahun..
Kasihan melihat  guru kelasnya, sudah berusaha sedaya upaya, namun kanak-kanak itu masih tidak kenal huruf. Yang penting semua guru mesti hadapi dengan tenang dan mohon pertolongan Allah di dalam tahajjud masing-masing.
Kakak ibu pesan agar ibu itu bersabar, jangan paksa kanak-kanak itu kalau memang belum masanya dapat kenal huruf.. Keadaan ibu itu bertambah stress kerana  terlalu risau..
"Apa puan rasa kalau itu anak puan?" Keadaan kelihatan agak tegang ketika sesi perbincangan..

Berbisa juga  rasa  kepala memikirkan harapan ibu hanya pentingkan akademik..tak nampak kelebihan anaknya...

"Terima kasih kerana puan sudi datang berjumpa kami, puan adalah ibu yang amat perihatin dengan perkembangan anak puan..saya bagi pihak sekolah memohon maaf kerana tidak segera  bertindak. Insya Allah saya akan peruntukkan masa khusus untuk bantu anak puan secara peribadi. Yang penting  puan jangan risau kerana kerisauan puan itu menjadi doa dan akan melambatkan proses pemulihan anak puan. Tolong beri kerjasama dengan berlapang  dada, rela dan pasrah. Mudah-mudahan anak puan akan cepat kenal huruf"

Sakit juga  kepala ibu berhadapan dengan wajah ibu itu yang  sentiasa  mencuka dan berakhir dengan tangisan yang sukar dimengerti..
 "Ya Allah ilhamkan aku cara terbaik untuk membantu anak ini..."

Tiga hari berturut-turut ibu berpeluang bersama dua kanak-kanak anugerah istimewa ini. Seorang  lagi ibunya  tak kisah  dan faham memang anaknya slow kerana kuat merajuk. Dua hari, terapi seorang demi seorang. Setiap kali lepas terapi, guru-gurunya kata mereka ceria sangat! Suka dapat layanan istimewa..
Tadi terapi berdua, seorang ceria, seorang lagi asyik merajuk.. Sabarlah wahai hati...

Doa, search Google cari ilham mudah-mudahan anak-anak ini cepat kenal huruf. Tunjuk huruf berdasarkan nama ringkasnya.. Sekurang-kurangnya mereka boleh eja namanya sendiri.
Bila diuji lepas terapi,,kanak-kanak ini memang  tidak kenal huruf jika diminta tunjuk semula huruf berkenaan. Memang kasihan.. mungkin ada urat sarafnya rosak atau 'mati' kerana dipaksa dan didesak sebelum sampai masanya.Seperti kepompong rama-rama dipecahkan sebelum sampai masanya..

Selepas  tiga hari  bersabar, Alhamdulillah, pagi tadi salah seorang dah boleh kenal huruf a, i dan r. Ketekunan dan kesabarannya banyak membantu walaupun wajahnya sentiasa serius. "Ok nanti balik rumah pesan dengan ibu beli tanah liat, buat  macam ni lagi ye..." Ibu berpesan kepada  murid itu. Spontan saja kanak-kanak itu jawab "Mana ibu nak belinya..memang tak dapat  punya..." Kanak-kanak ini sudah faham sikap ibunya..
"Alahai kasihannya.." bisik hati  ibu, kanak-kanak itu seperti kecewa dengan ego  ibunya....

Seorang lagi tak kenal walau satu huruf..kuat merajuk ketika ibu beri perhatian kepada rakan sekelasnya.. Kena fokus kepadanya seorang..Kelebihannya suka buat huruf guna tanah liat. Bila  ibu  kenalkan huruf 'Y'...dia senyum "eh teacher  macam nak marah aje... why!" Loyar  buruk pulak budak ini menceriakan suasana terapi. Kelebihannya  peramah dan sentiasa  kaitkan dengan realiti.

"Sabarnya akak!, kalau cikgu lain rasa nak cubit! geram tengoknya" tegur adik ipar ibu..
Mendidik perlu dari hati.. baru boleh sabar Insya Allah..Inilah proses..Allah  nak lihat  usaha  kita bukan hasilnya..

Paling sebak bila dengar anak-anak ini ulangi doa  yang  ibu  'tune  in' selalu  "Ya Allah, tolong saya..ya Allah tolong saya.." bila dia tak ingat..
Lupakan jasa kita pada orang dan selalu ingat jasa orang pada kita

Tiga hari bersama mereka, ibu dapat kenal pasti  kelebihan istimewanya amat peka membantu jika kita minta tolong ambilkan sesuatu, sopan dan lembut hati ( tidak degil). Kelebihan ini yang perlu kita hargai dahulu kerana tidak semua kanak-kanak memiliki kelebihan ini. Apa lagi kanak-kanak ini suka solat dan menghafal doa dan  Qur'an juz Amma.. Sekurang-kurangnya dalam terapi ini kanak-kanak sentiasa diingatkan mohon pertolongan Allah..Mudah-mudahan  sampai besar mereka berdoa seperti itu...

Ada yang beri pandangan perlu terapi ibu bapanya dahulu..
Alhamdulillah, ibu berkenaan sudah redha menerima hakikat anaknya  'slow learner'  tetapi Allah beri keistimewaan lain..Dalam 'telegram' kami berkomunikasi tentang  perkembangan terapi.Alhamdulillah  petang tadi beliau ucapkan terima kasih kerana sudi  ambil berat.. Syukur..mendidik anak perlu dari hati..Insya Allah anak itu akan  menjadi anak soleh walau apapun kekurangan  yang ada tapi pasti  ada kelebihan  yang lain yang kita tidak perasan.Didiklah dengan hati agar  hidup kita lebih bererti.Wallahu alam

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

الرَّفِيقَ الأَعْلَى (Teman Sejati Di Langit)

Dialog Antara Haq dan Batil