Mendidik Dengan Hati
Apabila terlalu fokus dengan perkembangan di Taska, ibu terlepas pandang hendak buat lesson plan khas untuk 2 murid tadika yang masih belum boleh mengenal huruf.
Ada hikmahnya jika ibunya kelihatan agak marah atau stress kerana risau anaknya tak kenal huruf walaupun baru berumur 5 tahun..
Kasihan melihat guru kelasnya, sudah berusaha sedaya upaya, namun kanak-kanak itu masih tidak kenal huruf. Yang penting semua guru mesti hadapi dengan tenang dan mohon pertolongan Allah di dalam tahajjud masing-masing.
Kakak ibu pesan agar ibu itu bersabar, jangan paksa kanak-kanak itu kalau memang belum masanya dapat kenal huruf.. Keadaan ibu itu bertambah stress kerana terlalu risau..
"Apa puan rasa kalau itu anak puan?" Keadaan kelihatan agak tegang ketika sesi perbincangan..
Berbisa juga rasa kepala memikirkan harapan ibu hanya pentingkan akademik..tak nampak kelebihan anaknya...
"Terima kasih kerana puan sudi datang berjumpa kami, puan adalah ibu yang amat perihatin dengan perkembangan anak puan..saya bagi pihak sekolah memohon maaf kerana tidak segera bertindak. Insya Allah saya akan peruntukkan masa khusus untuk bantu anak puan secara peribadi. Yang penting puan jangan risau kerana kerisauan puan itu menjadi doa dan akan melambatkan proses pemulihan anak puan. Tolong beri kerjasama dengan berlapang dada, rela dan pasrah. Mudah-mudahan anak puan akan cepat kenal huruf"
Sakit juga kepala ibu berhadapan dengan wajah ibu itu yang sentiasa mencuka dan berakhir dengan tangisan yang sukar dimengerti..
"Ya Allah ilhamkan aku cara terbaik untuk membantu anak ini..."
Tiga hari berturut-turut ibu berpeluang bersama dua kanak-kanak anugerah istimewa ini. Seorang lagi ibunya tak kisah dan faham memang anaknya slow kerana kuat merajuk. Dua hari, terapi seorang demi seorang. Setiap kali lepas terapi, guru-gurunya kata mereka ceria sangat! Suka dapat layanan istimewa..
Tadi terapi berdua, seorang ceria, seorang lagi asyik merajuk.. Sabarlah wahai hati...
Doa, search Google cari ilham mudah-mudahan anak-anak ini cepat kenal huruf. Tunjuk huruf berdasarkan nama ringkasnya.. Sekurang-kurangnya mereka boleh eja namanya sendiri.
Bila diuji lepas terapi,,kanak-kanak ini memang tidak kenal huruf jika diminta tunjuk semula huruf berkenaan. Memang kasihan.. mungkin ada urat sarafnya rosak atau 'mati' kerana dipaksa dan didesak sebelum sampai masanya.Seperti kepompong rama-rama dipecahkan sebelum sampai masanya..
Selepas tiga hari bersabar, Alhamdulillah, pagi tadi salah seorang dah boleh kenal huruf a, i dan r. Ketekunan dan kesabarannya banyak membantu walaupun wajahnya sentiasa serius. "Ok nanti balik rumah pesan dengan ibu beli tanah liat, buat macam ni lagi ye..." Ibu berpesan kepada murid itu. Spontan saja kanak-kanak itu jawab "Mana ibu nak belinya..memang tak dapat punya..." Kanak-kanak ini sudah faham sikap ibunya..
"Alahai kasihannya.." bisik hati ibu, kanak-kanak itu seperti kecewa dengan ego ibunya....
Seorang lagi tak kenal walau satu huruf..kuat merajuk ketika ibu beri perhatian kepada rakan sekelasnya.. Kena fokus kepadanya seorang..Kelebihannya suka buat huruf guna tanah liat. Bila ibu kenalkan huruf 'Y'...dia senyum "eh teacher macam nak marah aje... why!" Loyar buruk pulak budak ini menceriakan suasana terapi. Kelebihannya peramah dan sentiasa kaitkan dengan realiti.
"Sabarnya akak!, kalau cikgu lain rasa nak cubit! geram tengoknya" tegur adik ipar ibu..
Mendidik perlu dari hati.. baru boleh sabar Insya Allah..Inilah proses..Allah nak lihat usaha kita bukan hasilnya..
Paling sebak bila dengar anak-anak ini ulangi doa yang ibu 'tune in' selalu "Ya Allah, tolong saya..ya Allah tolong saya.." bila dia tak ingat..
Tiga hari bersama mereka, ibu dapat kenal pasti kelebihan istimewanya amat peka membantu jika kita minta tolong ambilkan sesuatu, sopan dan lembut hati ( tidak degil). Kelebihan ini yang perlu kita hargai dahulu kerana tidak semua kanak-kanak memiliki kelebihan ini. Apa lagi kanak-kanak ini suka solat dan menghafal doa dan Qur'an juz Amma.. Sekurang-kurangnya dalam terapi ini kanak-kanak sentiasa diingatkan mohon pertolongan Allah..Mudah-mudahan sampai besar mereka berdoa seperti itu...
Ada yang beri pandangan perlu terapi ibu bapanya dahulu..
Alhamdulillah, ibu berkenaan sudah redha menerima hakikat anaknya 'slow learner' tetapi Allah beri keistimewaan lain..Dalam 'telegram' kami berkomunikasi tentang perkembangan terapi.Alhamdulillah petang tadi beliau ucapkan terima kasih kerana sudi ambil berat.. Syukur..mendidik anak perlu dari hati..Insya Allah anak itu akan menjadi anak soleh walau apapun kekurangan yang ada tapi pasti ada kelebihan yang lain yang kita tidak perasan.Didiklah dengan hati agar hidup kita lebih bererti.Wallahu alam

![]() |
Lupakan jasa kita pada orang dan selalu ingat jasa orang pada kita |

#WOW #Amazing #thanks #for #sharing #this
ReplyDelete4 Days Golden Triangle Tour